Pilih kumpulan aset anda untuk pelaburan jangka pendek!

GM-3604 статья в блог про краткосрочные инвестиции_обложка.jpg

Sekiranya anda lakukan kajian rambang dan meminta orang yang ditemubual untuk menamakan aktiviti yang mampu menarik minat orang yang amat bersemangat, perdagangan dan bola sepak akan menjadi antara jawapan yang paling popular. Kedua-duanya berupaya membakar semangat yang berapi-api, memerlukan keputusan dibuat dengan pantas dan kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh, situasi ketika anda berjaya menutup perdagangan anda sebaik setelah berlaku lonjakan harga yang besar boleh dikatakan sama seperti sensasi yang dirasakan bila berjaya menghasilkan gol menerusi hantaran panjang yang cantik. Satu lagi contoh lain yang jelas: anda perlu mempunyai pemain pertahanan (renti rugi) untuk melindungi skor, wang, dan reputasi anda.

Perdagangan algoritma: biar mesin yang berkerja untuk anda

GM-1939 обложка.png

Di dalam dunia di mana semua orang sedang heboh memperkatakan tentang pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan, aktiviti perdagangan berpaksikan komputer turut mendapat tempat dan tumbuh dengan subur. Ia dipanggil perdagangan algoritma (atau perdagagnan terautomasi). Secara amnya, ia adalah sistem yang beroperasi berdasarkan algoritma yang telah diprogramkan siap-siap. Set peraturan ini melakukan apa yang mustahil dilakukan secara manual oleh manusia: ia bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan pasaran dan mempunyai pendekatan perdagangan yang lebih sistematik. Yang paling penting, perdagangan algo bebas dari kesan negatif emosi manusia terhadap proses perdagangan.

Promo 12 Tahun FBS: cara untuk sertai dan menang besar

GM-2894.png

Raikan ulangtahun FBS dengan kejohanan perdagangan gilang gemilang! Ia peluang bertuah anda untuk memenangi hadiah-hadiah luar biasa, dari peranti sehinggalah tunai, motorsikal, dan malah kereta mewah. Sertai pusingan, berdagang, atau melabur, dan kumpul tiket bertuah. Setiap tiket adalah pas anda untuk ranking dan cabutan hadiah pusingan. Sungguh banyak peluang untuk menang! Bersaing dengan para pedagang lain, daki kedudukan ranking, atau cuba tuah anda dalam cabutan hadiah. Dan ingat: lebih banyak tiket, lebih tinggi peluang untuk menang!

Sedia, berdagang, untung! Membongkar rahsia dan tips berdagang secara berkumpulan untuk FBS League

FBS League-01.png

Dalam perdagangan, sama seperti di dalam sukan, sentiasa ada resepi untuk kejayaan. Setiap peniaga yang sudah berjaya pasti tahu berapa banyak usaha dan idea telah dicurahkan untuk meraih kesenangan beliau sekarang. Yang pasti, ramuan utama dalam resipi kejayaan sentiasa berbeza-beza. Mustahil kita boleh meraih pencapaian yang sama tinggi dengan orang lain dengan meniru mereka.

Berita baik: kejayaan adalah sesuatu yang boleh anda persiapkan dan kekalkan. Di dalam menu hari ini: koktel yang sempurna untuk menang dalam perdagangan secara berpasukan di FBS League. Goncang, kacau, dan campurkan mengikut nisbah anda; hasilnya akan datang!

Turun Naik Harga di Pasaran: Tips Penting Untuk Perdagangan Di Pasaran Yang Aktif

1.png

Mitos - kerawakan

Pernahkah anda merenung alam semulajadi? Banyak perkara, seperti trajektori gerakan lebah, nampak seolah-olah rawak. Pada masa yang sama, ia sebenarnya tidak begitu – tidak ada apa-apa dalam alam semulajadi yang rawak. Ia nampak rawak hanya kerana anda tidak tahu sebab-sebab yang mendorong objek ini dan itu dalam arah yang tertentu. Biasanya, otak kita tidak dapat memahami bila terlalu banyak perkara berlaku serentak – sama seperti di pasaran.

Bagaimana Cara Berdagang Sewaktu Pilihanraya Presiden AS?

Jika rumah anda ada televisyen atau internet, anda mungkin pernah terdengar, terbaca, atau terlibat dalam perbincangan hangat tentang persaingan pilihanraya AS. Biar pun 2020 sukar diramalkan, pilihanraya presiden Amerika yang seterusnya pada 3 November pasti suatu acara yang paling dinantikan di musim luruh ini.

US Election - 2.png

Belajar untuk Cari Duit untuk Belajar

1.png

Kisah tentang Puspa Dewita – seorang pedagang muda dan bakal ahli ekonomi yang pintar

Berjalan pulang pada malam hari setelah selesai syif malam di restoran, letih dan mengantuk, Puspa Dewita memikirkan tentang kuliah ekonomi yang akan dia hadiri dalam masa beberapa jam lagi. Seorang pelajar berusia 20 tahun yang berasal dari keluarga biasa dan tinggal di Jakarta, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ahli ekonomi. Puspa mendapat sokongan dari ibu bapanya. Mereka melakukan yang terbaik untuk mencari wang dan membiayai pendidikannya.

Berdagang pasca-krisis: prospek dan peluang

Cover.png

Bila pasaran diheret ke 'ground zero' oleh virus dan krisis di bulan Mac, anda berkata "Hari kiamat sudah tiba! Saya tidak boleh masuk sekarang! Mungkin dunia akan hancur esok!". Beberapa bulan kemudian, bila pasaran sudah pun masuk ke fasa pemulihan, anda kata "Terlalu banyak ketidaktentuan! Mungkin akan ada 'second bottom'! Trend hendak menyongsang tidak lama lagi!". Sedikit masa kemudian, bila pemulihan sudah hampir selesai, anda berkata "Ada gelombang kedua virus! Tidak munasabah untuk membuka posisi! ”. Sekarang, apabila S&P memperbaharui rekod paras tertingginya setiap minggu, anda berkata "Oh, sudah terlambat! Tiada siapa yang mahu masuk di paras tertinggi!”…

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.