Apakah itu indikator ZigZag?

ZigZag ialah salah satu indikator teknikal tertua yang diperkenalkan kepada perdagangan matawang dari pasaran saham. Ia membolehkan pedagang menggambarkan struktur pasaran.

Apakah Itu Indikator ZigZag?

Indikator ZigZag ialah satu cara untuk mengukur pergerakan harga tanpa hingar-bingar pasaran. Cara ia berfungsi ialah melalui pengiraan jarak antara swing (paras tertinggi dan paras terendah) harga. Kemudian, indikator ini akan mengira pullback (penarikan balik). Pergerakan harga dianggap telah berakhir jika pullback adalah lebih besar daripada jumlah yang diduga.

Indikator ZigZag membantu pedagang menyingkirkan pergerakan harga yang kecil secara automatik. Ia juga boleh digunakan untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang struktur pasaran.

Bagaimana Cara Untuk Mengira Indikator ZigZag

Kita akan mulakan dengan formula yang lebih rumit untuk pedagang tahap lanjutan, kemudian kita akan teliti versi yang lebih ringkas pula.

1080_1080px_mathematical equation_08-06-2023_EN.png

Formula ini amat berguna jika anda perlu melaras tetapan indikator ZigZag anda. Jika anda berminat untuk memahami bagaimana indikator ZigZag berfungsi, lihat beberapa tips daripada kami.

  1. Pilih satu titik permulaan (swing tinggi atau swing rendah).
  2. Pilih % pergerakan harga.
  3. Kenal pasti swing tinggi atau swing rendah berikutnya yang berbeza daripada titik permulaan => % pergerakan harga.
  4. Lukis garisan trend dari titik permulaan ke titik baharu itu.
  5. Kenal pasti swing tinggi atau swing rendah berikutnya yang berbeza daripada titik baharu => % pergerakan harga.
  6. Lukis garisan trend.
  7. Ulang dengan swing tinggi atau swing rendah yang terkini.

"=>" bermaksud "bersamaan atau lebih daripada" (cth., X => 5 bermakna "X bersamaan atau lebih daripada 5).

Untuk memasang indikator ZigZag, anda perlu memuat turunnya daripada laman web MQL5 dan ikuti tutorial kami tentang bagaimana cara memasang indikator kustom dalam MetaTrader.

Bagaimana indikator Zig Zag berfungsi?

Tujuan utama ZigZag ialah untuk menapis pergerakan harga yang kecil dan mengelirukan untuk memberi tumpuan pada swing dan trend yang penting. Zig Zag menentukan paras tertinggi (highs) dan paras terendah (lows) harga yang paling signifikan dan menghubungkannya dengan garisan lurus yang mengabaikan perubahan kecil.

ZigZag tidak meramal harga masa depan; ia hanya membantu menjelaskan pergerakan pasaran yang lalu. Walaupun demikian, ramalan tertentu boleh terhasil apabila ia digabungkan dengan pola harga dan indikator lain.

NZDJPY.pH1.png

Cara menggunakan indikator ZigZag dalam MetaTrader 4

Untuk menambah indikator ZigZag pada carta, klik “Insert”, pilih “Indicators”, dan kemudian “Custom”. Selepas itu anda akan dapat memilih “ZigZag”. Indikator ini mempunyai 3 parameter. Ia adalah "Depth", "Deviation" dan "Backstep".

Depth (kedalaman) ialah bilangan minimum candlestick yang tidak akan dianggap sebagai top/bottom jika top/bottom telah pun ditemui menggunakan "Deviation".

Deviation (pelencongan) ialah jarak minimum (secara %) antara paras tertinggi dan paras terendah 2 candlestick yang berturutan yang akan mencetus indikator untuk membentuk top atau bottom tempatan.

Backstep ialah bilangan minimum candlestick antara paras tinggi atau rendah tempatan.

Di bawah ini anda boleh melihat parameter lalai untuk ZigZag dalam MetaTrader 4. Anda boleh melaraskan angka-angka ini untuk meninggikan/mengurangkan tahap kepekaan indikator terhadap perubahan harga. Sekiranya anda mengurangkan nilai parameter, bilangan paras tertinggi dan paras terendah tempatan akan bertambah. Akibatnya, tiada lagi garisan ZigZag pada carta.

11.png

Kelebihan dan kekurangan indikator ZigZag

Adalah penting untuk menggunakan kelebihan ciri-ciri ZigZag untuk mengurangkan impak kekurangan indikator ini terhadap perdagangan anda.

Kelebihan utama ZigZag ialah:

  • Ia menunjukkan pergerakan harga yang paling ketara dan menyingkirkan hingar pasaran.
  • Ia berkesan digunakan pada pelbagai rangka masa.
  • Ia menghasilkan keputusan yang bagus apabila digunakan bersama dengan indikator teknikal yang lain.

Kelemahan ZigZag ialah:

  • Ia akan menandakan paras harga tertinggi atau terendah yang terkini secara lamban (time lag).
  • Segmen terakhir indikator ini (yang melibatkan harga semasa) mungkin perlu dirajah semula.

Bagaimana Cara Menggunakan ZigZag Dalam Perdagangan

ZigZag menandakan paras tertinggi dan paras terendah pada carta. Ia akan membantu anda mengesan tahap sokongan dan rintangan.

NZDJPY.pH123.png

ZigZag juga memudahkan pengecaman trend. Puncak yang lebih tinggi (higher highs) dan jurang yang lebih tinggi (higher lows) menandakan uptrend, manakala puncak yang lebih rendah (lower lows) dan jurang yang lebih rendah (lower lows) adalah tipikal untuk downtrend. Jika anda menggunakan strategi yang mengikut trend, ZigZag tidak akan memberikan anda signal kemasukan, tetapi ia boleh membantu anda menentukan signal yang anda harus cari – hendak beli ketika uptrend atau jual ketika downtrend. Ia juga akan membantu anda mencari paras bagi Renti Rugi.

NZDJPY.pH13.png

Selain itu, ZigZag boleh membantu mengenal pasti pola carta. Pertama, ia membolehkan pengesanan pola 1-2-3 yang menandakan perubahan dalam arah pergerakan pasaran. Tambahan pula, ia membantu mengesan “Head and Shoulders”, “Double Tops”, “Flags”, dsb.

NZDJPY.pH13.png

ZigZag Bersama Alatan Dan Indikator Lain

Indikator ZigZag sering digunakan bersama alatan lain (Bollinger Bands, Fractals, Fibonacci, dan Elliott Waves) untuk mengesan swing harga. Contohnya, gabungan ZigZag dan Fibonacci adalah alatan yang cekap untuk mencari penghujung pembetulan yang berlaku dalam trend utama. Pembetulan biasanya berakhir pada 38.2%, 50%, atau 61.8%. Untuk membuat analisa yang lebih jitu, anda boleh menggunakan osilator untuk pengesahan.

NZDJPY.pH15.png

Elakkan Kesilapan Ini Semasa Menggunakan Indikator ZigZag

Salah tafsir hingar pasaran

Salah satu fungsi utama indikator ZigZag ialah untuk menapis hingar pasaran. Walau bagaimanapun, satu kesilapan biasa ialah pentafsiran setiap pergerakan sebagai trend yang signifikan. Adalah penting untuk menetapkan parameter anda dengan betul. Ini memastikan naik turun harga yang kecil tidak melencongkan strategi perdagangan anda.

Terlalu bergantung pada ZigZag sahaja

Walaupun ZigZag merupakan alat yang ampuh untuk mengenal pasti trend harga dan pola pasaran, ia tidak patut digunakan secara berasingan. Reka bentuknya bertujuan untuk digunakan bersama indikator teknikal yang lain seperti fraktal, Bollinger Bands, Fibonacci, Elliott Waves.

Indikator ini boleh mengalami susut masa semasa mengenal pasti paras tertinggi atau terendah yang terkini dalam pasaran, dan segment terakhir yang melibatkan harga semasa mungkin dirajah semula. Oleh itu, mana-mana isyarat yang terhasil patut disahkan dengan indikator lain.

Mengabaikan arah trend

ZigZag membantu menggambarkan struktur pasaran dengan menghubungkan paras tertinggi dan terendah yang signifikan. Tetapi ada kalanya pedagang terlepas pandang arah trend keseluruhan dan sebaliknya memberi tumpuan pada paras tetinggi dan paras terendah individu. Ingat bahawa arah trend keseluruhan, sama ada uptrend atau downtrend, adalah penting untuk kejayaan perdagangan. ZigZag harus digunakan sebagai alat untuk mengesahkan arah trend dan bukan untuk meramalkannya.

Kesimpulan

Pendek kata, indikator ZigZag ialah alat yang berguna untuk menapis naik turun harga yang kecil dan menyerlahkan trend pasaran yang signifikan. Jangan terlalu bergantung pada indikator ini atau mengabaikan arah trend keseluruhan. Dengan penggunaan yang betul, indikator ZigZag boleh memperhaluskan strategi perdagangan praktikal dengan menyediakan gambaran yang jelas tentang struktur pasaran.

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu strategi ZigZag?

    Strategi ZigZag mengenal pasti swing dan trend harga yang signifikan, membantu mengesan aras yang berpotensi bertindak sebagai tahap sokongan dan rintangan. Ia berfungsi lebih baik apabila digandingkan dengan kaedah analisis teknikal yang lain dan tidak harus digunakan sebagai rujukan tunggal untuk membuat keputusan perdagangan.

  • Bagaimana cara untuk mentafsir indikator ZigZag?

    Indikator ZigZag boleh ditafsirkan dengan memerhatikan garisan yang diplot pada carta harga. Garisan menaik menandakan trend yang meningkat, dan garisan menurun menandakan trend yang merosot. Ia menyerlahkan trend yang lepas, bukan meramal trend masa depan.

  • Apakah jarak indikator ZigZag?

    Jarak merujuk kepada perubahan harga minimum yang dikira sebagai peratusan dan diperlukan oleh indikator untuk memplot garis baharu. Semakin besar jarak ini, semakin kurang garis yang dilukis pada carta.

Berita terkini

Strategi Trading Jangka Pendek Yang Berkesan

Walaupun sesetengah trader berasa selesa berkerja dalam rangka masa yang lebih panjang yang membolehkan mereka memeriksa posisi mereka dengan kurang kerap dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat keputusan, sebilangan trader lain menikmati deruan adrenalin daripada perdagangan intrahari yang lebih agresif.

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera