Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Mula Berdagang Forex

Jika anda ingin menjadi seorang pedagang Forex dan mengetahui jumlah yang terbaik untuk memulakan perdagangan Forex, anda telah datang ke tempat yang betul. Dalam artikel ini, kami akan terangkan jumlah minimum wang yang anda perlukan untuk berdagang matawang.

Berdagang secara percuma di akaun demo

Sebagai permulaan, ingat bahawa terdapat akaun demo yang membolehkan anda berlatih berdagang tanpa melaburkan sebarang wang. Saiz akaun demo di FBS boleh mencapai sehingga $1 juta. Akaun demo membolehkan anda berlatih membuka pesanan dan menetapkan saiz posisi.

Jika anda sudah bersedia untuk berdagang menggunakan akaun sebenar dan membuat wang sebenar, anda perlu tahu bahawa jumlah wang yang anda perlukan untuk memulakan perdagangan bergantung pada jenis akaun pilihan anda.

Sebagai contoh, untuk berdagang di akaun Pro, anda perlu depositkan sekurang-kurangnya $200. Anda boleh membuka pesanan tanpa had, akses VPS dengan spesifikasi yang dinaiktaraf, dan gunakan leveraj sehingga 1:2000. Pertimbangkan akaun Standard dengan spread terapung jika anda merancang untuk membuka banyak posisi atau berdagang dengan lot dari 0.01. Akaun jenis ini memerlukan pelaburan minimum $1. Sila maklum bahawa anda boleh membuka satu akaun dari setiap jenis. Untuk membolehkan anda membuka sehingga tiga akaun dari mana-mana jenis, anda perlu sahkan profil Laman Peribadi anda, ubah kaedah pengesahan daripada emel kepada SMS, dan pastikan anda telah depositkan amaun minimum.

Deposit anda menentukan saiz urusniaga anda

Saiz urusniaga minimum dengan FBS adalah 0.01 lot. Lot ialah saiz kontrak standard dalam pasaran matawang. Ia bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas, jadi 0.01 lot mewakili 1,000 unit matawang asas. Jika anda membeli 0.01 lot EURUSD dan leveraj anda ialah 1:1000, anda memerlukan $1 sebagai margin untuk urusniaga tersebut. Jika anda telah depositkan $5 ke dalam akaun Cent, deposit anda akan dapat menampung margin ini, dan anda boleh buka empat lagi posisi dengan saiz ini. Setiap poin pergerakan harga akan memberikan anda atau merugikan anda $0.01.

Mari kita pertimbangkan beberapa pilihan yang baik untuk seorang pedagang pemula. Contoh-contoh yang kami bawakan di sini adalah selamat dan kukuh dari sudut pengurusan risiko.

Berapa banyak yang anda boleh dapat dengan $100 dalam Forex?

Berdagang dengan 100 dolar mungkin kelihatan agak mustahil. Risiko untuk satu urusniaga haruslah kurang daripada 5%, tidak kira berapa besar pun deposit anda. Mari kita pilih risiko 3% ($3). Jika anda berdagang 0.01 lot, anda boleh menetapkan Renti Rugi sehingga 300 poin — ini lebih daripada cukup untuk satu posisi intrahari. Nisbah risiko/ganjaran yang disyorkan ialah ⅓, jadi potensi keuntungan untuk perdagangan ini ialah 900 poin ($9).

Berapa banyak yang anda boleh dapat dengan $500 dalam Forex?

Mari kita pertimbangkan kes apabila anda berdagang dengan 500 dolar. Dengan risiko 3% ($15), saiz urusniaga anda boleh menjadi sebesar 0.15 lot. Dalam kes ini, setiap poin untung/rugi akan bernilai $0.15. Dengan saiz posisi yang lebih besar, anda boleh mendapatkan wang dengan lebih cepat! Anda akan menetapkan 100 poin untuk Renti Rugi. Jika anda memerlukan Renti Rugi yang lebih jauh, anda boleh berdagang lot 0.1, menjadikan setiap poin bernilai $0.1. Renti Rugi tersebut akan terletak sejauh 150 poin dari titik masuk posisi. Dengan risiko 5% ($25), anda boleh menetapkan Renti Rugi sejauh 250 poin. Keuntungan anda dalam kes ini (jika Ambilan Untung anda tiga kali lebih besar) ialah $75.

Berapa banyak yang anda boleh dapat dengan $1000 dalam Forex?

Jika anda berdagang dengan 1000 dolar, anda tentu sekali boleh membuka urusniaga yang lebih besar lagi. Mari kita cari saiz risiko yang optimum untuk perdagangan Forex dengan 1000 dolar. Risiko 3% untuk satu urusniaga ($30) dan leveraj 1:1000 akan membolehkan anda berdagang 0.3 lot dengan Renti Rugi sebanyak 100 poin. Risiko 10% ($100) akan membolehkan anda berdagang satu lot. Dalam kes ini, 300 poin keuntungan akan menyumbang kepada keuntungan sebanyak $300. Risiko optimum bagi $30 satu urusniaga akan membolehkan anda berdagang 0.1 lot dengan Renti Rugi sejauh 300 poin. Potensi pertumbuhannya ialah $90.

Bergantung pada peratusan akaun anda yang ingin anda peruntukkan untuk urusniaga, mungkin terdapat kombinasi yang berbeza dan saiz Renti Rugi dalam poin yang anda perlukan untuk urusniaga anda. Untuk keselamatan akaun anda, anda disyorkan untuk mengekalkan risiko setiap urusniaga (dikira sebagai % daripada akaun anda) pada tahap yang sama. Kesannya, anda boleh menggandakan keuntungan anda dalam satu urusniaga dengan memilih deposit yang lebih besar.

Deposit

Risiko per urusniaga

Untung jika pasaran bergerak 900 poin memihak kepada anda

Rugi jika pasaran bergerak 300 poin melawan anda

$100

3%

$9

$3

$500

3%

$45

$15

$1000

3%

$90

$30

Satu lagi perkara penting: ingat tentang Panggilan Margin dan Stop Out. Panggilan Margin ialah aras margin yang dibenarkan pada 40% dan lebih rendah. Dalam keadaan ini, syarikat berhak tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menutup semua posisi-posisi terbuka pelanggan akibat dari kekurangan margin bebas. Stop Out ialah tahap margin minimum yang dibenarkan (20% dan lebih rendah) di mana program perdagangan akan menutup posisi terbuka pelanggan satu demi satu untuk mengelakkan kerugian berlanjutan yang mengakibatkan baki negatif (di bawah $0).

Jika anda patuh dengan peraturan pengurusan risiko dan tidak meletakkan kesemua deposit anda dalam satu urusniaga sekaligus, anda akan selamat daripada Panggilan Margin dan Stop Out.

Modal yang anda perlukan untuk berdagang

Seperti yang anda lihat, saiz urusniaga minimum Forex ialah $5. Selebihnya terpulang kepada anda! Nilai tahap pengetahuan dan pengalaman anda, dan fikirkan juga matlamat anda. Berapa jumlah wang yang anda mahukan? Berapa kerap anda akan berdagang? Lebih besar deposit, lebih besar saiz posisi, lebih banyak yang anda akan dapat dari satu urusniaga. Semua perkara tersebut harus dipertimbangkan dengan mengambil kira risiko.

Sila pastikan yang anda hanya menggunakan wang lebihan anda untuk berdagang, bukan wang untuk perbelanjaan keperluan asas kehidupan anda. Perdagangan menawarkan peluang yang sangat baik untuk memperolehi keuntungan, tetapi ia berisiko dan kerugian mungkin berlaku.

Petua untuk berdagang Forex dengan saiz urusniaga yang kecil:

Selepas anda membaca nasihat mengenai keseimbangan deposit/risiko dan membuat keputusan untuk berdagang, anda perlu ingat petua-petua berikut yang akan membantu anda untuk berjaya. Petua-petua ini berguna untuk mereka yang ingin memulakan perdagangan dengan saiz urusniaga yang kecil.

  1. Pengurusan risiko yang baik adalah satu kemestian. Sentiasa gunakan pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung untuk mengawal hasil perdagangan anda. Ingat bahawa peratusan risiko yang disyorkan untuk pemula ialah 3% daripada akaun anda bagi mana-mana satu urusniaga.
  2. Kekalkan nisbah risiko-ganjaran yang sesuai. Pastikan potensi ganjaran suatu urusniaga sekurang-kurangnya sama atau lebih besar daripada potensi risiko. Sasaran nisbah risiko/ganjaran 1:3 atau lebih tinggi adalah peraturan yang sempurna.
  3. Mempunyai jangkaan pendapatan yang realistik. Kemungkinan besar anda tidak akan menjadi kaya dalam sekelip mata. Cuba untuk fokus pada penjanaan keuntungan yang konsisten dalam jangka masa panjang.
  4. Elakkan panggilan margin. Jika anda menggunakan leveraj, berhati-hati agar tidak melampaui batas. Pastikan anda mempunyai margin yang cukup untuk menampung urusniaga anda dan elakkan panggilan margin.
  5. Cuba akaun Demo. Adalah baik untuk mempraktikkan kemahiran perdagangan anda pada akaun demo yang menyamai persekitaran pasaran yang sebenar sebelum mempertaruhkan wang sebenar. Ini akan membantu anda mendapatkan pengalaman pasaran dan meningkatkan kemahiran anda.
  6. Teruskan belajar. Pasaran Forex sentiasa berubah, jadi adalah penting untuk mengikuti perkembangan terkini dengan berita dan trend terkini. FBS membantu anda berbuat demikian dengan Buku Panduan dan artikel-artikel pendidikan di laman webnya.
  7. Pilih broker yang boleh anda percayai. Cari broker yang dikawal selia dan mempunyai reputasi yang baik dalam industri. Elakkan broker dengan bayaran yang tinggi atau khidmat pelanggan yang lemah.

Dengan mengikuti petua-petua ini, anda boleh memperkayakan pendekatan perdagangan anda walaupun dengan saiz urusniaga yang kecil. Ingatlah untuk mengekalkan disiplin yang kuat dan bersabar, dan jangan sekali-kali mengambil risiko lebih daripada kerugian yang boleh anda tanggung.

Strategi bagi pedagang dengan saiz urusniaga yang kecil

Adalah perlu untuk mempunyai pemahaman yang betul tentang tindakan anda di pasaran terutamanya apabila saiz perdagangan anda kecil. Di bawah ini kami membentangkan peraturan bagi strategi dengan saiz perdagangan yang kecil.

Dalam langkah pertama, tentukan berapa banyak masa yang boleh anda dedikasikan untuk berdagang. Ingat bahawa waktu perdagangan paling sibuk biasanya apabila dua sesi bertindih. Sebagai contoh, anda boleh mempertimbangkan tempoh bila mana sesi perdagangan London dan New York sedang bertindih.

Kedua, anda perlu memilih rangka masa yang akan anda ikuti semasa berdagang. Kami syorkan agar anda memilih tiga rangka masa yang akan anda tumpukan sepanjang hari, contohnya, D1, H4 dan H1. Pada rangka masa tertinggi, anda menyemak trend umum. Pada H4, anda menyemak tetapan dan tunggu kemasukan pada H1. Adalah tidak disyorkan untuk mengekalkan posisi anda lebih daripada sehari jika anda memutuskan untuk berdagang dengan saiz urusniaga yang kecil kerana perdagangan anda akan terdedah kepada swap.

Dalam langkah ketiga, jika anda mempunyai saiz akaun yang kecil, anda mesti mengekalkan risiko anda pada kadar 3%. Seperti yang dinyatakan sebelum ini dalam teks, ini adalah saiz risiko yang optimum. Selain itu, ingat nisbah risiko/ganjaran (nisbah ⅓ disyorkan).

Dalam langkah keempat, tentukan alatan teknikal yang anda perlu gunakan. Ia mungkin garis trend, aras sokongan dan rintangan, dan/atau indikator teknikal. Anda juga boleh berdagang tanpanya jika anda biasa dengan teknik aksi harga.

Akhir sekali, pastikan anda mempunyai syarat-syarat yang jelas untuk keluar dari posisi. Ini termasuk mencapai aras keuntungan tertentu atau mencapai aras Renti Rugi yang telah ditetapkan. Dengan mempunyai rancangan yang jelas untuk keluar dari urusniaga, anda boleh membantu mengurangkan kesan emosi dan berpegang pada strategi perdagangan anda.

Soalan yang lazim ditanya

  • Berapa banyak wang yang anda perlukan untuk membuka akaun Forex?

    Jumlah wang yang boleh anda gunakan untuk membuka akaun perdagangan bergantung pada broker anda. Dengan FBS, anda boleh membuka akaun demo tanpa menggunakan wang sebenar dan mencuba suasana pasaran. Jika anda ingin membuka akaun sebenar untuk melihat bagaimana keadaannya, anda boleh melakukannya tanpa sebarang wang.

  • Berapakah syarat umur untuk berdagang Forex?

    Syarat umur untuk anda boleh mula berdagang di Forex ialah 18 tahun (21 di beberapa jurisdiksi).

  • Berapa banyak wang yang boleh anda raih dengan Forex?

    Wang yang anda boleh dapat dengan Forex bergantung pada deposit awal, leveraj, pengalaman, pengetahuan dan strategi perdagangan anda. Anda boleh meningkatkan kemahiran anda dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya dengan program pendidikan FBS.

Berita terkini

Pelabur Menarik Nafas Lega, Data Jualan Di UK Mula Mendapat Momentum!

Momentum penurunan jualan bagi peniaga-peniaga Britain didapati perlahan pada bulan Februari dan ukuran inflasi merosot ke tahap terlemah dalam hampir tiga tahun, berdasarkan data industri yang mencerminkan data rasmi yang diterbitkan awal bulan ini…

USD Kekal Prestasi Suram Pada Awal Minggu, Kemanakah Arah Tuju Emas?

Emas kini menjejak semula paras $2,033…

Jika Bertahan Atas $1.0800, EURUSD Ada Peluang ‘Terbang’

USD menamatkan dagangan pada minggu lalu dengan prestasi yang suram setelah gagal untuk mengekalkan siri pengukuhan harga yang berterusan sejak awal Januari bermula…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera