Pola ZigZag dan Flat dalam Perdagangan

Tidak seperti gelombang motif, pembetulan adalah struktur yang lebih kompleks dan rumit. Terdapat pola pembetulan yang mudah dan kompleks:

  • ZigZag
  • Flat (Rata)
  • Double / Triple Zigzag
  • Double / Triple Threes
  • Triangles (Segitiga)

Dua yang pertama (zigzag dan flat) adalah pola yang mudah, iaitu susunan pembetulan yang kompleks. Dalam artikel ini, kita akan mengkaji pola zigzag dan rata.

Apakah itu pola ZigZag dalam perdagangan?

Pola Zigzag ialah suatu pergerakan harga dalam bentuk zigzag. Secara ringkasnya, ia adalah garis yang menghubungkan dua garisan yang hampir selari supaya ia membentuk satu bentuk zigzag (siku-sika). Ia adalah suatu yang dipanggil "gelombang pembetulan," dan ia boleh membawa kepada pergerakan bullish, bearish atau mendatar, yang bergantung pada keadaan. Dalam artikel ini nanti, kami akan menerangkan setiap pola zigzag yang anda mungkin akan temui dalam rutin perdagangan anda dan cara mengenal pastinya dalam platform perdagangan anda.

Seperti kebanyakan pola pembetulan, zigzag terbahagi kepada tiga gelombang, yang ditandakan sebagai A-B-C.

Indikator Zig Zag menurun

Peraturan Utama bagi Pola Zig Zag

  • Zigzag terbahagi kepada tiga gelombang.
  • Gelombang A sentiasa impuls atau pepenjuru pemula (leading diagonal).
  • Gelombang B boleh berbentuk apa-apa pola pembetulan.
  • Gelombang C sentiasa suatu impuls atau suatu pepenjuru akhir (ending diagonal).
  • Gelombang B lebih pendek daripada gelombang A.
  • Gelombang C lebih panjang daripada gelombang B.
  • Gelombang A dan C adalah motif, gelombang B adalah pembetulan.

Kebanyakan pedagang percaya harga bergerak dalam gelombang. Zigzag ialah salah satu gelombang harga yang paling penting, dan anda boleh melihatnya selepas hampir setiap gelombang impulsif (impuls yang mengandungi lima gelombang). Mungkin agak sukar untuk mengingati peraturan ini pada pandangan pertama, tetapi apabila anda sudah biasa dengannya, perdagangan anda akan bertambah baik secara beransur-ansur.

Selain itu, anda boleh menyediakan indikator Zig Zag, suatu alat perdagangan yang membantu anda mengenal pasti gelombang pembetulan.

Formula Indikator Zig Zag

Kita akan mulakan dengan formula yang lebih rumit untuk pedagang tahap lanjutan, kemudian kita akan teliti versi yang lebih ringkas pula.

ZigZag (HL, %change = X, retrace = FALSE, LastExtreme = TRUE)

Jika %change >= X, plotZigZag

di mana:

HL = Pergerakan harga High-Low

%change = Pergerakan harga minimum, dalam bentuk peratus

Retrace = Adalah pengunduran (retracement) pergerakan terdahulu atau jarak mutlak antara titik tertinggi dan terendah

LastExtreme = Jika harga ekstrem sama sepanjang beberapa tempoh, harga ekstrem adalah cerapan yang pertama atau terakhir

Formula ini amat berguna jika anda perlu melaras tetapan indikator ZigZag anda. Jika anda berminat untuk memahami bagaimana indikator ZigZag berfungsi, ada beberapa tips daripada kami.

  1. Pilih satu titik permulaan (swing tinggi atau swing rendah).
  2. Pilih % pergerakan harga.
  3. Kenal pasti swing tinggi atau swing rendah berikutnya yang berbeza daripada titik permulaan => % pergerakan harga.
  4. Lukis garisan trend dari poin permulaan ke poin baharu.
  5. Kenal pasti swing tinggi atau swing rendah berikutnya yang berbeza daripada titik baharu => % pergerakan harga.
  6. Lukis garisan trend.
  7. Ulang dengan swing tinggi atau swing rendah yang terkini.

"=>" bermaksud "bersamaan atau lebih daripada" (cth. X => 5 bermakna "X bersamaan atau lebih daripada 5).

Untuk memasang indikator ZigZag, anda perlu memuat turunnya daripada laman web MQL5 dan ikuti tutorial kami tentang bagaimana cara memasang indikator kustom dalam MetaTrader.

Keterbatasan Indikator Zig Zag

Zig Zag ialah indikator teknikal lamban yang bergerak selepas pasaran, yang kini berada di hadapannya. Ini bermakna anda mungkin melihat suatu pergerakan yang hampir tamat, dan tiba-tiba, indikator Zig Zag melukiskan suatu garisan. Oleh itu, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan indikator ini dengan indikator teknikal mantap yang lain untuk membantu anda mengesan pergerakan masa hadapan dengan lebih awal. Satu contoh indikator seperti itu ialah alat pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement tool) yang membantu para pedagang menandakan aras-aras yang berpotensi menjadi sokongan dan rintangan. Jangan lupa membaca tentang indkator teknikal dalam MT4 untuk memahami bagaimana ia berfungsi.

Apakah itu Pola Flat dalam Perdagangan?

Pola flat ialah gelombang pembetulan yang membahagi kepada tiga gelombang dan ditandakan sebagai A-B-C, tetapi strukturnya berbeza. Ia adalah suatu pola pembetulan yang melawan trend. Pola tersebu cenderung kepada pengunduran trend sebelumnya dan mungkin kelihatan seperti pola bendera. Pada masa yang lain, ia mungkin kelihatan seperti julat ringkas yang menghabiskan lebih banyak masa mendatar berbanding membuat sebarang kemajuan harga yang sebenar.

Jenis-jenis Pola Flat

Seperti yang anda boleh lihat pada carta di bawah, terdapat tiga jenis pola flat bergantung pada panjang gelombang B dan C.

Regular Flat: Gelombang B hampir sama dengan gelombang A (sekurang-kurangnya 90%), manakala gelombang C cenderung untuk sama dengan gelombang B.

Expanded Flat: Gelombang B lebih panjang daripada gelombang A dan gelombang C lebih panjang daripada gelombang B.

Running Flat: Gelombang B lebih panjang daripada gelombang A, tetapi gelombang C lebih pendek daripada gelombang B.

Pola flat

Peraturan Utama bagi Pola Flat

  • Flat terdiri daripada tiga gelombang.
  • Gelombang A boleh menjadi apa-apa pola pembetulan kecuali segi tiga.
  • Gelombang B boleh menjadi apa-apa pola pembetulan, tetapi dalam kebanyakan kes, ia adalah zigzag.
  • Gelombang C sentiasa suatu impuls atau suatu pepenjuru akhir (ending diagonal).
  • Gelombang B mempunyai panjang lebih daripada 90% gelombang A.
  • Gelombang C biasanya sama atau lebih panjang daripada gelombang B.
  • Gelombang A dan C adalah motif, gelombang B adalah pembetulan.

Contoh-contoh Sebenar Pola Zig Zag dan Flat

Pola Zig Zag Menurun

Carta tersebut menunjukkan zigzag ringkas dalam gelombang (ii) dengan impuls dalam gelombang a dan c. Ini adalah struktur zigzag yang paling biasa. Juga, beri perhatian kepada pepenjuru pemula, yang telah terbentuk selepas gelombang (ii). Pola tersebut mengesahkan pengakhiran zigzag.

Zigzag Menurun

Zig Zag Menaik dengan Pepenjuru Pemula dalam Gelombang a

Pola gelombang Elliott terbentuk dalam semua pasaran, termasuk matawang kripto. Terdapat carta Ethereum di bawah, di mana kita boleh melihat tiga zigzag. Yang terbesar ialah gelombang (ii). Seperti yang anda boleh lihat, gelombang (a) daripada (ii) adalah pola pepenjuru pemula. Gelombang ii (di sebelah kanan) ialah zigzag dengan struktur yang sama (gelombang ((A)) ialah pepenjuru pemula). Satu lagi zigzag ialah gelombang b (di tengah carta), gelombangnya ((A)) jauh lebih panjang daripada gelombang ((C)). Kadang-kadang percanggahan sedemikian berlaku, jadi sekarang anda tahu apa yang boleh anda hadapi.

Zig Zag Menaik dengan pepenjuru pemula dalam gelombang A

Zig Zag Menaik dengan Pepenjuru Akhir dalam Gelombang ((c))

Zigzag dengan pepenjuru akhir dalam gelombang C juga boleh berlaku, anda boleh melihat kes ini pada carta yang seterusnya. Gelombang ((a)) di sini ialah impuls, tetapi selepas gelombang ((b)) terdapat pepenjuru akhir dalam gelombang ((c)). Seperti yang anda sedia maklum, pepenjuru akhir boleh terbentuk dalam kedudukan gelombang terakhir gelombang motif (gelombang lima impuls atau gelombang C zigzag).

Zig Zag Menaik dengan pepenjuru pemula dalam gelombang C

Zig Zag Menurun dengan Pepenjuru Pendahulu dan Akhir

Carta di bawah mewakili suatu kes yang jarang berlaku bilamana gelombang motif zigzag terbentuk seperti pepenjuru pendahulu dan akhir. Pepenjuru menguncup adalah lebih lazim, tetapi kita juga boleh berhadapan dengan struktur dengan pepenjuru yang mengembang.

Zig Zag Menaik dengan pepenjuru pemula dan pepenjuru akhir

Zig Zag Menurun

Kadangkala gelombang C suatu zigzag boleh bergerak pantas seperti yang anda boleh lihat pada carta seterusnya. Terdapat struktur gelombang (a) yang mudah dan jelas, tetapi gelombang (c) hanya terdiri daripada tiga bar. Ini biasanya berlaku apabila berita atau peristiwa politik mempengaruhi pergerakan harga.

Zig Zag Menurun

Pola Regular Flat

Terdapat pola flat dalam gelombang b pada carta di bawah. Ini adalah pola regular flat kerana gelombang ((B)) adalah kira-kira 0.9 panjang gelombang ((A)). Walau bagaimanapun, gelombang ((C)) agak laju. Ada satu lagi perkara yang menarik. Ada dua zigzag dalam gelombang ((A)) dan ((B)). Pola pertama mempunyai gelombang (A) sebagai pepenjuru pemula yang mengembang, yang agak jarang berlaku. Zigzag seterusnya mempunyai pepenjuru pemula yang mengecut dalam gelombang (A) daripada ((B)), yang lebih biasa.

Pola Regular Flat

Regular Flat dengan Pepenjuru Akhir dalam gelombang C

Gelombang C bagi pola flat juga boleh menjadi pepenjuru akhir seperti yang ditunjukkan pada carta seterusnya. Gelombang (b) lebih pendek daripada gelombang (a), jadi ia adalah flat biasa (regular flat). Walau bagaimanapun, pepenjuru akhir dalam gelombang (c) berakhir di bawah ketinggian gelombang (a) begitulah cara running flat berakhir. Seperti yang boleh anda lihat, ada beberapa variasi dalam setiap jenis pola-pola flat dalam pasaran sebenar.

Flat Biasa dengan pepenjuru pendahulu dalam gelombang C

Pola Expanded Flat

Carta terakhir menunjukkan suatu contoh sempurna bagi pola expanded flat. Gelombang ((B)) jauh lebih panjang daripada gelombang ((A)) dan penghujung gelombang ((C)) memecahkan gelombang rendah ((B)). Impuls bullish seterusnya dalam gelombang ((1)) mengesahkan bahawa pola flat telah berakhir.

Expanded Flat

Kesimpulan

Mengenal pasti pola flat atau zigzag mungkin sukar untuk para pedagang pemula kerana mereka perlu mengetahui banyak variasi bagi pola-pola sedemikian. Walaupun pola ini mungkin kelihatan rumit, pemahaman tentangnya dapat memberikan para pedagang pemahaman yang lebih baik tentang struktur pasaran global. Oleh itu, pola ini mungkin berguna dalam pelbagai teknik perdagangan. Juga, anda boleh semak tutorial kami tentang indikator ROC dan indikator Aaron untuk mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera