Strategi Perdagangan MacFibo

Baca artikel ini di laman web FBS

Ada banyak strategi yang menggunakan aras-aras Fibonacci. Para pedagang cuba untuk mengadaptasikannya sebaik mungkin supaya mereka boleh menggandingkannya bersama perkakas teknikal yang lain seberapa yang efektif. Hari ini kita akan membincangkan satu strategi yang terkenal di kalangan para pedagang. Ia bernama MacFibo.

Para pedagang mengesyorkan strategi ini digunakan bila berdagang dengan pasangan EUR/USD dan emas di rangka masa H1 dan H4.

Apakah yang kita perlukan untuk strategi tersebut?

Mula-mula sekali, kita perlu memasang tiga purata bergerak (Ma) di carta.

o Pertama, purata bergerak ringkas (Sma, simple moving average) dengan tempoh 8;

o Kedua, purata bergerak ringkas (Sma, simple moving average) dengan tempoh 20;

o Ketiga, purata bergerak eksponen (Ema) dengan tempoh 5.

Kedua, kita perlu memasukkan aras-aras Fibonacci ke dalam strategi kita. Anda boleh lakukannya di tetapan:

1.1.png

Berikut adalah aras-aras yang kami gunakan:

Screenshot_17.png

Aras - Keterangan

Kita perlu menggunakan aras-aras Fibo yang sudah diadaptasi berdasarkan peraturan-peraturan khas. Secara amnya, ia bergantung kepada arah perdagangan.

Bila harus kita beli?

  • MA eksponen harus menembusi SMA 20 tempoh dari bawah ke atas
  • Candlestick bullish tutup lebih tinggi dari persilangan.
  • Kita aplikasikan aras Fibonacci dari harga tinggi candlestick yang terbentuk selepas persilangan hingga ke harga terendah bagi candlestick terendah di trend.
  • Kita buka posisi long di harga pembukaan candlestick seterusnya. Dalam masa yang sama, kita pastikan aras ini tidak terletak di zon sokongan atau rintangan sebelum ini.
  • Kita pasang ambilan untung di aras Fibo 161.8
  • Renti rugi kita terletak pada aras Fibo 38.2 atau 78.6. Pilihan bergantung pada kedudukan aras sokongan atau rintangan sebelum ini.

Mari kita lihat contoh di carta H1 EUR/USD. Pada 12 April, purata bergerak eksponen (ungu) menyilang SMA-20 (coklat) dari bawah ke atas. Kita buka posisi long pada 1.1287 selepas harga menembusi rintangan sebelum ini. Kita letakkan renti rugi kita di 1.1264 (aras Fibo 38.2) dan ambil untung di 1.1316 (aras Fibo 161.8). Akhirnya kita beroleh 29 pips.

1-(2).jpg

Bila harus kita jual?

  • MA eksponen harus menembusi SMA 20 tempoh dari atas ke bawah
  • Candlestick bearish tutup di bawah persilangan.
  • Kita aplikasikan aras Fibonacci dari harga rendah candlestick yang terbentuk selepas persilangan hingga ke harga tertinggi bagi candlestick tertinggi di trend.
  • Kita buka posisi short di harga pembukaan candlestick seterusnya. Dalam masa yang sama, kita pastikan aras ini tidak terletak di zon sokongan atau rintangan sebelum ini.
  • Kita pasang ambilan untung di aras Fibo 161.8
  • Renti rugi kita terletak pada aras Fibo 38.2 atau 78.6. Pilihan bergantung pada kedudukan aras sokongan atau rintangan sebelum ini.

Di carta H1 EUR/USD, EMA-5 (ungu) menyilang SMA-20 (coklat) dari atas ke bawah pada 2 Januari. Kita buka posisi short di 1.1420 selepas candlestick bearish terbentuk di bawah persilangan di bawah aras sokongan. Kita letakkan renti rugi (stop loss) di 1.1438 (aras 78.6 Fibo). Ambilan untung kita terletak di 1.1376 (aras 161.8 Fibo). Kita beroleh 44 pips.

2-(2).jpg

Strategi seperti ini juga memberikan kita peluang untuk scaling-in. Jika harga bergerak menuju sasaran Fibo di 161.8 dan EMA-5 menyilang SMA-8 dari bawah ke atas (untuk posisi short) atau dari atas ke bawah (untuk posisi long) dan kemudian meyilangnya kembali, harga buka di candlestick selepas penyilangan adalah titik masuk tambahan. Dalam kes seperti ini, kita letakkan ambilan untung ktia di aras Fibo 261.8. Adalah disyorkan untuk merentet renti rugi anda (trail your stop loss) selepas scaling-in.

Sebagai contoh, di carta yang sama, kita masuk posisi short di 1.1706. Kita tambah lebih banyak pada 1.1678 bila EMA (ungu) menyilang SMA-8 (oren). Kita gerakkan aras ambilan untung kita ke 1.1614 (aras 261.8 Fibo). Pada masa yang sama, kita rentet renti rugi ke aras Fibo 78.6 di 1.1708.

3-(3).jpg

Kesimpulan

Hari ini kita telah melihat bagaimana adaptasi kecil ke atas aras-aras Fibonacci boleh diaplikasikan kepada strategi yang efisien. Kami mengesyorkan kepada anda untuk berlatih menggunakannya di akaun Demo sebelum mengaplikasikannya di akaun sebenar.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.