1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Berdagang Pola Baji Di Carta
2024-06-04 • Dikemaskini

Cara Berdagang Pola Baji Di Carta

1.png

Apakah Maksud Baji Menaik?

Baji Menaik (Ascending Wedge) ialah sejenis pola carta teknikal yang digunakan untuk mengenal pasti perubahan dalam trend pergerakan harga.

Secara umumnya, pola baji boleh dikesan dengan melukis dua garisan: satu pada tahap rintangan dan satu lagi pada tahap sokongan carta harga. Jika kedua garisan bertumpu dan akan bersilang antara satu sama lain, ia petanda bahawa magnitud pergerakan harga dalam garisan ini semakin berkurangan dan tekanan bullish dan bearish semakin setara. Ini bermakna bahawa trend akan menyongsang atau diteruskan, bergantung pada jenis trend dan pola yang dikesan.

Jika anda melihat pola baji terbentuk pada carta harga, akan berlaku jeda (pause) pada trend semasa. Pedagang masih belum pasti yang perlu dilakukan dengan aset, jadi kedua-dua penyongsangan atau penerusan trend adalah mungkin secara teknikal.

Baji Menaik

Pola Baji Menaik biasanya berlaku dalam uptrend, sama ada jangka panjang atau jangka pendek, apabila tekanan daripada penjual mula menyaingi penguasaan pembeli.

2.png

Beginilah rupa Baji Menaik pada carta harga. Seperti yang anda dapat lihat, pada mulanya jarak antara higher highs dan higher lows pada trend adalah ketara. Apabila harga baru terbentuk, jaraknya semakin mengecil. Pembentukan higher highs memperlahan sementara higher lows terus muncul pada rentak yang sama. Garisan yang dilukis di sepanjang higher highs dan higher lows semakin mendekat dan rapat dan tampak seperti akan bertemu, menunjukkan minat yang semakin berkurangan bagi bulls yang tampak seolah-olah tidak menolak tekanan yang semakin kuat daripada bears.

Kemudian, apabila garisan rintangan dan sokongan menjadi sangat rapat, penembusan berlaku dan harga membentuk penurunan yang tajam, melanggar garisan sokongan. Tidak seperti pola carta yang lain, Baji Menaik berlaku dengan cepat dan harga turun dengan agak dramatik. Ini menunjukkan bahawa bulls telah mengalah di bawah tekanan bearish.

Baji Menurun

Pola Baji Menurun adalah satu lagi pola carta teknikal yang berfungsi sebagai signal penyongsangan atau penerusan trend. Tetapi, tidak seperti Baji Menaik, Baji Menurun berlaku di bahagian bawah downtrend dan menunjukkan potensi kenaikan harga.

3.png

Seperti yang anda boleh lihat pada carta ini, Baji Menurun biasanya muncul di bahagian bawah downtrend. Downtrend pada carta menjadi lebih perlahan dan rintangan bears kelihatan lebih lemah berbanding dengan sokongan bulls. Jarak antara rintangan dan garis sokongan semakin mengecil, dengan garis sokongan lebih stabil di antara kedua-duanya. Sebaik sahaja trend kehilangan momentumnya sama sekali dan membenarkan garisan rintangan untuk melanggar garis sokongan, harga berubah dengan tajam ke atas dan terus naik, memulakan uptrend baharu. Bulls mengumpulkan cukup tenaga untuk melanggar rintangan bears, menyongsang downtrend ke atas dan tidak berpaling lagi.

Baji Menurun juga boleh berlaku semasa uptrend yang stabil sebagai sebahagian daripada lantunan semula harga jangka pendek. Tetapi dalam kes ini, ia masih berfungsi sebagai pola bullish dan menandakan penerusan uptrend, tidak seperti Baji Menaik.

Adakah Suatu Baji Menaik Itu Bullish Atau Bearish?

Baji Menaik boleh berlaku semasa uptrend dan downtrend. Dalam uptrend, ia datang sebelum penyongsangan ke bawah berlaku pada pergerakan harga. Dalam downtrend, ia biasanya datang pada penghujung tempoh singkat pengukuhan ke atas. Kedua-dua situasi menunjukkan bahawa bulls berterusan mengalah kepada tekanan bears. Justeru, ia menandakan penyongsangan bearish atau penerusan downtrend, jadi Baji Menaik dianggap sebagai pola bearish.

Seberapa andalkah Baji Menaik?

Apabila Baji Menaik muncul pada carta, ia dianggap sebagai petanda bakal tibanya penembusan ke arah bawah. Pedagang teknikal profesional juga memujinya sebagai corak bearish yang andal. Selain itu, Baji Menaik diikuti rapat oleh penembusan dengan penurunan harga yang tajam, jadi ramai pedagang memantau kehadiran pola ini dengan teliti untuk mendapatkan keuntungan maksimum dalam masa yang singkat.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa pola palsu yang pemula boleh tersalah anggap sebagai Baji Menaik. Untuk mengelakkan ini, anda perlu memberikan perhatian yang teliti kepada capahan (divergence) harga/volum. Juga bagus untuk mengetahui bahawa apabila pola Baji Menaik adalah tulen dan sah, harga menyentuh garis sokongan dan rintangan sekurang-kurangnya 3 kali.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pola Baji Menaik diterima secara meluas sebagai satu pola penyongsangan bearish yang sangat andal dan berguna. Ia mudah dilihat dan ia boleh digunakan untuk perdagangan jangka pendek dan jangka panjang.

Pada masa yang sama, sukar untuk mentafsirkan Baji Menaik tanpa mengambil kira keseluruhan keadaan pasaran semasa. Sebelum membuat keputusan, adalah penting untuk mempertimbangkan jangka masa trend dan konteks pembentukannya. Menggunakan indikator teknikal dan alat-alat lain boleh membantu mengesahkan bahawa Baji Menaik yang didakwa memang sah dan benar-benar meramalkan penyongsangan bearish.

Akhir sekali, apabila anda telah mengenal pasti Baji Menaik dan melihat penembusan, anda boleh memasuki posisi. Jangan lupa untuk merancang titik keluar anda dengan menetapkan sasaran keuntungan untuk posisi anda. Anda juga boleh membuat pesanan renti rugi untuk meminimumkan risiko.

Baca lebih lanjut

  • 1746

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera