Brent dan WTI: di mana perbezaannya
Bila anda membaca atau mendengarkan berita tentang pasaran minyak mentah, anda akan menemui dua istilah misteri: Brent dan WTI (West Texas Intermediate). Mungkin anda sudah pun tahu bahawa kedua-duanya adalah minyak mentah penanda aras yang utama. Namun, tahukah anda apa perbezaan di antaranya dan mengapa harganya berbeza?
Kami telah mengumpulkan maklumat-maklumat terpenting tentang Brent dan WTI yang anda perlu ketahui untuk membuat keuntungan dari mereka.
Mari mulakan dengan yang asas. Ada pelbagai gred dan jenis minyak mentah di dunia ini. Namun, hanya tiga jenis minyak yang menjadi minyak penanda aras (benchmark). Ia adalah Brent, WTI dan Dubai Crude. Kita akan bincangkan tentang Brent dan WTI. Dua ini adalah yang paling sering digunakan kerena mereka ideal untuk ditapis menjadi petrol.
Mengapakah tanda aras ini dicipta?
Semuanya terjadi pada penghujung dekad 1980an bila mana OPEC (organisasi negara-negara pengeluar minyak utama dunia) enggan mengawal harga minyak, menjadikan harga-harganya bergantung kepada sentimen pasaran. Untuk menentukan harga yang wajar, pengeksport perlukan satu titik rujukan. Brent dan WTI dicipta untuk tujuan ini. Jadi hari ini, setiap pengeluar minyak menetapkan harga untuk minyak yang dikeluarkan mereka bergantung berkadaran dengan harga suatu penanda aras.
Jika anda fikir Brent dan WTI hanyalah salah satu gred minyak, anda tersilap! Ia adalah nama am untuk gred-gred berbeza yang memiliki karakteristik yang sama.
Mari kita lihat lebih dekat karakteristik-karakteristik ini.
Yang pertama adalah lokasi.Brent adalah standard untuk pasaran Eropah dan Asia. Tanda aras ini terdiri dari 15 gred minyak mentah yang dikeluarkan di blok Brent, Ekofisk, Oseberg dan Forties di wilayah Norway dan Scotland.
WTI adalah tanda untuk Hemisfera Utara. WTI digali di telaga darat Amerika Syarikat, terutamanya di Texas, Lousiana dan Dakota Utara.
Karakteristik kedua adalah komposisi kimianya.Pertama sekali, harus ditekankan bahawa tiada dua gred minyak yang sama. Gred yang tergolong dalam Brent atau WTI sekali pun mempunyai komposisi yang berbeza.
Brent adalah minyak yang rendah kandungan sulfur dan ringan (light). WTI adalah gred minyak yang lebih padat. Kualiti WTI adalah lebih baik dari Brent.
Mengapakah harga Brent dan WTI berbeza?
Sejak pertengahan tahun 80an, WTI dan Brent telah didagangkan pada harga yang hampir sama. Ada masa-masanya bila mana WTI adalah lebih mahal dari Brent. Namun, pada masa ini WTI lebih murah dari Brent. Perbezaan harga berubah-ubah sekitar $10-$20 per tong.
Sebahagian besar faktor harga bergantung kepada kos pengeluaran dan penghantaran.
Brent digali di laut, jadi kos pengangkutan adalah jauh lebih rendah. Sebaliknya, WTI digali di tengah-tengah daratan. Kesannya, wujud masalah infrastruktur yang membuatkan penghantaran keluaran ke pasaran lebih sukar dan justeru kos pengangkutan lebih tinggi.
Seperti yang telah dikatakan tadi, Brent mempunyai kualiti yang lebih rendah dari WTI. Namun ia menjadi penanda aras minyak mentah dan mempunyai harga yang lebih tinggi kerana ia adalah eksport yang lebih boleh diharapkan.
Satu lagi faktor penting yang boleh diambil kira adalah masalah geopolitik. Ketegangan di Timur Tengah sangat mempengaruhi bekalan minyak, terutamanya Brent. Ketegangan membawa kepada pengurangan bekalan. Anda harus ingat bahawa apabila bekalan suatu aset mengurang, harga akan meningkat. West Texas Intermediate kurang terjejas kerana ia berpangkalan di kawasan tengah daratan di Amerika Syarikat.
Harga WTI dibentuk oleh inventori minyak mentah. Sebaik selepas jumlahnya meningkat, WTI jadi lebih murah. Jika jumlahnya dalam inventori merosot, WTI akan meningkat. Di sini anda harus ingat tentang isu permintaan juga. Bila permintaan bertambah, harga juga akan meningkat.
Jadi, kita dapat lihat di sini, tanda aras utama dipengaruhi oleh beberapa faktor berbeza. Namun, trend kedua-duanya biasanya sama. Jika Brent meningkat, kebarangkalian besarnya WTI meningkat juga.
Kesimpulannya di sini, bolehlah kita katakan bahawa Brent dan WTI akan kekal sebagai penanda aras minyak mentah yang boleh diharapkan. Jika anda mahu berdagang di pasaran minyak mentah, pilih salah satu dari dua ini. Namun, bila memilih salah satu tanda aras ingat faktor-faktor yang mempengaruhi harganya supaya anda boleh meramalkan harganya di masa depan dengan lebih tepat dan perdagangan anda lebih menguntungkan.