Strategi perdagangan Ross Hook (RH)

Baca artikel ini di laman web FBS

Seperti yang anda ketahui, penganalisis teknikal bergantung pada harga masa silam untuk meramalkan harga di masa depan. Sesetengah pedagang cuba membuktikan pendekatan perdagangan ini salah dan tidak menguntungkan. Tetapi kami ingin menunjukkan kepada anda pola Ross Hook yang sudah terbukti menguntungkan selama 32 tahun.

Pengenalan?

Strategi perdagangan Ross Hook (RH) adalah strategi yang 100% berasaskan aksi harga, yang berasaskan ujian semula (retest) penembusan pola 1-2-3. Sekiranya anda belum membaca mengenai pola penyongsangan 1-2-3 , pastikan anda membacanya terlebih dahulu!

Saya juga harus mengingatkan anda, jika anda baru dalam dunia perdagangan, mengesan pola Ross Hook pada carta anda mungkin agak sukar pada mulanya. Mengapa? Kerana anda perlu mengenal pasti pola 1-2-3 dengan betul, dan selepas itu nantikan kemunculan Hook. Ia mungkin membingungkan pada mulanya, tetapi saya pasti anda mampu menghadapinya!

Bagaimana cara mencari pola Hook?

Saya tidak mahu anda bingung dan keliru di sini kerana pola RH sangat berguna, jadi saya akan menerangkan semuanya semudah yang boleh. Lihat pola 1-2-3 biasa, dan kemudian lihat pola Ross Hook.

ETHUSDH1.png

Sekarang, perhatikan RH dengan teliti.

2- ETHUSDH1.png

Dapatkah anda melihatnya? Ross Hook hanyalah pola 1-2-3 yang lebih kecil yang terbentuk setelah pola yang lebih besar!

Sekarang, apa yang perlu anda lakukan hanyalah mencari "pola 1-2-3 berganda" ini (itu bukan namanya yang rasmi, tetapi secara ringkasnya begitulah rupa pola ini).

Strategi Perdagangan Ross Hook

Untuk berdagang dengan pola RH, kita perlu mengikuti beberapa langkah:

  1. Cari pola 1-2-3.
  2. Tunggu candlestick pelanggaran muncul (dianggap berlaku pada penembusan titik 2 pola 1-2-3).
  3. Buka posisi selepas ujian semula (retest) berlaku di titik 2.

Lihat gambar untuk memahaminya dengan betul. Kami telah menunggu kemunculan pola 1-2-3, kemudian kami membuka posisi selepas ujian semula (retest) dan meletakkan Renti Rugi (SL) di bawah aras ujian semula (retest level).

 AUDUSDM15.png

Sekarang, mari kita analisa urusniaga short:

Kami telah mengenal pasti pola, menanti sehingga Ross Hook terbentuk, dan masuk posisi setelah ujian semula berlaku.

2- AUDUSDM5.png

Anda boleh menentukan Ambilan Untung (TP) anda dengan beberapa kaedah berbeza :

  1. Ukur jarak antara titik 1 dan RH dan gunakannya sebagai Ambilan Untung anda.
  2. Gandakan jarak dari titik masuk ke Renti Rugi sebanyak 2 atau 3 kali ganda dan masukkan ambilan untung anda di sini. Anda boleh meletakkan beberapa Ambilan Untung dan memindahkan Renti Rugi anda setelah harganya mencapai sasaran pertama. Dengan cara ini anda akan mendapat lebih sedikit posisi yang tidak menguntungkan.
  3. Jangan tetapkan Ambilan Untung. Sebaliknya, pindahkan Renti Rugi anda di belakang setiap puncak atau titik rendah yang terbentuk seiring kemajuan pergerakan harga. Dalam pasaran yang bergerak dalam trend dengan baik, ini akan membolehkan anda "menunggang" trend dan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.

Mengapa Ross Hook?

Pertama sekali, saya ingin membuktikan kebolehgunaan pola ini. Penganalisis dari Universiti Oxford telah menguji strategi ini pada 42 aset yang berbeza (termasuk pasangan forex, niaga hadapan, dan saham) selama 32 tahun. Bermula dengan $1 juta dan dengan risiko 1% bagi setiap posisi, strategi ini telah terbukti menguntungkan. Sekiranya anda berdagang dengan strategi ini, anda akan memperolehi keuntungan bersih lebih dari $5 juta.

imgonline-com-ua-Ubah saiz-DczUQ9EMGyY.jpg

Mari kita rangkumkan kesimpulan:

Kelebihan:

  1. Berasaskan aksi-harga. Anda tidak memerlukan apa-apa kecuali carta.
  2. Telah diuji dalam jangka masa yang panjang dan telah terbukti menguntungkan selama beberapa dekad.
  3. Nisbah risiko berbanding ganjaran yang baik (sehingga 1:3 atau lebih, suatu yang luar biasa).
  4. Anda boleh berdagang dengan pola 1-2-3 sementara menunggu RH muncul.

Kelemahan:

  1. Kemunculan titik masuk tidak sekerap strategi lain.
  2. Anda perlu mengenal pasti pola 1-2-3 dan RH, dan menyaring pergerakan harga yang palsu.
  3. Tidak ada yang sempurna dalam perdagangan, akan ada penembusan RH yang palsu dan Renti Rugi anda boleh terpicu.

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.