Permuaraan di pasaran kewangan

Baca artikel ini di laman web FBS

Di dalam artikel ini kami akan membincangkan tentang maksud istilah permuaraan (confluence) dan mengapa para pedagang harus memberikan perhatian kepadanya.

Apakah itu permuaraan?

Asalnya, perkataan ‘muara’ (confluence) merujuk kepada tempat di mana dua atau lebih sungai bertemu untuk membentuk satu aliran air. Di dalam Forex, permuaraan merujuk kepada situasi di mana beberapa perkakas teknikal memberikan signal perdagangan yang sama. Biasanya ini adalah indikator-indikator teknikal, namun adakalanya ia mungkin pola carta (price pattern) atau aksi harga (price action). Bersebab dari itu, sesetengah pedagang mengisi carta mereka sarat dengan indikator kerana mereka mahu "menangkap" permuaraan ini. Bagaimana pun, seringkali hasil yang diperolehi adalah signal-signal yang saling bercanggah, yang mengelirukan pedagang. Bagaimana caranya untuk mengelakkan carta dari menjadi sendat? Gunakan dua atau tiga indikator, itu sudah mencukupi!

Jenis-jenis permuaraan

Tiada pengkelasan yang tegas untuk permuaraan. Anda bebas menggabungkan mana-mana perkakas teknikal yang anda mahu. Cuma ada satu perkara yang penting: pilih kombinasi indikator yang tidak berkaitan antara satu sama lain, atau dalam perkataan lain, pengiraannya tidak menggunakan satu sama lain. Jika tidak, anda berisiko menemui permuaraan palsu, yang boleh mengelirukan anda. Mari kita bincangkan beberapa contoh penggunaan permuaraan yang bagus.

Pola candlestick & Fibonacci

Di carta di bawah, anda boleh cerap satu permuaraan yang tipikal: gabungan shooting star dan pengunduran Fibonacci. Shooting Star adalah sebatang candlestick yang mempunyai bayang atas yang panjang dan bayang bawah yang pendek, yang memberikan signal bearish. Aras pengunduran Fibonacci 61.8% bertindak sebagai rintangan, yang menghambat harga dari terus naik. Kesannya, harga telah berpatah balik dari aras ini dan mulai turun.

для_типсов_1.png

Purata bergerak (moving average) & Fibonacci

Di sini ada satu lagi contoh: purata bergerak 200 tempoh bertemu dengan aras pengunduran Fibonacci 50.0%. Selepas satu kemaraan naik yang panjang, harga melantun dari garisan rintangan di persilangan purata bergerak dan aras Fibonacci dan mulai jatuh. 

для типсов 2.png

Rintangan dan sokongan & Jalur Bollinger

Menggabungkan Jalur Bollinger (BB, Bollinger Bands) dengan aras-aras sokongan dan rintangan adalah satu idea yang baik. Indikator BB terdiri dari 3 jalur – jalur tengah, jalur atas, dan jalur bawah. 

Bila harga mencecah jalur atas, aset dikira terlebih beli. Dan jika jalur atas BB bertemu dengan aras rintangan, penurunan berkemungkinan akan terjadi.

Bila harga mendekati jalur bawah, aset ini sedang didagangkan pada harga yang secara relatifnya rendah dan dianggap sudah terlebih dijual. Dan jika jalur bawah BB bertemu dengan aras sokongan, kemungkinan berlaku kenaikan adalah tinggi.

для типсов 3.png

Kesimpulan

Permuaraan alat yang sangat bagus untuk digunakan oleh semua pedagang. Ia berlandaskan prinsip klasik Forex: jangan bergantung hanya pada satu indikator, tetapi dalam masa yang sama jangan semakkan carta anda sehingga ia sendat dengan berdozen-dozen indikator. Ini penting di dalam Forex untuk mengelakkan signal palsu (fakeout) dan pengunduran yang tidak dijangka. Malahan, kebanyakan strategi perdagangan dibina menggunakan konsep permuaraan. Jika anda masih belum membina strategi anda lagi, inilah caranya bagaimana anda boleh mula membina strategi dari sifar!

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.