1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 5 Buku Perdagangan Terbaik Untuk Dibaca Pada 2022
2023-11-23 • Dikemaskini

5 Buku Perdagangan Terbaik Untuk Dibaca Pada 2022

Cover_642х361.jpg

Sekadar satu tekaan: anda baru berdagang dan anda fikir perdagangan adalah semata-mata tentang nasib dan gerak hati, betul? Tidak juga. Malah, menjadi seorang pedagang yang cekap bermakna lebih daripada sekadar membeli atau menjual aset apabila tiba masanya.

Perdagangan memerlukan ilmu dan pemahaman tentang proses ekonomi yang mempengaruhi pasaran. Pedagang yang pro tidak bermain "Russian roulette" tetapi meneliti pasaran dan melakukan analisis yang mendalam untuk mengolah aset mereka sebaik yang mungkin.

Selain itu, menjadi seorang pedagang bermakna sentiasa membuat pelaburan dalam pembangunan diri, seperti membaca buku perdagangan saham untuk membina pengetahuan yang berkaitan dan meningkatkan bilangan urusniaga yang berjaya.

Di dalam artikel ini, anda akan ketahui tentang beberapa buku perdagangan terbaik yang boleh anda pertimbangkan untuk dibaca. Senarai itu termasuk buku oleh pengarang dari beberapa bidang yang berbeza, memfokuskan pada pelbagai aspek perdagangan dan topik yang berkaitan. Sama ada anda seorang pedagang pemula yang mencari pengetahuan dan inspirasi atau seorang profesional yang ingin meluaskan kepakaran anda, buku-buku ini akan membantu anda dalam perjalanan perdagangan anda.

1.   Common Stocks and Uncommon Profits oleh Philip Fisher

Pic2_642х246.jpg

Philip Fisher ialah salah seorang pelabur saham yang paling terkenal di dunia, yang bermaksud bahawa jika anda memerlukan nasihat tentang cara menguruskan pelaburan anda, karya penulisan Fisher adalah titik permulaan yang bagus. Yang bagusnya, Fisher meninggalkan beberapa bahan bacaan selepas kematiannya pada tahun 2004.

Common Stocks and Uncommon Profits ialah buku yang anda patut cari apabila mencari hikmah dalam perdagangan. Diterbitkan pada tahun 1960, karya ini telah tersenarai sebagai buku terbaik untuk perdagangan di pasaran saham tahun demi tahun sehingga sekarang.  

Common Stocks and Uncommon Profits akan memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana pasaran saham berfungsi. Sesiapa yang bercadang untuk menjadi pelabur saham harus membaca buku itu. Tetapi perlu diingat bahawa buku ini tidak akan memberi anda satu set jalan pintas kepada keuntungan besar yang sesuai untuk semua keadaan, dan ia juga tidak akan membantu anda mengelak dari berkerja keras. Apa yang buku ini akan berikan kepada anda ialah satu siri pelajaran berharga tentang mengembangkan dan mengekalkan kekayaan anda untuk kehidupan yang terjamin dari segi kewangan.

Warren Buffett, legenda pasaran saham zaman moden, pernah merujuk Common Stocks and Uncommon Profits Fisher sebagai “buku yang sangat bagus”. Itu pasti besar maknanya, bukan?

2.   How to Make a Living Trading Foreign Exchange oleh Courtney D. Smith

Pic3_642х246.jpg

Asalnya diterbitkan pada tahun 2010, buku Courtney Smith ialah satu pengembaraan yang mendalam ke dalam dunia perdagangan Forex.

Smith bermula dengan memberikan idea tentang pasaran FX secara menyeluruh, memberitahu pembacanya tentang apa itu Forex dan cara ia berfungsi. Kemudian, pembaca akan dibawa menelusuri selok-belok enam teknik untuk perdagangan Forex yang efisien. Salah satunya direka oleh Smith sendiri. Ia dipanggil Rejection Rule (Peraturan Penolakan) yang menggandakan keuntungan sistem penembusan saluran (channel breakout) asas. 

Pembaca juga akan menemui idea-idea berguna dari Smith tentang teknik dan strategi pengurusan risiko yang ampuh untuk psikologi perdagangan yang berjaya, yang akan membolehkan pedagang sentiasa berada selangkah di hadapan di pasaran.

Courtney D. Smith telah menceburi bidang ini selama lima puluh tahun. Bukan calang-calang orang boleh memberikan nasihat dan cadangan berkaitan Forex dengan lebih baik dari seorang CEO dua firma broker, seorang bendahari bank Switzerland, ketua perdagangan derivatif untuk sebuah bank utama Perancis, atau salah seorang trainer pelaburan yang paling dicari-cari di pentas dunia. Ya, semua itu ada pada seorang lelaki: Courtney D. Smith.

3.   Technical Analysis of the Futures Markets oleh John J. Murphy

Pic4_642х246.jpg

Kajian John Murphy pada tahun 1986 dianggap penting dalam bidang analisis teknikal. Sebagai salah seorang penganalisis pasaran kewangan terkemuka dunia, Murphy menulis bukunya penuh dengan butiran yang terperinci tetapi masih mudah dicerna tentang teori analisis teknikal dan kaedah aplikasi, termasuk petua tentang pentafsiran signal.

Walaupun karya itu memfokuskan pada pasaran niaga hadapan, kandungannya turut boleh diaplikasikan untuk analisis teknikal pasaran lain, seperti pasaran saham, misalnya. Selain itu, anda boleh mempertimbangkan untuk meneroka buku lain dari John Murphy, Technical Analysis of the Financial Markets (1997). Ia adalah semakan buku Murphy pada tahun 1986 yang diperpanjangkan lagi.

4.   Trading for a Living: Psychology, Trading Tactics, Money Management oleh Alexander Elder

Pic5_642х246.jpg

Dianggap sebagai karya klasik moden di kalangan pedagang di seluruh dunia, Alexander Elder's Trading for a Living ialah buku yang mengajar penggiat pasaran cara untuk tabah, dan kekal fokus walaupun pasaran memberikan mereka cabaran yang sukar.   

Bertunjangkan tiga M (Mind, Method, and Money), Trading for a Living menjawab soalan-soalan yang dianggap penting oleh ramai pedagang:

  • Bagaimana untuk menjadi peniaga yang sejuk, tenang dan terkumpul?
  • Bagaimana cara untuk meraih keuntungan daripada membaca tingkah laku khalayak di pasaran?
  • Bagaimana untuk menggunakan komputer untuk mencari peluang berurusniaga yang baik?
  • Bagaimana cara untuk membangunkan sistem perdagangan yang ampuh?
  • Bagaimana cara untuk mencari peluang perdagangan dengan kebarangkalian kejayaan yang terbaik?
  • Bagaimana untuk mencari titik masuk dan keluar, tetapkan renti rugi, dan ambilan untung?

Membaca buku ini, anda akan belajar bagaimana untuk mendisiplinkan Minda anda, mencari Kaedah untuk berdagang di pasaran, dan menguruskan Wang supaya tidak satu pun kemelesetan pasaran boleh memberikan kesan buruk ke atas anda.

Pengarang sedozen buku, seorang pedagang profesional dan seorang guru kepada para pedagang, Alexander Elder diiktiraf dan dihormati di seluruh dunia. Dahulu, Elder bekerja sebagai pakar psikiatri di New York City dan mengajar di Columbia University. Pengalaman ini membolehkan Elder meneroka perdagangan dari sudut psikologi, yang kemudiannya membawa kepada beberapa penerbitan yang sangat terkenal mengenai topik tersebut, dengan Trading for a Living sebagai salah satu karya terbaiknya.

5.   The Art of Thinking Clearly oleh Rolf Dobelli

Pic6_642х246.jpg

“Tidak kira berapa banyak yang anda telah laburkan, hanya penilaian anda tentang kos dan faedah masa depan yang bernilai”, kata Rolf Dobelli di dalam buku hitnya bertajuk The Art of Thinking Clearly. Walaupun tidak berkaitan dengan perdagangan semata-mata, buku ini adalah panduan dalam membuat keputusan, meneroka sembilan puluh sembilan kesilapan pemikiran yang paling biasa yang mesti kita elakkan.

Dikatakan sebagai "membuka mata" oleh ramai pembaca, buku itu merupakan satu kejayaan besar apabila diterbitkan pada 2013 dan sehingga hari ini kekal popular di kalangan mereka yang mencari wawasan tentang perkara-perkara yang mendorong kita ke arah keputusan yang tidak baik dan memesongkan penaakulan.     

Menurut penulis itu, dengan mempelajari tentang bias kognitif dan kesilapan pemikiran mudah, kita boleh mencari jalan untuk mengelakkannya, sekali gus menjadi lebih baik dalam membuat keputusan dan menangani masalah peribadi dan cabaran perniagaan; kita menjadi lebih baik dalam membuat dan menyimpan wang, merealisasikan keperluan dan matlamat sebenar kita, serta cara untuk mencapainya. Ringkasnya, berfikir dengan jelas adalah seni yang harus dikuasai oleh mana-mana pedagang.

Kesimpulan

Ada banyak perkara yang boleh kami katakan untuk merangkumkan ulasan ini. Perkara seperti betapa pentingnya untuk mendidik diri anda dengan membaca buku bukan sahaja mengenai perdagangan pelbagai instrumen seperti saham, indeks atau kripto tetapi mengenai psikologi, tingkah laku manusia dan subjek lain yang berkaitan. 

Tetapi sebaliknya, kami akan berkongsi salah satu buah fikiran daripada Common Stocks and Uncommon Profits Philip Fisher. Buah fikiran yang mengatakan bahawa kesemuanya adalah tentang pasaran dan betapa pentingnya untuk mempunyai daya pemikiran yang bebas semasa anda berdagang:

“Fitrah pasaran saham sifatnya memperdaya. Dengan melakukan apa yang orang lain lakukan pada satu-satu masa, apa yang anda dapat ialah keinginan bergejolak untuk bertindak, dan selalunya tindakan tersebut adalah tindakan yang salah untuk dilakukan sama sekali."

Jadi dapatkan ilmu pengetahuan, kuasai kemahiran anda, dan berfikir sendiri untuk menjadi seorang pedagang yang cekap dan berjaya. Buku dari senarai ini pasti akan membantu anda di sepanjang kembara anda.

Baca lebih lanjut

  • 1581

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera