Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).
Konsep di sebalik strategi
Bagaimana cara memahami bila masanya untuk membuka posisi? Kita boleh merujuk indikator RSI, data Stochastic, MA atau sesuatu yang lain. Setiap indikator memainkan peranan tersendiri dan mungkin berkesan di bawah keadaan tertentu. Tetapi terdapat satu cara analisis yang tidak melibatkan indikator teknikal dan pola harga seperti Double Tops, Heads with Shoulders dan Wedges. Kaedah analisis ini menggunakan pendekatan yang berlainan.
Pedagang memanggilnya Konsep Wang Pintar / Smart Money Concept (SMC). Ia kaedah analisis pasaran berdasarkan tindakan yang berkemungkinan berpunca daripada pemain besar seperti: bank, pelabur institusi, ikan paus (whales), penggerak pasaran dan orang dalam. Apabila pemain besar mahu memasuki pasaran, ia mewujudkan naik turun harga yang luar biasa kerana pemain besar menggerakkan pasaran dengan pesanan mereka yang sangat besar. Biasanya, harga mula menganjak dengan agak pantas, mencipta kandil besar dan panjang dengan sumbu yang kecil, seperti dalam carta di bawah.
Apa itu ketidakseimbangan?
Dalam gambarajah di atas, ruang-ruang yang ditandakan dengan anak panah dikenali sebagai ketidakseimbangan. Satu lagi nama yang lebih rumit: jurang nilai hadapan atau forward value gap (FVG). Anda mungkin menemuinya dalam pelbagai carta yang berbeza, daripada Forex dan emas sehingga kripto dan saham (walaupun saham mempunyai jauh lebih banyak jurang kerana perdagangan saham mempunyai sekatan masa).
Ketidakseimbangan terdiri daripada tiga kandil. Kandil kedua ialah impuls ke mana-mana arah. Kandil pertama dan ketiga mewujudkan sempadan ketidakseimbangan. Ketidakseimbangan terbentuk selepas kandil ketiga ditutup.
Ketidakseimbangan terletak antara paras tertinggi kandil pertama dan paras terendah kandil ketiga (ketidakseimbangan bullish).
Kesemua tiga segi emat tepat yang hitam pada carta di bawah adalah ketidakseimbangan bearish. Ianya ruang antara paras terendah kandil pertama dan paras tertinggi kandil ketiga. Ianya sebahagian daripada kandil tengah yang tidak disentuh mana-mana kandil bersebelahan.
Ketidakseimbangan dianggap kuat apabila kecairan terkumpul harga adalah lebih tinggi daripada paras tinggi terakhir atau lebih rendah daripada paras rendah terakhir sebelum menghasilkan ketidakseimbangan. Peraturan-peraturan asas bagi membuka dagangan adalah seperti berikut:
Peraturan untuk entri long
Terdapat dua pilihan untuk entri long:
- Semasa penyongsangan trend;
- Selepas pembetulan trend.
Kedua-dua pilihan ini berfungsi dengan cara yang sama dengan perbezaan kecil. Anda perlu tahu bahawa penyongsangan trend mungkin lebih sukar untuk dikesan kerana aktiviti pasaran, jadi harga berkemungkinan akan bergerak mengikut arah trend.
Contoh ini memberi fokus pada pembetulan trend, dan yang seterusnya ialah mengenai penyongsangan trend. Nantikan harga untuk menaik dengan momentum yang kuat (pergerakan pantas), dan meninggalkan jurang nilai hadapan (FVG) di belakangnya. Ianya lebih baik jika harga mengumpul kecairan sebelum menaik lebih tinggi.
Kita hanya perlu menunggu harga memasuki FVG dengan lebih mendalam dan membuka dagangan long. Renti Rugi haruslah di bawah paras rendah swing. Ambil Untung haruslah di atas paras tinggi terakhir. Ianya penting untuk mengekalkan nisbah risiko-ganjaran yang munasabah. Nisbah risiko-ganjaran sebanyak 1:3 adalah cukup baik untuk meneruskan. Biasanya lebih wajar untuk tidak berdagang sekiranya ganjaran adalah kurang daripada itu.
Dalam contoh di bawah, kami membuka dagangan di tengah-tengah FVG dari carta di atas untuk mendapat nisbah risiko-ganjaran 1:3.
Peraturan untuk entri short
Terdapat dua pilihan untuk entri short:
- Semasa penyongsangan trend;
- Selepas pembetulan trend.
Kedua-dua pilihan ini berfungsi dengan cara yang sama dengan perbezaan kecil. Anda perlu tahu bahawa penyongsangan trend mungkin lebih sukar untuk dikesan kerana aktiviti pasaran, jadi harga berkemungkinan akan bergerak mengikut arah trend.
Untuk membuka dagangan, nantikan harga untuk melintasi "liquidity pool" yang terdekat dan menyongsang, meninggalkan FVG di belakangnya, seperti dalam carta di bawah.
Selepas itu, tunggu sehingga harga mencapai FVG. Anda boleh membuka dagangan sebaik sahaja harga menyentuh ketidakseimbangan atau nantikannya untuk mengisi keseluruhan jurang itu (to fill the whole gap). Gunakan kemahiran pengurusan risiko anda semasa membuat keputusan. Jika nisbah risiko-ganjaran anda ialah sekurang-kurangnya 1:3, maka teruskan membuka dagangan. Dalam keadaan sebaliknya, batalkan niat untuk membuka entri itu.
Renti Rugi anda haruslah di atas paras tinggi terakhir. Ambil Untung anda haruslah berhampiran kumpulan kecairan (tahap sokongan untuk entri short). Anda juga boleh menetapkan Renti Rugi pada FVG yang lebih rendah, kerana ia juga merupakan magnet harga.
Perkara-perkara penting untuk diingati
Strategi ini melibatkan penantian untuk harga membuat beberapa langkah yang kritikal:
- Mengumpul kecairan;
- Membuat impuls, menghasilkan FVG;
- Kembali ke FVG.
Hanya dalam kes itu, kita boleh membuka posisi. Sebaliknya, nisbah risiko-ganjaran biasanya agak bagus, dan anda akan mempunyai banyak entri dagangan dengan strategi ini.
Belajar. Berdagang. Ulang.