1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 8 Indikator Paling Lazim Untuk Scalping
2023-05-18 • Dikemaskini

8 Indikator Paling Lazim Untuk Scalping

cover.jpg

Ada terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pasaran kewangan sehingga kadangkala mustahil untuk meramalkan dengan tepat ke mana harga akan bergerak seterusnya. Ramai pedagang yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka akibat swing harga yang tidak dijangka. Ada yang beralih kepada rangka masa yang lebih kecil dan perdagangan scalping untuk mengurangkan risiko terdedah kepada turun naik harga yang ketara.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apa itu scalping, apakah indikator-indikator yang digunakan oleh scalper dan bagaimana cara menggunakan indikator-indikator ini dalam strategi perdagangan scalping.

Apakah itu scalping?

Scalping ialah strategi perdagangan intrahari jangka pendek yang melibatkan penjanaan keuntungan daripada perubahan harga yang sangat kecil. Pedagang yang menggunakan strategi ini dipanggil scalper, dan matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan wang daripada sebilangan besar urusniaga kecil yang sukses dan bukannya bergantung kepada beberapa urusniaga yang lebih besar dan berlangsung lama. Setiap urusniaga berlangsung antara beberapa saat hingga sejam, dan jumlah urusniaga yang dibuat oleh seseorang scalper dalam sehari adalah antara 10 hingga ratusan, bergantung pada sama ada seseorang scalper berdagang secara manual atau menggunakan perisian perdagangan automatik.

Perkara utama yang menarik pedagang kepada strategi ini adalah menangkap dan membuat keuntungan daripada pergerakan harga yang kecil adalah lebih mudah berbanding dengan pergerakan yang besar. Perubahan kecil harga berlaku dengan lebih kerap, dan memandangkan setiap urusniaga berlangsung dalam masa yang singkat, risiko untuk berhadapan dengan peristiwa buruk yang boleh membawa kepada pergerakan harga yang tidak diingini jauh lebih rendah.

Bagaimana scalping berfungsi?

Walaupun scalping dianggap kurang berisiko berbanding strategi yang berlangsung dalam tempoh yang lebih panjang, ia hanya berfungsi dengan baik jika pedagang mempunyai pelan perdagangan yang kukuh dan disiplin yang ketat. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk pedagang yang berpengalaman.

Sebelum membuka urusniaga, scalper perlu menentukan titik masuk, sasaran keuntungan dan aras sasaran keuntungan dan kerugian. Setelah perkara ini dilakukan, adalah penting untuk berpegang pada perancangan tersebut. Jika harga mencapai sasaran keuntungan tersebut, scalper akan sentiasa menutup urusniaga tersebut walaupun ada peluang untuk harga naik lebih banyak lagi. Dalam masa yang sama, jika harga mencecah aras sasaran keuntungan dan kerugian, mereka menutup urusniaga tanpa menunggu harga melantun semula. Dengan melakukan perkara ini, ia mengurangkan risiko terdedah kepada pergerakan pasaran yang tidak dijangka dan tidak diingini dan menjadikan scalping lebih rendah risikonya berbanding strategi perdagangan yang lain.

Untuk merancang urusniaga yang berjaya, scalper perlu memahami ke mana pasaran akan tujui seterusnya, jadi mereka menggunakan banyak indikator analisis teknikal, mengkaji carta-carta harga jangka pendek (1-5 minit), memahami psikologi pedagang dan apa langkah mereka yang seterusnya bergantung pada keadaan pasaran semasa.

Kelebihan dan kekurangan scalping

Seperti mana-mana gaya perdagangan lain, scalping juga mempunyai senarai kebaikan dan keburukan yang membuatkan para pedagang sama ada tertarik untuk menggunakannya atau menghindarinya.

Antara kelebihan scalping adalah seperti yang berikut:

  • Risiko yang lebih rendah. Scalper membuat keuntungan daripada gerakan-gerakan kecil harga yang berlaku dalam satu tempoh masa yang minimum. Walaupun harga bergerak melawan pedagang, ia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bergerak di luar julat kerugian dan keuntungan yang telah ditetapkan, yang menghadkan kerugian yang boleh dialami oleh scalper.
  • Potensi keuntungan. Sekiranya scalper berpegang pada rancangan perdagangan mereka yang terperinci dan berdagang dengan volum aset yang besar, mereka boleh memperolehi keuntungan yang tinggi di penghujung hari.
  • Tidak perlu mengikuti fundamental. Perdagangan fundamental termasuklah mengikuti berita, peristiwa dan laporan statistik ekonomi yang mempengaruhi nilai aset untuk menentukan masa yang terbaik untuk membeli atau menjualnya. Walau bagaimanapun, oleh kerana scalper membuat keuntungan daripada turun naik harga yang kecil, mereka tidak perlu mengikuti fundamental kerana ia tidak memberi kesan dalam rangka masa yang singkat.
  • Berfungsi dalam kedua-dua arah. Dengan scalping, anda boleh berdagang dalam kedua-dua pasaran bull dan bear. Oleh itu, scalper ada lebih banyak peluang untuk mendapatkan keuntungan dari perubahan harga.
  • Ia boleh diautomasikan. Scalping memerlukan ketepatan dan pengaturan masa yang baik kerana kelewatan walau sesaat pun boleh menjejaskan perdagangan anda. Mujurlah pedagang boleh menggunakan perisian perdagangan automatik untuk menghantar pesanan perdagangan ketika harga mencapai salah satu sasaran dan memanfaatkan setiap perdagangan dengan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan tertentu yang perlu dipertimbangkan oleh pedagang sebelum memutuskan untuk menyepadukan strategi ini ke dalam perdagangan mereka.

  • Perlukan banyak pengalaman dan masa. Walaupun scalping mungkin kelihatan mudah, ia adalah strategi perdagangan lanjutan yang memerlukan pemahaman yang baik tentang pasaran dan bagaimana ia bergerak. Seorang pemula mungkin merasakan bahawa beliau sukar untuk mematuhi rancangan perdagangan yang ketat/tegas dan memantau beberapa urusniaga selama berjam-jam setiap hari. Pedagang yang berpengalaman, sebaliknya, mempunyai disiplin yang lebih baik, lebih berpengalaman, dan memiliki dana untuk mengikuti pergerakan pasaran yang sentiasa berubah.
  • Kos transaksi. Seperti pedagang yang lain, scalper perlu membayar komisen atau spread untuk setiap perdagangan yang mereka laksanakan. Oleh kerana scalper melakukan lebih banyak urusniaga berbanding pedagang yang lain, kos boleh meningkat dan memakan keuntungan yang mereka perolehi daripada dagangan tersebut.
  • Isu-isu teknikal. Seperti yang telah kami nyatakan, kelewatan walau sesaat pun mampu menjejaskan kesudahan suatu urusniaga. Namun, bukan semua kelewatan adalah disebabkan oleh pedagang. Sambungan internet yang buruk, isu platform, dan lain-lain lagi, boleh menyebabkan kegelinciran (slippage) dan kelewatan dalam pelaksanaan, mengubah suatu urusniaga yang berpotensi besar menjadi satu kegagalan. Ini boleh dielakkan dengan menggunakan perisian perdagangan automatik dan VPS, tetapi pedagang yang tidak mempunyai akses kepada alat-alat ini harus berhati-hati dengan scalping.

Lapan indikator scalping yang paling lazim digunakan

Walaupun scalper mungkin tidak perlu mengetahui arah trend jangka panjang pasaran, untuk membuat keputusan yang termaklum mereka mesti memahami ke mana arah yang paling tinggi kebarangkaliannya akan dituju oleh harga. Di sinilah indikator analisis teknikal memainkan peranannya dan sangat berguna, kerana scalper boleh menggunakannya untuk meramalkan pergerakan harga pada masa hadapan. Dan sekarang, kita akan melihat lapan indikator scalping yang paling lazim digunakan.

1. Purata Bergerak Ringkas (SMA)

Indikator Purata Bergerak Ringkas (SMA, Simple Moving Average) ialah salah satu alat asas yang digunakan oleh scalper untuk mengenal pasti trend dan membina strategi perdagangan. Ia memberikan maklumat tentang harga purata suatu aset tertentu dengan menjumlahkan harga-harga penutup dalam suatu julat masa dan membahagikan jumlah tersebut dengan bilangan tempoh dalam julat tersebut. Ini membantu scalper memahami sama ada harga suatu aset meningkat atau menurun dan jika trend semasa mahu menyongsang.

1.png

2. Purata Bergerak Eksponen (EMA)

EMA (Exponential Moving Average) ialah satu lagi indikator yang menggunakan purata bergerak. Seperti indikator SMA, ia menganalisis harga suatu aset. Walau bagaimanapun, indikator EMA memfokuskan pada harga terkini dan boleh memberikan maklumat yang lebih terperinci kepada scalper. Scalper menggunakan EMA untuk menentukan trend semasa dan mengenal pasti calon-calon poin entri. Jika harga melepasi ke bahagian atas atau bawah EMA, ia boleh dibaca sebagai signal peluang untuk membeli atau menjual.

2.png

3. Indikator MACD

Indikator seterusnya dalam senarai ini ialah Purata Bergerak Tumpuan Capahan (MACD, Moving Average Convergence Divergence). Ia adalah indikator trend yang menunjukkan hubungan antara dua purata bergerak. Pergerakan dua garis yang berikutnya apabila ia bertindih, menumpu, atau mencapah antara satu sama lain akan menunjukkan momentum semasa, memberi pedagang signal beli atau jual. Scalper menggunakan indikator ini untuk mencari poin entri atau keluar yang berpotensi dan mengenal pasti perubahan trend.

3.png

4. Parabolic SAR

Parabolic Stop And Reversal (SAR) ialah Indikator yang biasa digunakan oleh para pedagang untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang trend aksi harga. Parabolic SAR muncul pada carta sebagai satu siri titik di atas atau di bawah harga. Jika manik-manik dipaparkan di bawah harga, harga bergerak ke atas, dan begitu juga sebaliknya. Apabila titik menukar kedudukannya, pedagang harus menjangkakan kemungkinan terjadinya penyongsangan trend. Indikator ini amat berguna bagi scalper kerana ia boleh menentukan momentum jangka pendek pergerakan harga.

4.png

5. Osilator Stokastik

Indikator analisis teknikal seterusnya yang digunakan oleh scalper ialah Osilator Stokastik. Ini ialah indikator momentum, dan ia membandingkan harga penutupan suatu aset dengan sejujuk harga-harganya dalam satu tempoh masa yang tertentu. Akibatnya, ia boleh mengenal pasti situasi terlebih beli atau terlebih jual di pasaran, yang boleh menandakan potensi penyongsangan trend.

5.png

6. Volume-Weighted Average Price (VWAP)

The Volume-Weighted Average Price ( VWAP, Harga Purata Berwajaran Volum) ialah alat analisis teknikal yang membantu pedagang menentukan kecairan aset dan mengenal pasti aras sokongan dan rintangan. VWAP digunakan untuk mengira harga purata aset berdasarkan volum yang dibeli dalam suatu tempoh masa tertentu. Indikator ini berfungsi paling baik untuk urusniaga-urusniaga jangka pendek, jadi ia digunakan terutamanya dalam scalping dan strategi-strategi intrahari yang lain.

Adalah lebih baik untuk mengikuti strategi perdagangan berkaitan dengan volum melalui perkhidmatan yang menyediakan data volum yang teragregat. Oleh itu, rajah di bawah menunjukkan indikator VWAP pada laman Trading View.

6.png

7. Jalur Bollinger (Bollinger Bands)

Jalur Bollinger ialah indikator scalping yang terdiri daripada tiga jalur: purata bergerak (garisan tengah) dan dua sisihan piawai (jalur atas dan bawah). Indikator ini boleh membantu para pedagang menentukan aras terlebih beli dan terlebih jual dan mengenal pasti trend dan penyongsangan yang berpotensi terjadi, tetapi scalper menggunakannya terutama sekali untuk mencari titik entri dan mengukur kemeruapan. Apabila harga mencapai jalur atas atau bawah, ia boleh menandakan penyongsangan yang berpotensi atau trend yang berterusan.

7.png

8. Indeks Kekuatan Relatif (RSI)

Indeks Kekuatan Relatif (RSI) ialah indikator pengayun yang menentukan kekuatan aksi harga dengan mengukur perubahan harga dan kelajuan ia berlaku. Scalper menggunakan indikator ini untuk mengenal pasti tahap terlebih beli dan terlebih jual, yang boleh menandakan kemungkinan penyongsangan trend.

8.png

Strategi-strategi perdagangan scalping yang terbaik

Untuk menguasai scalping, anda perlu membangunkan strategi perdagangan yang andal dan boleh membantu anda mendapatkan keuntungan yang maksimum daripada semua urusniaga anda. Ini adalah tiga strategi perdagangan scalping yang digunakan oleh scalper di seluruh dunia:

Strategi Reben Purata Bergerak (Moving Average Ribbon)

Strategi scalping ini melibatkan penggunaan beberapa EMA dengan rangka masa yang berbeza. Sebagai contoh, scalper biasanya menggunakan EMA 10 , EMA 20 , EMA 50 dan EMA 100. EMA-EMA ini kemudiannya diplot pada carta dalam formasi seperti reben, bergerak selari. Reben ini boleh digunakan untuk mengenal pasti arah dan momentum trend. Reben yang "lancar" menunjukkan trend yang kuat, yang bermaksud scalper boleh membuka posisi beli atau jual.

Renti rugi harus diletakkan tepat di bawah ayunan rendah terakhir (bagi urusniaga beli) atau di atas ayunan tinggi sebelumnya (bagi urusniaga jual). Sebaik sahaja harga menyentuh lagi EMA 200, tiba masa untuk tutup urusniaga dan mengambil keuntungan.

9.png

Strategi Jalur Bollinger

Strategi ini bergantung pada penggunaan indikator Jalur Bollinger. Seperti yang kita sedia maklum, indikator ini terdiri daripada tiga jalur: dua sisihan piawai dan satu SMA di tengah-tengahnya. Jika harga melepasi salah satu jalur luar, ia menandakan bahawa wujud potensi berlakunya penyongsangan atau penerusan trend.

Renti rugi harus diletakkan tepat di bawah ayunan rendah terakhir (bagi urusniaga beli) atau di atas ayunan tinggi sebelumnya (bagi urusniaga jual). Scalper boleh membuka urusniaga sebaik sahaja harga melepasi salah satu jalur luar dan keluar apabila ia kembali ke SMA.

10.png

Strategi MACD bersama EMA

Dalam strategi ini, scalper menggunakan indikator MACD dan EMA (iaitu EMA 200) untuk menentukan arah dan momentum trend. Jika garis MACD naik melepas paras atas sifar manakala EMA berada di bawah harga, ia memberikan signal beli. Pada masa yang sama, jika garis MACD jatuh di bawah paras sifar dengan EMA berada di atas harga, scalper harus bersedia untuk membuka posisi jual. Apabila MACD meluncur di bawah garis signal, sudah tiba masanya untuk menutup urusniaga anda.

11.png

Kesimpulan

Scalping memerlukan banyak kesabaran, disiplin, dan masa seorang pedagang. Jika anda ingin mula berscalping, anda perlu dapat membuat keputusan yang pantas dan mengetahui pelbagai indikator. Dengan strategi dan mindset yang betul, anda boleh menjadi scalper yang berjaya dan menjana keuntungan yang ketara daripada aset-aset yang paling cair.

  • 2019

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera