1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Peranan Komuniti dan Mentor Perdagangan Untuk Belajar dan Meningkatkan Kemahiran Perdagangan
2024-06-05 • Dikemaskini

Peranan Komuniti dan Mentor Perdagangan Untuk Belajar dan Meningkatkan Kemahiran Perdagangan

cover.png

Bukan rahsia lagi bahawa perdagangan adalah kerjaya yang agak mencabar. Ia memerlukan pemahaman yang kukuh tentang bagaimana pasaran kewangan berfungsi, kesedaran tentang perisitwa yang boleh mempengaruhi pergerakan pasaran, dan pengetahuan tentang pelbagai alat dan indikator yang berguna untuk mengenal pasti arah trend.

Semua ini boleh menyebabkan pedagang baru berasa khuatir dan was-was untuk melanjut maju ke hadapan. Walau bagaimanapun, hanya seglintir daripada pedagang yang kurang berpengalaman tahu bahawa mereka boleh menyertai komuniti perdagangan atau mencari mentor perdagangan untuk mengasah kemahiran mereka dan mendapatkan nasihat yang berguna.

Dalam artikel ini, anda akan belajar tentang apakah itu komuniti perdagangan, siapakah mentor perdagangan dan bagaimana mereka dapat membantu anda menjadi pedagang yang lebih berjaya.

Frame 1321318197.png

Mengapa komuniti dan mentor perdagangan itu penting?

Ya, memang benar bahawa terdapat pelbagai kursus pendidikan, tutorial, video dan panduan tentang pasaran kewangan dan cara untuk berdagang di luar sana. Namun begitu, perdagangan secara umumnya adalah kemahiran yang memerlukan banyak pengalaman praktikal sebelum ia dapat dikuasai. Pengetahuan teori adalah penting untuk memahami asas perdagangan, tetapi perdagangan dalam kehidupan sebenar berbeza sama sekali daripada yang dibaca dalam buku teks.

Oleh sebab itu, ramai pedagang tidak tahu di mana untuk bermula. Sesiapa sahaja yang baru bermula dalam sesuatu kraf dan profesion pasti berasa resah dan ini bukan sesuatu yang baharu. Mendapatkan nasihat daripada orang lain terbukti amat membantu.

Menyertai komuniti pedagang yang tahu apa yang mereka lakukan dan bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain adalah cara yang bagus untuk mendapat nasihat yang berguna dan mempelajari lebih lanjut tentang perdagangan secara praktikal. Jika anda mahu mendapatkan nasihat yang lebih terperinci dan diperibadikan (personalized), anda boleh mencari seorang mentor perdagangan yang akan membimbing anda menempuhi urusniaga pertama anda dan memberi tunjuk ajar tentang apa yang anda lakukan dengan betul atau salah untuk setiap urusniaga.

Komuniti perdagangan: bagaimana ia berfungsi dan apa yang ditawarkan

Apabila anda mendengar perkataan ‘komuniti,’ adalah biasa untuk membayangkan sebuah kampung kecil di mana semua orang hidup makmur dan bekerjasama untuk membantu satu sama lain. Sebenarnya, komuniti perdagangan mungkin jauh berbeza daripada kampung sebenar, tetapi sentimen yang mendasarinya adalah sama: di sinilah tempatnya di mana pedagang berkumpul untuk membantu satu sama lain.

Komuniti perdagangan lazimnya berbentuk sebuah forum dalam talian yang boleh disertai oleh para pedagang untuk berkongsi pengalaman mereka, bertanya soalan, membincangkan berita perdagangan terkini, dan mencari tips dan petua yang berguna untuk berjaya dalam perdagangan.

Komuniti perdagangan juga tempat yang sesuai untuk pemula mempelajari tentang perdagangan dan mendapatkan nasihat-nasihat berharga daripada pedagang yang berpengalaman. Malah sesetengah pedagang turut memberi butiran terperinci mengenai urusniaga perdagangan mereka yang membolehkan pedagang baru menyalin dagangan tersebut dan belajar berdagang secara praktikal.

Kelebihan menyertai komuniti perdagangan

Komuniti perdagangan menarik ramai pedagang, namun bukan kesemua daripada mereka adalah pedagang baru. Ini adalah kerana menyertai komuniti perdagangan memberikan banyak kelebihan. Berikut kami bentangkan beberapa daripadanya.

Mencari motivasi

Sangat mudah untuk patah semangat apabila anda mengalami beberapa urusniaga yang merugikan secara berturut-turut dan seterusnya hilang motivasi untuk terus berdagang. Lebih mudah lagi untuk menjadi terlalu selesa selepas beberapa urusniaga yang menguntungkan dan hilang motivasi untuk menambah baik amalan perdagangan anda.

Menyertai komuniti perdagangan adalah penyelesaian yang baik untuk kedua-dua situasi ini. Melihat kejayaan pedagang lain adalah cara yang bagus untuk mendapat motivasi untuk meneruskan perdagangan dan mempertingkatkan kemahiran sendiri.

Mendapatkan pendapat yang objektif

Perdagangan boleh menyebabkan stres, dan ramai pedagang menjadi mangsa emosi mereka. Emosi boleh mengaburkan fikiran dan mencegah pedagang daripada berfikiran objektif.

Mujurlah, anda boleh memanfaatkan komuniti perdagangan untuk mengatasi masalah ini. Para pedagang berkumpul di sini untuk berkongsi tinjauan dan dapatan mereka, membincangkan kesudahan yang mungkin terjadi dan memberi penjelasan di sebalik keputusan perdagangan mereka. Ini dapat membantu anda belajar tentang keadaan pasaran semasa dan kekal objektif semasa membuat keputusan.

Mengumpul risikan pasaran

Beberapa tahun kebelakangan ini, komuniti perdagangan telah mempengaruhi pasaran, meningkatkan impak perdagangan sosial terhadap harga. Menyertai komuniti perdagangan boleh membantu anda belajar mengenal pasti aset yang popular di kalangan pedagang lain dan patut diberikan perhatian.

Sumber pembelajaran percuma

Mengikuti komuniti perdagangan dan membaca analisis pedagang lain adalah cara yang bijak untuk meningkatkan kemahiran anda tanpa perlu membayar kos untuk kursus perdagangan tambahan. Walaupun anda tidak mendapat maklumat terperinci tentang situasi pasaran semasa, membaca tentang cara pedagang menggunakan pelbagai alatan untuk menentukan langkah mereka yang seterusnya boleh membantu anda belajar cara menggunakannya dalam perdagangan anda.

Seperti yang anda lihat, komuniti perdagangan boleh memberi manfaat kepada anda dalam pelbagai cara.

image-2023-05-23-14-58-36-518.png

Memilih komuniti perdagangan yang betul

Mencari komuniti perdagangan yang betul adalah sesuatu yang mencabar memandangkan jumlahnya yang banyak. Untuk memilih komuniti perdagangan yang terbaik untuk anda, pertimbangkan perkara berikut:

  • Jenis sekuriti. Setiap komuniti perdagangan secara amnya memberi tumpuan pada pasaran kewangan yang tertentu. Jika anda berdagang Forex, komuniti perdagangan yang berpaksikan saham mungkin tidak berguna untuk anda.
  • Penerangan terperinci. Anda tidak akan belajar banyak jika pedagang daripada komuniti pilihan anda tidak berterus terang tentang pengalaman berdagang mereka. Mencari komuniti perdagangan di mana pedagang boleh berkongsi pengetahuan mereka secara jujur adalah penting untuk menjadi lebih mahir dalam perdagangan.
  • Persekitaran yang mesra. Bukan rahsia lagi bahawa ketanpanamaan (anonymity) di Internet memudahkan seseorang mengecam orang lain tanpa memikirkan tentang akibatnya. Malangnya, sesetengah pedagang juga berkelakuan seperti ini. Demi kesejahteraan emosi anda, adalah penting untuk meninjau bagaimana suatu komuniti perdagangan melayan ahli-ahli baru.
  • Semangat berpasukan yang kuat. Ramai pedagang menyertai komuniti perdagangan untuk sama-sama berusaha membina strategi perdagangan yang berjaya. Anda perlu mencari komuniti yang bersedia untuk membantu orang lain mencari peluang perdagangan.

Mentor: siapakah mereka dan bagaimana mereka dapat membantu

Satu lagi cara untuk belajar lebih lanjut tentang pasaran kewangan dan meningkatkan kemahiran perdagangan anda ialah dengan mencari seorang mentor perdagangan. Mentor perdagangan ialah seorang pedagang berpengalaman yang membantu pedagang baru memahami bagaimana pasaran berfungsi dan mengamalkan pengetahuan teori mereka.

Mentor berbeza daripada guru perdagangan: mereka tidak memantau setiap langkah yang dibuat oleh seorang pemula. Sebaliknya, mereka menawarkan nasihat yang disuaikan dan membimbing perantis mereka semasa membuat dagangan pertama, mengajar selok-belok perdagangan dan cara mengatasi kesilapan yang tidak dapat dielakkan.

Kelebihan mempunyai mentor perdagangan

Ramai pedagang profesional mengaitkan kejayaan mereka dengan mentor perdagangan mereka, dan atas sebab-sebab yang baik. Terdapat banyak kelebihan bekerja dengan mentor, dan kita akan melihat beberapa daripadanya.

Meningkatkan peluang kejayaan anda

Perdagangan mungkin sukar untuk pedagang pemula. Contohnya, kira-kira 90% daripada pedagang intrahari kehilangan wang mereka dan terus cuci tangan untuk selamanya. Walaupun mentor perdagangan tidak menghapuskan secara total kebarangkalian untuk rugi, mereka dapat membantu pedagang belajar dengan lebih cepat dan mengurangkan kesilapan semasa berdagang.

Membantu membuat rancangan perdagangan

Kebanyakan pedagang novis membuat kesilapan perdagangan iaitu berdagang tanpa rancangan atau strategi, yang lambat laun berakhir dengan teruk. Mentor perdagangan dapat menjelaskan kepentingan rancangan perdagangan dan membantu pedagang baharu belajar cara membina strategi perdagangan, mencegah mereka daripada membuat kesilapan-kesilapan lazim dan menjimatkan wang mereka.

Menangani kesilapan

Kesilapan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan semasa berdagang. Walau apa pun, ia sentiasa mengecewakan. Sesetengah pedagang malahan berhenti berdagang apabila mereka gagal menangani kesilapan mereka.

Mentor dapat membantu pemula memproses emosi mereka dan memperbetulkan kesilapan-kesilapan mereka. Mentor boleh menunjukkan cara untuk mengenal pasti kesilapan dan memastikan ia tidak diulangi.

Berkembang lebih cepat

Apabila pedagang baru menjadi lebih arif dalam memperdagangkan sekuriti tertentu, mereka berasa sukar untuk beralih kepada sekuriti lain, walaupun ia mungkin menjana keuntungan yang lebih banyak. Mentor perdagangan boleh menggalakkan perantis mereka untuk meninggalkan zon selesa dan mencuba teknik, strategi dan sekuriti yang berbeza, yang seterusnya membantu mereka berkembang sebagai pedagang.

Mencari mentor yang sesuai untuk anda

Terdapat pelbagai faktor penting yang harus dipertimbangkan sebelum memilih seorang mentor perdagangan.

  • Kepakaran. Ternyata penting untuk memilih mentor yang berpengalaman dalam pasaran yang anda bertekad untuk kuasai supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu mentor perdagangan tersebut.
  • Kredibiliti. Jika anda mencari mentor dalam talian, anda perlu sedar bahawa anda mungkin akan berhadapan dengan scammer, terutamanya jika mentor berkenaan mengenakan bayaran untuk pementoran perdagangan. Jika anda temui calon yang anda ingin jadikan rakan kerjasama, periksa latar belakang mereka dan cari ulasan daripada pedagang lain untuk mengelakkan daripada terpedaya dengan scammer.
  • Keserasian. Anda boleh mencari mentor yang terbaik dalam sejarah perdagangan, tetapi jika anda tidak berasa selesa untuk bertanya kepada mereka soalan yang membingungkan anda atau mereka tidak melayani anda dengan hormat, ia akan memberi kesan negatif pada perdagangan anda. Mencari mentor yang serasi dengan anda juga sangat penting untuk kejayaan masa depan anda.

Menggabungkan komuniti dan mentor perdagangan untuk faedah maksimum

Seperti yang anda lihat, komuniti dan mentor perdagangan memainkan peranan yang agak berbeza. Komuniti perdagangan adalah lebih tertumpu pada perkongsian maklumat umum tentang perdagangan, manakala mentor menawarkan nasihat yang diperibadikan, walaupun kadang-kadang ia terhad. Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh memanfaatkan kedua-duanya untuk memajukan kemahiran perdagangan anda. Mempelajari selok-belok perdagangan daripada mentor anda, kemudian membaca analisis daripada komuniti perdagangan untuk mencari peluang berdagang boleh membantu anda belajar dengan lebih cepat dan meningkatkan kemahiran perdagangan yang berbeza.

Kesimpulan

Kini anda tahu bagaimana komuniti dan mentor perdagangan dapat membantu anda belajar dengan lebih cepat dan membuat dagangan yang lebih menguntungkan. Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat daripada pedagang lain. Berkongsi ilmu sentiasa penting kepada budaya manusia, dan para pedagang tidak terkecuali. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh!

  • 1611

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera