Strategi Gambit: mengimbangi risiko dan laba

Baca artikel ini di laman web FBS

Strategi perdagangan Gambit adalah percubaan berani untuk menghasilkan keuntungan maksimum dan dalam masa yang sama tidak terlepas pandang pada risiko. Tetapi saya harus berikan anda amaran, untuk menggunakannya anda harus mendidik diri agar sabar, kerana ia memerlukan masa untuk semua syaratnya dipenuhi. Yang bagusnya, strategi ini berbaloi; anda boleh mendapat keuntungan besar dari penantian waktu yang tepat tiba, tanpa mengambil risiko-risiko tambahan.

Strategi ini direka oleh Walter T. Downs, seorang pemain catur yang berdedikasi dan ahli matematik, untuk perdagangan yang tenang dan lumayan pada rangka masa D1. Kemudian ternyata ia juga berkesan di rangka masa H4 juga. Dengan strategi ini anda hanya perlukan satu indikator untuk menerima signal masuk ke pasaran – Bollinger Bands.

Jika terdapat trend bullish – anda harus BUY bila ada pengunduran dari garisan atas Bollinger. Jika terdapat trend bearish – SELL ketika harga melantun dari garisan bawah.

Signal SELL

Harga minimum dan maksimum kandil "signal" (2) harus terletak di atas minimum dan maksimum kandil sebelumnya (1).

Harga penutupan kandil signal harus berada di bahagian bawah julat kandil itu.

Garisan tengah Bollinger harus bergerak ke bawah untuk sekurang-kurangnya 10 hari berturut-turut.

Jika semua syarat ini dipenuhi, pada pembukaan kandil ketiga selepas kandil "signal" (3) kita boleh buka pesanan short. Renti Rugi harus ditetapkan tinggi sedikit dari harga maksimum kandil "signal" (2). Pada hari keempat selepas kita buka posisi kita, kita harus pasang Renti Rugi pada titik pulang modal (titik masuk). Urusniaga harus ditutup bila harga menyilang garisan bawah Bollinger berwarna hijau.

CADJPYDaily.png

Signal BUY

Harga minimum dan maksimum kandil "signal" harus terletak lebih rendah dari minimum dan maksimum kandil sebelumnya.

Kandil signal harus tutup lebih tinggi dari pertengahan julat kandil sebelumnya dan di atas garisan tengah Bollinger.

Garisan tengah Bollinger harus bergerak ke atas untuk sekurang-kurangnya 10 hari berturut-turut.

Jika semua syarat ini dipenuhi, kita masuk pasaran long di pembukaan kandil berikutnya selepas kandil "signal". Renti Rugi harus dipasang di bawah harga minimum kandil "signal". Pada hari keempat selepas kita buka posisi kita, Renti Rugi harus diletakkan pada titik pulang modal (titik masuk). Kita harus tutup urusniaga bila harga menyilang garisan atas Bollinger berwarna hijau

CADJPYDaily1.png

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.