Pola Double Three dan Triple Three

Baca artikel ini di laman web FBS

Double dan Triple Three yang terdiri daripada zigzag, flat, segitiga, double zigzag dan triple zigzag adalah pola-pola gelombang yang paling rumit. Tidak ada sebarang peraturan berkaitan dengan urutan pola-pola pembetulan ini, kecuali kedudukan segitiga dalam struktur-struktur ini.

Apa itu pola Double Three?

Secara mudahnya, ia adalah kombinasi tiga pola pembetulan. Mari kita lihat contoh di bawah:

Peraturan utama perdagangan Double Three

  • Double Three terdiri daripada tiga gelombang yang ditandakan sebagai W-X-Y
  • Gelombang W boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan, kecuali segitiga
  • Gelombang X dan Y boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan
  • Double Three terbentuk secara mendatar atau dengan satu mendapan (a low dip) melawan trend utama
  • Biasanya, Double Three bukanlah satu pembetulan yang dalam dan jauh.

Kita hanya boleh mengambil kira suatu pembetulan sebagai satu Double Three apabila struktur itu hampir selesai. Dalam erti kata lain, adalah mustahil untuk meramalkan pola ini mulai dari peringkat awal kejadian pembetulan. Oleh itu, jika terdapat sebuah struktur yang memenuhi syarat-syarat Double Three, maka hanya selepas itu boleh kita tentukan sama ada untuk menandakan pola ini.

Penting untuk kita fahami bahawa apabila gelombang X baru sahaja selesai, pembetulan sentiasa boleh tamat dengan beberapa cara. Kita mungkin akan berhadapan dengan suatu impuls, sehinggakan pembetulan berbentuk mendatar. Jika zigzag panjang yang terbentuk, maka ternyata pembetulan tersebut sebenarnya adalah suatu 'double zigzag'. Akhirnya, jika hanya zigzag yang kecil muncul seperti dalam carta di atas, maka kita boleh mempertimbangkan kemungkinan pembentukan pola double three.

Contoh Sebenar

Pola Double Three yang terbentuk daripada beberapa zigzag ditunjukkan pada carta di bawah. Seperti yang anda lihat, gelombang (w), (x) dan (y) adalah zigzag, jadi ia bentuk yang paling mudah bagi pola ini. Ambil perhatian bahawa gelombang (y) hampir menyerupai gelombang (w), jadi pembetulan bergerak hampir mendatar, iaitu ciri penting dalam peraturan Double Three.

Satu lagi contoh diberikan pada carta seterusnya. Di situ terdapat Pola Double Three dengan gelombang (x) yang besar. Kita juga dapat melihat dengan jelas perbezaan antara Double Three dan Double Zigzag. Gelombang (x) di sini ialah Double ZigZag dengan arah menaik. Gelombang ((iv)) tidak mempunyai arah, oleh sebab itu ia boleh ditandakan sebagai pola Double Three seperti (w)-(x)-(y).

Mari kita lihat pada carta di bawah. Terdapat dua Double Three dalam gelombang B dan ((x)). Gelombang (y) daripada ((x)) adalah pola flat, bahagian yang paling rumit sekali dalam struktur ini. Manakala, kedua-dua pola Double Three mempunyai arah mendatar (ingat bahawa ini adalah kriteria utama mana-mana Double Three).

Ada kalanya gelombang X mungkin jauh lebih panjang daripada gelombang W. Seperti yang dapat dilihat pada carta seterusnya, gelombang (x) berakhir di bawah titik permulaan gelombang (w), tetapi kemudian satu zigzag yang menaik muncul dalam gelombang (y). Tambahan lagi, gelombang (a) daripada (x) ialah pepenjuru pemula yang merumitkan lagi perhitungan ini. Oleh demikian, dalam pengiraan gelombang masa nyata, kita boleh membuat anggaran tentang pengakhiran gelombang ((b)) sebagai Double Zigzag hanya selepas gelombang (i) dan (ii) daripada ((c)).

Apa itu pola Triple Three?

Pola ini lebih panjang daripada Double Three, oleh itu ia dibahagikan kepada lima gelombang yang kesemuanya bergerak secara mendatar melawan trend utama.

Peraturan-peraturan utama perdagangan Triple Three

  • Triple Three terdiri daripada lima gelombang yang berlabel W-X-Y-X-Z
  • Gelombang W, X dan Y boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan, kecuali segitiga
  • Gelombang kedua X dan Z boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan
  • Triple Three terbentuk secara mendatar atau dengan mendapan cetek (a low dip) melawan trend utama
  • Biasanya, Triple Three bukan pembetulan yang mendalam.

Triple Three adalah pola yang jarang-jarang berlaku, jadi anda harus cuba mengelak daripada mengiranya dalam masa nyata. Anda boleh melihat contoh pola ini pada carta seterusnya yang menunjukkan gelombang ((b)) sebagai Triple Three. Kita boleh menganggap struktur ini sebagai Triple Zigzag hanya selepas gelombang (z). Sebenarnya, ia boleh dipakai untuk semua pola pembetulan yang lain, oleh itu kita harus sentiasa tunggu sehingga struktur pembetulan terbentuk sepenuhnya sebelum membuat memutuskan kiraan gelombang yang mana yang paling sepadan dengan peraturan Triple Three.

Mula berdagang

2023-07-26 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.