Indikator Volum Dalam Perdagangan Untuk Pemula

Baca artikel ini di laman web FBS

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Volum Di Pasaran?

Dalam perdagangan, istilah "volum" merujuk kepada jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk membeli atau menjual aset tertentu dalam tempoh tertentu. Pedagang bergantung padanya sebagai kayu ukur utama kerana ia membolehkan mereka mengetahui tahap kecairan aset.

Analisis volum ialah teknik yang digunakan untuk menentukan jenis urusniaga yang akan anda lakukan dengan mengetahui hubungan antara volum dan harga.

Signal bullish daripada volum perdagangan

Penembusan ke atas dengan volum yang lebih tinggi dari purata

Pada satu ketika, harga tiba di aras rintangan semasa uptrend dan dalam pasaran yang mendatar/mengiring. Trend berhenti dan mula gagal kerana tekanan jualan mengatasi tekanan belian. Apabila harga menembusi aras itu, penembusan akan menjadi lebih signifikan jika volum adalah tinggi atau melebihi purata. Penembusan yang disertai dengan volum yang rendah menunjukkan semangat untuk terus bergerak mungkin tidak begitu kuat.

Volumes 1.png

Uptrend yang disertai dengan volum yang bertambah

Uptrend yang digabungkan dengan volum yang meningkat dan/atau melebihi purata menunjukkan keghairahan pelabur untuk aset tersebut, yang membawa kepada lebih banyak pembelian dan seterusnya harga yang lebih tinggi.

Volume 2.png

Uptrend dengan volum yang berkurangan

Uptrend tanpa volum yang meningkat dan/atau melebihi purata mencadangkan idea bahawa keghairahan pelabur terhad, yang mengisyaratkan penyongsangan di masa akan datang.

Volume 3.png

Signal bearish daripada volum perdagangan

Penembusan ke bawah yang disertai dengan volum yang tinggi

Pada satu ketika, harga tiba di aras sokongan semasa downtrend dan di pasaran yang mendatar. Trend berhenti dan mula gagal kerana tekanan belian mengatasi tekanan jualan. Apabila harga menembusi aras itu, penembusan akan menjadi lebih signifikan jika volum tinggi atau lebih tinggi dari purata. Penembusan yang disertai dengan volum yang rendah menunjukkan semangat yang rendah untuk bergerak.

Volume 4.png

Downtrend yang disertai dengan peningkatan volum 

Downtrend yang disertai dengan volum yang meningkat dan/atau melebihi purata membayangkan pelabur berasa ragu tentang saham tersebut, yang boleh membawa kepada lebih banyak penjualan dan malah harga yang lebih rendah. Ini adalah masa yang sesuai untuk membuka urusniaga jual.

Volume 5.png

Downtrend dengan volum yang berkurangan

Downtrend tanpa volum yang meningkat dan/atau melebihi purata membayangkan kebimbangan bahawa bilangan pelabur adalah terhad. Walaupun harga terus jatuh, pedagang analisis volum boleh mula memerhatikan tanda-tanda kemunculan penyongsangan dengan bantuan peningkatan volum.

Volume 6.png

Sebagai satu petua, sebarang penembusan harga atau trend yang disertai dengan volum yang melebihi purata boleh dianggap lebih signifikan daripada pergerakan harga yang volumnya rendah.

Tiga Indikator Volum

Indikator volum ialah formula matematik yang ditunjukkan secara visual di platform-platform carta popular. Setiap indikator menggunakan formula yang sedikit berbeza, dan pedagang harus mencari indikator yang paling sesuai untuk pendekatan pasaran mereka.

Terdapat banyak indikator volum yang boleh dipilih, dan penerangan di bawah menyediakan contoh bagaimana pedagang boleh menggunakan beberapa daripadanya.

1. On-Balance-Volume (OBV)

On Balance Volume (OBV) mengukur tekanan belian dan jualan. Ia merupakan indikator terkumpul yang menambah volum pada hari naik dan menolak volum pada hari turun. Apabila aset ditutup lebih tinggi daripada harga penutupan sebelumnya, keseluruhan volum hari itu dianggap sebagai volum naik. Apabila sekuriti tersebut ditutup lebih rendah daripada harga penutupan sebelumnya, keseluruhan volum hari itu dianggap sebagai volum turun. Nilai sebenar OBV adalah tidak penting; tumpukan perhatian pada arahnya.

  • Apabila kedua-dua harga dan OBV membentuk puncak yang lebih tinggi dan lembah yang lebih tinggi, trend menaik berkemungkinan akan berterusan.
  • Trend menurun berkemungkinan akan berterusan apabila kedua-dua harga dan OBV membentuk puncak yang lebih rendah dan lembah yang lebih rendah.
  • Jika OBV meningkat semasa pasaran didagangkan di dalam julat, pengumpulan (accumulation) mungkin sedang berlaku — memberikan amaran tentang penembusan ke atas.
  • Jika OBV jatuh semasa pasaran didagangkan di dalam julat, pengagihan (distribution) mungkin sedang berlaku — amaran tentang penembusan ke arah bawah.
  • Apabila harga terus membentuk puncak yang lebih tinggi, dan OBV gagal membentuk puncak yang lebih tinggi, arah trend menaik berkemungkinan akan terhenti atau gagal. Ia dipanggil capahan negatif (negative divergence).
  • Apabila harga terus membentuk lembah yang lebih rendah dan OBV gagal membentuk lembah yang lebih rendah, arah trend menurun mungkin akan terhenti atau gagal. Ia dipanggil capahan positif (positive divergence).

2. Chaikin Money Flow

Aliran Wang Chaikin (CMF, Chaikin Money Flow) ialah purata berwajaran volum bagi pengumpulan dan pengagihan dalam suatu tempoh tertentu. Tempoh CMF yang standard ialah 21 hari. Prinsip di sebalik Aliran Wang Chaikin adalah lebih hampir harga penutupan dengan paras tertinggi, lebih banyak pengumpulan telah berlaku. Sebaliknya, semakin hampir harga penutupan dengan paras terendah, semakin banyak pengagihan (distribution) telah berlaku. Jika aksi harga secara konsisten ditutup di atas titik tengah bar apabila volum meningkat, Aliran Wang Chaikin akan menjadi positif. Sebaliknya, jika aksi harga secara konsisten ditutup di bawah titik tengah bar apabila volum meningkat, Aliran Wang Chaikin akan memberikan nilai yang negatif.

  • Nilai CMF di atas garis sifar ialah petanda kekuatan dalam pasaran, dan nilai di bawah garisan sifar adalah tanda kelemahan dalam pasaran.
  • Tunggu sehingga CMF mengesahkan arah penembusan aksi harga melepasi garisan trend atau garisan sokongan dan rintangan. Sebagai contoh, jika harga menembus ke atas melepasi rintangan, tunggu sehingga CMF mempunyai nilai positif untuk mengesahkan arah penembusan.
  • Signal jual CMF terhasil apabila aksi harga membentuk aras tinggi yang lebih tinggi di dalam zon terlebih beli, dan CMF pula mencapah (diverging) dengan paras tinggi yang lebih rendah dan mula jatuh.
  • Signal beli CMF terhasil apabila aksi harga membentuk paras rendah yang lebih rendah di zon terlebih jual, dan CMF mencapah dengan paras rendah yang lebih tinggi dan mula menaik.

3. Osilator Klinger

Osilator Klinger ialah perkakas kewangan yang meramalkan trend jangka panjang aliran wang sambil mengesan turun naik jangka pendek. Selain itu, ia meramalkan penyongsangan pergerakan harga di pasaran kewangan dengan membandingkan volum dengan harga secara meluas.

Seperti yang dinyatakan di atas, Osilator Volum Klinger (Klinger Volume Oscillator) terdiri daripada dua garisan dan satu garisan tengah. Biasanya, dua garisan itu berwarna merah dan biru. Garis biru ialah signal, manakala garis merah ialah Klinger.

Seperti kebanyakan indikator yang mempunyai dua garisan, perkara utama yang perlu diperhatikan ialah apabila persilangan berlaku antara dua garisan tersebut. Seperkara lagi yang perlu diperhatikan ialah apabila dua garisan tersebut melintasi garisan tengah.

Isyarat beli biasanya muncul apabila terdapat persilangan antara dua garisan di bawah garisan tengah. Sebaliknya, isyarat jual terbentuk apabila terdapat persilangan antara dua garisan di atas garisan tengah.

Kesimpulan

Volum perdagangan sentiasa menjadi indikator sentimen pasaran yang penting. Sama seperti indikator Aroon atau RSI, volum boleh membantu pedagang mengesahkan penembusan, melihat penyongsangan di masa akan datang dan mencari pengumpulan harga. Menerapkan volum ke dalam strategi perdagangan anda akan meningkatkan keberhasilan perdagangan dan mengurangkan kesilapan.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.