GBPCAD menghampiri sokongan utama - analisis - 19-06-2019
Pasangan GBPCAD pada analisa hari ini dilihat masih lagi menunjukkan dominan untuk mengekalkan trend penurunan harga.Penurunan hari ini dilihat disokong oleh kesemua paras MA yang buat masa sekarang ini dilihat sedang menekan paras harga semasa untuk lebih turun ke arah bawah.indikator stochcastik pula sekarng ini sudah pun masuk kedalam zon 20 dan sekarang ini berkemungkinan akan memasuki zon 0 dan akan menjadi overbought.Oleh kerana kesemua pengesahan ini,saya boleh rumuskan bahawa pergerakan trend pada hari ini akan mengekalkan trend bearish sehingga ke paras sokongan utama disekitar zon 1.67191-1.66281.
Mengingatkan kepada anda,jika harga semasa bergerak ke arah zon sokongan diparas 1.67191-1.66281 dan melanggar 2 zon ini,maka harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah harga terendah bulan oktober 2017 iaitu disekitar paras 1.63644.Sebaliknya jika harga semasa menyentuh zon sokongan utama dan gagal melanggar dua paras sokongan utama ini,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan kembali dan menguji paras rintangan terdekat iaitu yang sekarang ini berada diparas 1.69295.Melanggar paras rintangan ini pula akan menyebabkan harga semasa akan membuat kenaikan dan akan mencari MA200 iaitu rintangan kukuh iaitu diparas 1.71631.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.66281 dan rintangan 1.71631
trend : bearish