1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 10 Mutiara Kata Perdagangan Yang Akan Mengubah Perdagangan Anda
2023-07-24 • Dikemaskini

10 Mutiara Kata Perdagangan Yang Akan Mengubah Perdagangan Anda

cover.png

Anda sukar mendapatkan mood untuk berdagang? Perlukan inspirasi atau petua untuk menambah baik perdagangan anda? Tidak perlu cari lagi! Kami telah menyusun beberapa petikan psikologi perdagangan daripada pedagang dan pemikir yang telah berkongsi kearifan dan wawasan mereka hasil daripada bertahun-tahun pengalaman.

10 Mutiara Kata Terbaik Untuk Perdagangan Forex

Frasa-frasa perdagangan ini pasti memotivasi dan memperkasakan anda untuk mengubah hidup anda sebagai pedagang ke arah yang lebih baik.

  1. “Ada masanya anda harus long, ada masanya anda harus short, dan ada masanya pergi memancing lebih baik.” – Jesse Livermore

    Kesabaran dan disiplin adalah ciri-ciri penting yang harus dimiliki oleh seorang pedagang. Ia diperlukan agar pedagang tidak membuat keputusan impulsif yang boleh menyebabkan kerugian. Petikan motivasi perdagangan ini menekankan betapa pentingnya untuk menunggu sehingga kemunculan peluang yang tepat.

    Ketahui lebih lanjut tentang disiplin perdagangan dalam artikel kami Cara Untuk Berdisiplin Dalam Perdagangan.

  2. “Anda tidak tahu setup bagaimana yang pasaran akan hadapkan kepada anda, objektif anda adalah untuk mencari peluang yang mempunyai nisbah risiko-ganjaran yang terbaik.” – Jaymin Shah

    Pengurusan risiko adalah kritikal dalam perdagangan. Pedagang harus sentiasa mempertimbangkan nisbah risiko-ganjaran yang sesuai dengan strategi perdagangan mereka. Dengan mengurangkan risiko dan memaksimumkan potensi pulangan, pedagang berpeluang untuk menikmati kejayaan jangka panjang.

    Baca artikel Pelaburan Tanpa Risiko dan Pelaburan Berisiko Rendah untuk mempelajari pengurusan risiko yang efektif.

  3. “Tiada sesiapa yang pernah mencapai kecemerlangan dalam apa jua seni atau profesion tanpa mengharungi proses kajian dan persediaan yang perlahan dan menjerihkan.” – Mark Douglas

    Persediaan adalah kunci kejayaan dalam mana-mana bidang, dan perdagangan tidak terkecuali. Pedagang mesti sanggup meluangkan masa dan usaha untuk merancang hari perdagangan mereka. Suasana pasaran sentiasa berubah dan ini membuatkan pedagang – waima yang terbaik sekali – berwaspada pada setiap masa dan mendorong mereka untuk membuat persediaan dengan teliti sebelum meletakkan pesanan.

    Bersiap sedia untuk aktiviti perdagangan anda dengan bantuan Analisis Pasaran Harian dan Berita Forex di laman web kami.

  4. “Destinasi pelaburan yang paling berharga adalah diri anda sendiri.” – Warren Buffett

    Pendidikan adalah penting dalam perdagangan. Pedagang harus sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran mereka. Pasaran sentiasa berubah, dan pedagang mesti menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Semakin banyak pedagang menambah ilmu, semakin senang untuk mereka memperhaluskan strategi perdagangan dan memanfaatkannya.

    Belajar dengan bahan-bahan pendidikan percuma FBS, termasuk tutorial video, webinar, dan seminar, untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan perdagangan anda.

    5-min.png

  5. “Punca kerugian nombor satu dalam pasaran kewangan ialah apabila pedagang gagal menutup urusniaga cukup awal untuk menghadkan kerugian.” – Victor Sperandeo

    Pedagang seringkali mengekalkan posisi yang kerugian terlalu lama dengan harapan bahawa pasaran akan berubah dan memihak kepada mereka. Malangnya, strategi ini boleh membawa kepada kerugian yang lebih besar. Pedagang mesti bersedia untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar dan keluar daripada dagangan yang rugi. Ini mungkin sesuatu yang sukar dilakukan kerana anda dikehendaki mengakui kesilapan anda dan menanggung kerugian kewangan.

    Bawa pengalaman perdagangan ke peringkat seterusnya dengan FBS Trader, platform perdagangan yang direka serba lengkap.

  6. “Jangan sekali-kali melabur dalam idea yang anda tidak dapat dilukiskan dengan krayon.” – Peter Lynch

    Ada kebenaran di sebalik petikan yang mencuit hati ini. Ia mengingatkan setiap pedagang bahawa rancangan perdagangan haruslah mudah, kerana sesuatu yang tidak kena cenderung berlaku dengan idea yang lebih kompleks.

    Idea perdagangan yang jelas adalah lebih sesuai diguna pakai dalam aplikasi perdagangan yang mudah dan mesra pengguna seperti MetaTrader 4 atau MetaTrader 5.

  7. “Pedagang berprestasi unggul adalah komited sepenuhnya untuk menjadi yang terbaik dan lakukan apa sahaja untuk jadi yang terbaik. Dia berasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa sahaja yang berlaku dan mampu belajar daripada kesilapan. Golongan ini biasanya mempunyai rancangan perniagaan yang berkesan untuk perdagangan kerana mereka menganggap perdagangan sebagai satu perniagaan.” – Van K. Tharp

    Petikan perdagangan ini menyerlahkan kepentingan rancangan perdagangan yang digariskan dengan teliti. Pedagang yang mendekati perdagangan seperti suatu perniagaan mempunyai peluang lebih tinggi untuk berjaya dalam jangka masa panjang. Mempunyai rancangan adalah penting untuk membangunkan hasil perdagangan yang konsisten dan mencegah keputusan yang didorong emosi.

    Ikuti @fbsanalytics di Telegram untuk membina rancangan perdagangan anda dengan tinjauan perdagangan dan petua yang berguna daripada pakar pasaran kami yang terkemuka.

  8. “Keunikan saya ialah saya tidak mempunyai satu gaya pelaburan yang khusus atau, lebih tepat lagi, saya cuba mengubah gaya saya mengikut keadaan.” – George Soros

    Pendekatan yang fleksibel dalam perdagangan adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah. Pedagang yang mampu melaraskan gaya perdagangan agar sesuai dengan persekitaran pasaran yang berbagai-bagai lebih cenderung untuk berjaya. Ini memerlukan pemahamanan yang mendalam tentang dinamik pasaran dan keinginan untuk belajar dan berkembang sebagai seorang pedagang.

    Dapatkan idea dagangan dan strategi baharu dari pasaran dalam Tips Untuk Pedagang.

  9. “Tiada pola yang berkesan pada setiap masa. Tetapi ia tetap sahaja kritikal kerana ia membantu anda menduga risiko anda. Jika anda mengabaikan pola dan fokus pada gerak hati, perasaan dan tips panas, keputusan yang konsisten adalah cakap-cakap kosong.”– Ifan Wei

    Pola adalah alat yang sangat penting. Pedagang yang memberi tumpuan pada pola dan menggunakannya untuk menentukan risiko dapat membina pendekatan yang lebih berdisiplin dan sistematik dalam perdagangan.

    Tinjau beberapa pola yang berguna untuk meramal pasaran dalam 8 Pola Candlestick Bearish Yang Hebat.

  10. “Perdagangan adalah aktiviti yang kompetitif dan anda harus mampu bertahan apabila dihentam.” – Paul Tudor Jones

    Anda mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi kerugian dan sangkak, kerana ia sebahagian daripada perdagangan yang tidak dapat dielakkan. Anda perlu tabah dan tidak berputus asa. Pedagang yang berjaya bangkit daripada kegagalan dan kekal fokus terhadap matlamat mereka berpeluang tinggi untuk berjaya akhirnya. Ia memakan masa dan usaha untuk membangunkan strategi perdagangan yang berkesan. Sangkak dan kekecewaan adalah sebahagian daripada proses tersebut.

    Mempelajari cara untuk mengelakkan kesilapan juga mungkin bermanfaat. Baca Kesilapan-Kesilapan Lazim Dalam Perdagangan dan Cara Mengelakkannya untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya kesilapan perdagangan.

Kesimpulan

Perdagangan dalam pasaran kewangan adalah sesuatu usaha yang mencabar dan bermanfaat. Bagi mencapai kejayaan, pedagang mesti berdisiplin, fleksibel dan bersedia untuk belajar daripada kesilapan mereka.

Pertimbangkan beberapa mutiara kata perdagangan ini sementara membangunkan strategi perdagangan yang efektif. Namun, ingat bahawa kesemua ini bukan kebenaran universal.

Bina prinsip-prinsip perdagangan anda sendiri. Terokai pasaran dan berdagang dengan broker yang andal.

Berdaganglah dengan FBS

  • 1238

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera