Virgin Galactic: Membeli Semasa Orang Lain Tidak Melakukannya
Berita terkini
Pada 29 September, Virgin Galactic mengumumkan bahawa Federal Aviation Administration telah memberi kebenaran untuk menyambung semula pelancaran pesawat mereka selepas penyiasatan terhadap kapal angkasa yang tergelincir daripada laluan ketika membuat pendaratan penerbangan bulan Julai dimana pengasasnnya Richard Branson turut berada di dalam pesawat tersebut. FAA telah meluluskan langkah-langkah pembaikan yang telah diusulkan oleh Virgin Galactic.
Virgin Galactic menyatakan bahawa mereka telah mewajibkan beberapa langkah tambahan kepada prosedur penerbangan bagi memastikan notifikasi misi secara masa nyata dapat diberikan kepada pusat kawalan trafik udara FAA.
Pada 14 Oktober, Virgin Galactic mengumumkan bahawa ia akan memulakan program penambahbaikan yang telah dirancang bagi VMS Eve dan VSS Unity dan akan menjalankan penerbangan ujian bagi Unity 23 selepas kerja-kerja tersebut selesai.
Program penambahbaikan ini adalah direka untuk meningkatkan prestasi pesawat dan kadar keupayaan penerbangan bagi VMS Eve dan VSS Unity.
Kenapa ia penting?
Saham-saham Virgin Galactic sentiasa berada dalam kemeruapan yang tinggi. Untuk beberapa bulan yang lepas, para pelabur telah memberi perhatian kepada alir kerja syarikat ini dan kemeruapannya menjadi sangat rendah oleh itu kebiasaanya ketika inilah pemain utama pasaran akan memulakan posisi pembelian mereka.
Menurut Webull.com, terdapat segelintir pemain utama pasaran telah membeli saham-saham Virgin Galactic semasa harganya sedang jatuh. Orang dalam mungkin mengetahui beberapa maklumat yang tidak dapat diakses pengguna biasa. Itulah sebabnya analisis teknikal perlu digunakan untuk mengenal pasti waktu terbaik membeli saham sebelum berita diumumkan.
Analisis teknikal
Carta mingguan
Jika diperhatikan pada carta mingguan, kita akan melihat garisan sokongan yang kuat, yang mana telah menahan harga tersebut sejak bulan November 2019. Harga boleh menembusi garisan ini, tetapi harga tidak boleh tutup di bawah kandil mingguan. Jika ia berlaku, sentimen bearish akan disahkan dan harga akan menjunam sehingga $9.5.
Zon pembelian buat masa ini adalah di antara $15.5 dan $17.3. Jika harga mencecah paras ini maka pembelian akan berlaku dan kemeruapan tinggi akan dijangkakan, itulah sebabnya pilihan terbaik adalah menetapkan pesanan anda lebih awal.
Sasaran pergerakan seterusnya adalah di $21.5, $24.5, $33.