1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Peneguhan Rawak: Mengapa Pedagang Mengalami Kerugian
2024-06-05 • Dikemaskini

Peneguhan Rawak: Mengapa Pedagang Mengalami Kerugian

cover.png

Adakah anda menghadapi masalah dengan perdagangan? Adakah anda mula mengalami kerugian selepas menikmati suatu tempoh yang panjang penuh dengan urusniaga yang berjaya? Ramai pedagang mengalami masalah yang serupa dan tidak mengerti di manakah kesilapan mereka. Tetapi sebelum anda mengambil keputusan untuk menukar strategi anda secara drastik atau berhenti berdagang sama sekali, anda mungkin ingin mempelajari tentang sesuatu yang dipanggil peneguhan rawak (random reinforcement) dan bagaimana ia mungkin bertanggungjawab atas kegagalan perdagangan anda.

Poin-poin utama

  • Peneguhan rawak adalah fenomena psikologi yang menggalakkan tingkah laku yang tidak baik dan menghukum tingkah laku yang baik.
  • Ia membuatkan para pemula berfikir bahawa mereka lebih mahir dalam perdagangan daripada yang sebenarnya manakala pedagang yang berpengalaman mula meragui diri mereka sendiri.
  • Untuk melawan peneguhan rawak, para pedagang baharu dan berpengalaman perlu menyelidik dan membangunkan strategi perdagangan yang kukuh. Jika ia mampu bertahan menghadapi ujian masa, para pedagang tidak akan meragui kecekapan mereka dengan begitu cepat.

Apakah itu Peneguhan Rawak?

Walaupun ia sering disebut dalam konteks perdagangan, peneguhan rawak sebenarnya adalah satu konsep psikologi. Ia merujuk kepada kecenderungan paradoksikal untuk membuat korelasi antara tindakan seseorang dan suatu peristiwa rawak.

Dalam perdagangan, ini biasanya berlaku apabila para pedagang mengalami kejayaan atau kegagalan dan memikirkan bahawa sebab di sebaliknya adalah kemahiran atau kekurangan mereka. Biasanya, ini akhirnya menjadi benar. Tetapi apabila seorang pedagang amatur mendapat beberapa kemenangan berturut-turut dan seorang pedagang yang berpengalaman mengalami kekalahan berturut-turut, kemahiran tidak ada kena mengena dengan perkara itu. Ia hanyalah satu kebetulan. Namun, pedagang-pedagang ini memikirkan yang sebaliknya, dan terjerumus ke dalam perangkap peneguhan rawak.

Bagaimanakah Peneguhan Rawak Mempengaruhi Perdagangan?

Anda mungkin berkata, “Oh, tetapi bukankah baik untuk pedagang baharu untuk mendapat rangsangan keyakinan?” atau “Kadang-kadang pedagang yang berpengalaman pun perlu mengubah keadaan, ia tidaklah teruk sangat.” Tetapi peneguhan rawak dianggap berbahaya kerana ia mencipta naratif palsu.

Pergerakan pasaran tidak dapat diramalkan. Satu-satunya cara para pedagang boleh berjaya dalam jangka masa panjang adalah dengan menyesuaikan diri dengan sifat rawaknya. Oleh itu, apabila pemula berjaya pada awalnya, ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Mereka mungkin berfikir yang mereka telah menemui cara yang mudah untuk membuat duit dalam dunia perdagangan. Jadi daripada memperkembangkan kemahiran mereka, belajar dan meningkatkan pemahaman mereka tentang pasaran, mereka malah tersangkut di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, ia akan menjadi jelas bahawa taktik ini tidak selalunya berfungsi dan mereka perlu mempelajari tentang perdagangan dengan lebih lanjut dan mendalam untuk mendapatkan keuntungan yang stabil dan konsisten untuk akaun perdagangan mereka.

Bagi pedagang yang berpengalaman, peneguhan rawak boleh menyebabkan banyak masalah bagi mereka. Apabila mereka melihat strategi yang mereka percayai tidak lagi berfungsi, mereka mungkin mula meragui kemahiran mereka dan seluruh pendekatan perdagangan mereka. Dan apabila strategi baru mereka berakhir dengan kegagalan, mereka mungkin benar-benar percaya bahawa mereka telah kehilangan sentuhan pakar mereka dan berhenti berdagang.

Jadi, seperti yang anda lihat, peneguhan rawak berbahaya kerana ia menghukum tingkah laku yang baik dan menggalakkan tingkah laku yang buruk, yang membawa kepada kekeliruan dan kegagalan perdagangan.

CREATIVE-783-2.png

Mengapakah Peneguhan Rawak Berlaku?

Ia adalah fitrah manusia. Kita, sebagai satu spesies, cenderung untuk mencari keberertian di mana-mana. Kewujudan peristiwa-peristiwa rawak adalah sukar untuk kita terima. Ini bermakna kita tidak dapat mengawal segala-galanya. Itulah sebabnya pedagang pemula lebih cenderung mengaitkan kejayaan mereka dengan bakat semulajadi mereka dan bukannya pada suatu kebetulan. Perkara yang sama juga berlaku kepada para pedagang yang berpengalaman. Mereka mula bimbang tentang prestasi dan kekurangan kemahiran mereka walaupun kegagalan perdagangan mereka hanyalah satu nasib malang.

Contoh-contoh Peneguhan Rawak

Mari kita lihat beberapa contoh bagaimana peneguhan rawak boleh mengumpan para pedagang ke dalam perangkap.

Pedagang “prodigi”

Jim ialah seorang pedagang baharu yang baru sahaja menamatkan kursus pemulanya. Jim kini mengetahui beberapa asas tentang pergerakan pasaran, carta, strategi mudah dan maklumat-maklumat lain. Dia juga mengikuti berita dan sentiasa memerhatikan pasaran saham. Secara keseluruhannya, Jim mempunyai pengetahuan yang hampir sama seperti mana-mana pedagang yang baru bermula.

Tidak lama kemudian, Jim mengambil keputusan untuk mencuba perdagangan sebenar. Dia sudah berlatih dengan akaun demo, jadi dia tahu satu atau dua perkara tentang cara berdagang di pasaran sebenar. Walaupun dia tidak pernah merangka sebarang strategi atau perancangan, Jim tidak risau. Dia akan sampai ke sana jua akhirnya.

Apabila dia akhirnya membuka carta, dia melihat bahawa salah satu saham sedang meningkat. Dia segera membeli beberapa lot dan menanti. Akhirnya, harga meningkat lebih tinggi dan Jim menjual lot tersebut dengan cepat. Dia telah membuat duit! Jim merasa gembira, tetapi dia tidak berhenti. Dia mengulangi perkara tersebut beberapa kali dan berjaya mendapat keuntungan daripada semua perdagangannya. Dia tidak percaya bahawa ia semudah itu! Mengapa dia menghabiskan begitu banyak masa untuk menghafal semua pola dan strategi? Dia tahu apa yang dia lakukan walaupun tanpa perkara-perkara tersebut. Dia seorang yang berbakat semulajadi dalam perdagangan.

Tetapi apabila masa semakin berlalu, bakat Jim yang baru ditemuinya itu mula mengecewakannya. Dia tidak lagi mendapat keuntungan daripada perdagangannya. Sebaliknya, bakinya mula berkurangan dan komisennya semakin meningkat. Dia cuba membuka lebih banyak posisi untuk menebus kerugiannya, tetapi semuanya sia-sia. Tidak lama kemudian, semua wangnya lenyap, tetapi dia tidak faham bagaimana perkara tersebut berlaku. Bukankah ia telah berjalan dengan begitu baik?

Ini adalah salah satu contoh utama apa yang boleh dilakukan oleh peneguhan rawak kepada seorang pemula. Berdagang tanpa perancangan dan strategi pengurusan risiko yang betul boleh menyebabkan beberapa siri kegagalan perdagangan dan memusnahkan akaun pedagang dengan cepat.

Pakar yang tidak cekap

Contoh ini akan menunjukkan bagaimana peneguhan rawak boleh menjejaskan pedagang yang berpengalaman.

Jenna telah menjadi seorang pedagang profesional selama 6 tahun. Dia telah maju jauh sejak percubaan pertamanya dalam perdagangan yang menemui kegagalan. Dia telah belajar daripada kesilapan-kesilapannya, membangunkan strategi yang baik dan pelan pengurusan risiko. Dia tahu sasaran keuntungannya, titik untuk masuk dan keluar, cara mengawal emosi, dan tempat untuk meletak pesanan-pesanan stop. Dia memperolehi pendapatan yang mencukupi daripada perdagangannya untuk menjalani kehidupan yang selesa, dan dia sentiasa bersemangat untuk meningkatkan kemahirannya.

Tetapi pada suatu ketika, dia nampaknya tidak dapat keluar dari kerugian yang berterusan. Perdagangannya gagal, kerugiannya mula terkumpul, dan dia mula merasa kecewa. Jenna terus meneliti strateginya, menyemak sama ada dia melakukan sesuatu yang salah, tetapi ia nampaknya tidak lagi berkesan untuknya. Dia juga mengambil masa rehat untuk mengosongkan fikirannya, tetapi keadaan tidak bertambah baik.

Terdesak, Jenna membuang strategi lamanya dan memutuskan untuk menggunakan strategi lain yang belum diuji. Tetapi ia langsung tidak membantu. Dia mula berfikir yang mungkin dia telah kehilangan semua kemahiran dan pemahamannya tentang cara pasaran berfungsi. Mungkin ia bukan lagi sesuatu yang boleh dia lakukan. Dia tidak lagi merasa yakin, malahan berfikir untuk berdagang sekali pun mampu membuatkan dia cemas. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berhenti terus daripada berdagang.

Seperti yang anda lihat, para pedagang berpengalaman juga boleh menjadi mangsa peneguhan rawak. Seperti Jenna, mereka mula meragui kemahiran dan pengetahuan mereka sendiri, dan tidak menyedari bahawa ia hanya satu kebetulan yang malang.

Bagaimanakah Anda Boleh Mengelakkan Peneguhan Rawak?

Cara paling mudah untuk pedagang-pedagang pemula dan veteran untuk mengelakkan peneguhan rawak adalah dengan menyediakan strategi perdagangan yang kukuh. Fikirkan tentang tahap risiko pilihan anda, cuba cari titik untuk masuk dan keluar yang terbaik, bangunkan pelan pengurusan risiko dan tuliskan semuanya. Jika strategi anda berfungsi dalam jangka masa yang panjang, berpeganglah padanya tidak kira apa pun yang terjadi. Walaupun anda tiba-tiba mula kerugian dalam perdagangan anda, jangan panik dan jangan cuba untuk mengubah sesuatu yang telah terbukti berguna selama ini. Strategi anda yang dikaji dengan baik akan membantu anda mengatasi sebarang halangan selagi anda tidak meragui kemahiran-kemahiran anda sendiri.

Satu lagi perkara penting bagi mana-mana pakar ialah jangan pernah berhenti belajar. Ketahui tentang prinsip-prinsip utama analisis fundamental dalam perdagangan, kaji alat analisis teknikal dan jangan berhenti mencari cara-cara baharu untuk meningkatkan pemahaman anda tentang pasaran. Apabila anda akhirnya mengetahui bagaimana perdagangan berfungsi, ia akan menjadi lebih mudah untuk mencari cara untuk menyesuaikan diri dengan pasaran yang sukar diramalkan dan mencari cara-cara baharu untuk meningkatkan strategi anda.

Kesimpulan

Peneguhan rawak adalah salah satu cara yang paling lazim bagaimana para pedagang mengalami kerugian. Ia boleh membuatkan para pedagang baharu percaya bahawa mereka tahu segala-galanya tentang perdagangan, manakala para pedagang berpengalaman mula meragui kemahiran mereka.

Pergerakan pasaran selalunya tidak dapat diramalkan dan rawak. Satu-satunya cara untuk para pedagang mengelakkan kegagalan perdagangan ini adalah dengan menyediakan strategi perdagangan yang telah difikirkan dengan baik dan menggunakannya tidak kira apa pun yang berlaku. Para pemula dalam perdagangan forex boleh mendapatkan inspirasi daripada pelbagai panduan dan mengetahui lebih lanjut tentang strategi-strategi forex untuk pemula dan aktiviti-aktiviti untuk pedagang pemula.

  • 1328

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera