Apakah itu Lot, Poin, dan Leveraj

Terdapat begitu banyak konsep dalam perdagangan! Pedagang pemula mudah berasa lemas dengan kesemua konsep tersebut. Kami telah menyediakan untuk anda satu panduan yang universal untuk definisi-definisi utama dalam perdagangan dan aplikasinya untuk menjadikan anda cukup yakin dengan Forex.

Apakah itu lot dan saiznya?

Semuanya mudah sahaja. Lot tidak lebih dari sekadar unit pukal bagi matawang. Untuk mengetahui saiz lot, anda harus memahami bahawa satu lot standard bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas atau matawang akaun.

Di samping lot standard, terdapat dua lagi jenis lot - lot mini dan lot mikro. Satu lot mini bersamaan dengan 10,000 unit, manakala mikro – 1,000 unit. Sebelum membuka urusniaga perdagangan, anda perlu menentukan jumlah wang yang boleh anda gunakan untuk perdagangan.

Saiz lot

Unit

Volum

Standard

100,000

1

Mini

10,000

0.1

Mikro

1,000

0.01

Apabila anda membuka pesanan di MetaTrader, anda perlu memilih saiz atau 'Volum' bagi perdagangan anda. Di situ, '1.0' bermaksud satu lot standard. Saiz minimum perdagangan ialah 0.01 lot (iaitu bersamaan dengan satu lot mikro).

Picture1.png

Selain dari lot, semasa berdagang, anda mungkin menghadapi istilah seperti leveraj dan poin.

Apakah itu leveraj dalam perdagangan?

Anda telah pun mengetahui bahawa untuk berdagang satu lot EURUSD, anda memerlukan 100,000 euro. Itu satu jumlah wang yang besar. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu melaburkan wang anda sendiri bagi kesemua jumlah ini – sebahagian darinya anda boleh pinjam daripada broker anda. Broker Forex ada menyediakan satu cara yang membolehkan anda mendapatkan manfaat daripada Forex – leveraj.

Leveraj adalah modal yang dipinjamkan untuk pelaburan, yang disediakan oleh broker. Ia membantu meningkatkan pulangan daripada urusniaga perdagangan anda. Untuk berdagang satu lot standard tanpa leveraj, deposit hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan 100,000 euro. Dengan leveraj 1:100, anda perlu menyediakan hanya 1% dari saiz pesanan: anda boleh mendepositkan hanya 1000 euro, dan broker akan menyediakan selebihnya.

Oleh kerana perdagangan terkecil yang boleh anda lakukan ialah urusniaga dengan volum sebesar 0.01 (1000 euro), dengan leveraj 1:100 anda hanya perlu menyediakan 10 euro untuk urusniaga ini. Dengan leveraj 1:000, 1 euro akan mencukupi untuk membuka urusniaga perdagangan tersebut.

Saiz leveraj biasanya bergantung pada broker pilihan anda. Semak leveraj daripada broker FBS untuk mengetahui potensi anda.

Apakah poin di dalam Forex?

Poin adalah istilah yang terkenal dalam bidang perdagangan. Anda mungkin menemuinya di dalam pelbagai artikel analisis apabila ia membicarakan tentang pasangan yang kadarnya sedang meningkat atau menurun.  

Satu poin ialah perubahan terkecil yang boleh berlaku pada kadar tukaran suatu pasangan matawang. Ia membantu mengira jumlah wang yang boleh diperoleh oleh pedagang bila beliau berdagang.

Sebagai contoh, kadar semasa USDJPY adalah 109.700. Tempat perpuluhan terakhir kadar atau sebut harga ialah satu poin. Apabila USDJPY berubah daripada 109.700 kepada 109.850, itu adalah perubahan sebanyak 150 poin.

2022-07-22_13-36-10.png

Untuk mengira nilai bagi satu poin, anda harus melihat pada kadar tukaran pasangan.

Lihat proses pengiraan untuk satu lot standard USDJPY (volum = 1.0):

0.001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 110.80 (kadar tukaran) X 100,000 (satu lot standard) = $0.903 per poin

Jika anda berdagang satu lot mini (volum = 0.1), nilai satu poin akan berubah untuk anda:

0.001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 110.80 (kadar pertukaran) * 10,000 (satu lot mini) = $0.0903 per poin

Untuk lot mikro, pengiraan adalah seperti berikut:

0.001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 110.80 (kadar pertukaran) * 1,000 (lot mikro) = $0.00903 per poin

Mari kita hitung poin untuk EURUSD, di mana USD bukan matawang asas, tetapi matawang sebutharga:

0.00001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 1 (kadar pertukaran) * 100,000 (satu lot standard) = $1 setiap poin

Nilai poin dalam cara yang mudah

Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu membuat pengiraan untuk menganggarkan nilai mata. Perhatikan bahawa jika akaun anda didanakan dalam USD, nilai poin adalah tetap dan tidak berubah apabila USD disebut sebagai matawang yang kedua dalam pasangan: $1 untuk lot standard, $0.1 untuk lot mini dan $0.01 untuk lot mikro. Nilai poin-poin ini digunakan, sebagai contoh, untuk EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan NZDUSD. Jika USD tidak disebut sebagai matawang yang kedua, anda perlu membahagikan nilai poin di atas dengan kadar tukaran USDXXX.

Contohnya, untuk mendapatkan nilai satu poin lot standard untuk USDCHF apabila berdagang dengan akaun USD, bahagikan $1 dengan kadar USDCHF. Jika kadar USDCHF ialah 0.9700, nilai satu poin lot standard ialah $1.03, atau $1 dibahagikan dengan 0.9700.

Secara keseluruhannya, apa jua matawang yang digunakan untuk mendanakan akaun itu, apabila matawang itu disenaraikan sebagai yang kedua dalam pasangan, nilai poin adalah tetap. Dalam erti kata lain, matawang kedua memberikan anda nilai poin.

Apakah kaitan antara lot, poin dan leveraj

Untuk menggunakan pengetahuan anda secara praktikal, anda harus tahu bagaimana semua konsep ini berkaitan antara satu sama lain. Sudah tentu, perkara yang paling penting untuk seseorang pedagang ialah:

  1. Seberapa banyak keuntungan yang akan beliau perolehi dari satu-satu urusniaga, dalam matawang akaun mereka?
  2. Berapa banyak wang yang mereka perlukan untuk membuka satu urusniaga perdagangan dengan potensi keuntungan yang sedemikian?

Untuk mengira hasil yang boleh diraih bila memperdagangkan EURUSD dengan leveraj 1:100, gunakan maklumat berikut:

Bayangkan anda berdagang pasangan EURUSD dengan saiz lot 100,000. Anda mendepositkan $1,000. Leverage anda ialah 1:100. Anda membuat urusniga beli pada aras harga 1.15000, pasangan itu naik dan anda menutup posisi anda pada aras 1.15500. Ini bermakna anda sudah meraih 500 poin.

  1. Saty urusniaga beli dibuka pada aras 1.15000 untuk EURUSD dan saiz lot ialah 100,000.
  2. Satu poin ialah $1 kerana volum perdagangan anda ialah 1.0 (satu lot standard).
  3. Posisi ditutup pada aras 1.15500. Hasilnya, anda mendapat 500 poin.
  4. 500 poin membawakan anda keuntungan sebanyak $500.

Jika anda berdagang tanpa leveraj dan mendepositkan $1,000 (iaitu anda membuka posisi 0.01 lot), 1 poin akan membawakan anda 100 kali lebih rendah – $0.01 berbanding $1. Kesannya, apabila berdagang dengan lot mikro, 500 poin akan membawakan anda $5.

Itulah dia maklumat-maklumat asas tentang lot, poin dan leveraj. Kini anda sudah tahu semua yang diperlukan dan boleh mula berlatih. Buka akaun dengan FBS dan jangan buang masa lagi!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera