
Minggu ini akan menyaksikan peristiwa yang terbesar dalam proses politik AS sepanjang tempoh dua tahun terakhir ini. Bagaimana kesan pilihan raya ini terhadap pasaran Forex? Laporan kami mengupas tentang berita-berita terpenting minggu ini.
Kini para pedagang mengikuti peristiwa ekonomi dengan visi yang baharu kerana inflasi di A.S. tampak seperti sudah mereda. Mari kita lihat pengumuman apakah yang akan mempengaruhi pasaran lantaran dari faktor ini.
15 November, 15:30 GMT+2
Biro Statistik Buruh A.S. akan mengumumkan Indeks Harga Pengeluar pada hari Selasa, 15 November, pukul 15:30 GMT+2. Ia indikator yang utama bagi inflasi pengguna kerana perbelanjaan pengeluar biasanya akan dibebankan kepada pengguna. Jika keputusan lebih rendah daripada yang dijangkakan, ia mungkin bermakna pertumbuhan inflasi semakin memperlahan. Oleh itu, Fed mempunyai ruang untuk menerapkan dasar monetari yang lebih dovish, menekan USD lebih rendah.
Sebagai contoh, kita boleh saksikan di carta USDCAD. Sejak awal November, USD telah jatuh perlahan-lahan. Pengumuman CPI menunjukkan penurunan dalam inflasi, dan USDCAD susut hampir 2400 poin. PPI akan membuktikannya sekali lagi.
Kali terakhir, data sebenar mengatasi jangkaan, 0.4% berbanding jangkaan 0.2%. Ia peningkatan yang pertama dalam tempoh tiga bulan dan menunjukkan kenaikan 8.5% berbanding tahun lepas. Harga yang dibayar kepada para pengilang A.S. meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada bulan September, menunjukkan bahawa tekanan inflasi akan mengambil masa untuk reda dan bahawa Rizab Persekutuan akan meneruskan kenaikan kadar yang agresif.
Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, USDCAD, GBPUSD.
16 November, 09:00 GMT+2
Jabatan Perangkaan Kebangsaan UK akan mengumumkan Indeks Harga Pengguna pada hari Rabu, 16 November, 09:00 GMT+3. Ia indikator bagi inflasi keseluruhan.
Inflasi di U.K. mencapai paras yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun iaitu sebanyak 10.1% pada bulan September, dan ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan lebih lanjut sehingga akhir tahun. Bank of England baru-baru ini telah menaikkan kadar faedah di U.K. sebanyak 0.75 mata peratusan, peningkatan yang terbesar dalam tempoh 30 tahun. Setahun yang lalu, kadar faedah adalah 0.1%. Hari ini ia 3%.
BoE telah menaikkan kadar faedah kerana inflasi, cuba mengekalkan kestabilan harga. Secara tradisinya, ini bermakna inflasi perlu dipastikan berada di sekitar 2%. Kadang-kadang inflasi, sudah tentu, menyimpang dari sasaran ini, dan turun naik jangka pendek yang kecil adalah lumrah. Walau bagaimanapun, inflasi sudah mengatasi paras sasaran sejak pertengahan tahun 2021 dan kini berada pada paras tertinggi 40 tahun iaitu sekitar 10%.
Kini GBPUSD sedang memulih, perlahan tetapi mendaki naik dengan pasti.
Instrumen untuk didagangkan: GBPUSD, GBPCAD, EURGBP.
16 November, 15:30 GMT+2
A.S. akan menerbitkan Jualan Runcit dan Jualan Runcit Teras pada 16 November, pukul 15:30 GMT+2. Kedua-dua indikator menunjukkan perubahan pada total nilai jualan di peringkat runcit. Jualan Runcit Teras berbeza daripada indikator utama, kerana yang indikator ters tidak mengambil kira jualan kenderaan.
Data runcit membantu menjejaki perbelanjaan pengguna, yang merangkumi sebahagian besar aktiviti ekonomi keseluruhan. Jika aktiviti ekonomi semakin merancak, kemantapan ekonomi negara tersebut secara keseluruhannya bertambah baik. Dalam keputusan sebelum ini, Jualan Runcit dan Jualan Runcit Teras bercampur, 0.0% berbanding 0.2% yang dijangkakan dan 0.1% berbanding -0.1%, masing-masing. Inflasi semakin perlahan, jadi data ini akan menunjukkan seberapa berkesan perjuangan melawan inflasi setakat ini.
Kali terakhir, pengumuman data ini telah menyebabkan turun naik dalam pasaran. Indeks dolar A.S. telah menjunam, dan pulih dengan cepat.
Instrumen untuk berdagang: XAUUSD, EURUSD, USDCAD, USDCHF.
Minggu ini akan menyaksikan peristiwa yang terbesar dalam proses politik AS sepanjang tempoh dua tahun terakhir ini. Bagaimana kesan pilihan raya ini terhadap pasaran Forex? Laporan kami mengupas tentang berita-berita terpenting minggu ini.
Memandangkan Eropah sedang bergerak ke dalam kemelesetan, minggu depan mungkin akan menyajikan beberapa peluang perdagangan yang menakjubkan untuk kita. Berikut senarainya!
Komen Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai Simposium Jackson Hole menghasilkan candlestick mingguan yang terburuk di AS500 sejak bulan Jun.
Indeks Harga Pengguna, Jualan Rumah Sedia Ada, Keputusan Kadar Fed AS - semua perkara ini akan kami bincangkan dalam ulasan terbaru kami. Jangan terlepas semua siaran ini!
RBA dan Bank Kanada akan menambah kemeruapan pada AUD dan CAD, manakala USD dijangka dirangsang oleh Daftar Gaji Bukan Ladang.
Bank Rizab Australia (RBA) akan membuat kenyataan dan menerbitkan Penyata Kadar Tunai pada 7 Februari, 05:30 GMT+2. Ia salah satu alat utama yang digunakan oleh RBA untuk berkomunikasi dengan pelabur mengenai dasar monetarinya.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.