Sokongan dan rintangan

Konsep sokongan dan rintangan sangat penting untuk para pedagang. Secara asasnya sokongan dan rintangan adalah kawasan di mana aksi harga dijangka akan berhadapan dengan halangan. Mari kita pelajari dengan lebih terperinci.

Sokongan adalah aras harga di mana harga yang sedang jatuh cenderung memperlahan atau berpatah balik. Ini bererti harga lebih cenderung untuk "melantun" di aras ini berbanding menembusinya. Sungguh begitu, jika harga sudah melepas aras ini, ia lebih cenderung untuk terus jatuh sehinga ia menemui aras sokongan lain.

Rintangan adalah aras harga di mana harga yang sedang naik cenderung memperlahan atau berpatah balik. Harga lebih cenderung untuk melantun ke bawah semula dari aras ini berbanding menembusinya. Namun, penembusan melepasi aras ini membuka jalan kepada kenaikan harga sehinggalah ia menemui aras rintangan seterusnya.

Bagaimana cara berdagang?

Sokongan dan rintangan membolehkan para pedagang mengetahui kedudukan mereka di pasaran. Apabila anda sudah tandakan aras-aras ini di carta, anda akan dapat melihat struktur pasaran dengan lebih jelas dan mampu meramal arah seterusnya pergerakan harga serta saiznya.

Ideanya di sini adalah betapa aras-aras ini sangat cenderung untuk merencat aksi harga dan membuatnya berpatah balik. Justeru, menjadi satu pendekatan yang lazim untuk membuka dagangan beli di sokongan dan dagangan jual di rintangan. Jika anda mahu dapatkan manfaat berdagang dengan trend, maka anda akan beli di sokongan sewaktu uptrend atau jual di rintangna ketika downtrend. Jika anda tidak berdagang dengan trend, anda masih boleh gunakan aras-aras sokongan dan rintangan sebagai titk masuk dan tutup posisi di aras sokongan/rintangan seterusnya.

Memang benar, aras-aras S&R juga memberikan pedagang petunjuk di mana anda boleh tutup suatu posisi. Justeru jika anda mempunyai posisi jual yang aktif dan harga sedang menuju suatu aras sokongan, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk tutup posisi anda. Perkara yang sama juga dengan dagangan beli, yang berbezanya selepas anda buka posisi beli anda perlu fokus tentang aras rintangan.

Sokongan dan rintangan boleh dikesan di mana-mana rangka masa (timeframe). Namun sila ingat bahawa lebih besar suatu rangka masa, lebih penting aras sokongan atau rintangannya. Tambahan lagi, walaupun kita bercakap tentang aras di sini, berdagang bukanlah satu sains yang tepat dan jitu, jadi anda perlu fikirkan tentang S&R sebagai satu kawasan atau zon. Bila anda telah mengenal pasti sokongan atau rintangan, anda perlu masukkan sekali beberapa pips di sekitarnya. Ini akan membantu menjadikan perdagangan anda lebih tepat. 

reas. When you’ve identified support or resistance, you need to include a couple of pips around it. This will help you make your trading more accurate.  

Bagaimana cara mengenal pasti sokongan dan rintangan?

Sokongan dan rintangan ada beberapa bentuk. Pertama sekali, ada garisan trend serong/diagonal yang telah kami jelaskan sebelum ini. Ada garisan trend yang menyambungkan harga-harga tinggi dan menghadkan pergerakan siling trend. Bagi kes seperti ini, garisan trend ini dipanggil juga garisan rintangan. Ada garisan trend yang dilukis menyambungkan harga-harga rendah di carta harga dan ia menjadi had lantai bagi aksi harga. Garisan seperti ini dipanggil garisan sokongan. Garisan sokongan dan rintangan boleh dilukis baik di uptrend mahupun di downtrend. Anda perlukan sekurang-kurangnya 2 harga tinggi atau 2 harga rendah untuk melukiskan garisan trend. Anda boleh temui lebih banyak maklumat tentang garisan trend di sini.

Screenshot_8.png

Sila maklum bahawa ketika suatu uptrend, garisan sokongan adalah yang paling penting kerana jika harga tembus ke bawah, trend akan berubah menjadi downtrend. Sewaktu downtrend, garisan rintangan lebih penting kerana penembusan mengatasinya bererti terbentuknya penyongsangan arah ke atas.

Oleh kerana pasaran sentiasa bergerak, sering terjadi keadaan di mana aras sokongan dan rintangan saling bertukar-tukar. Seperti yang anda lihat di gambar di atas, selepas harga jatuh lebih bawah dari garisan sokongan, ia mulai bertindak sebagai rintangan.

Aras-aras sokongan dan rintangan

Terdapat juga aras-aras sokongan dan rintangan horizontal. Salah satu cara yang paling ringkas dan paling efektif adalah dengan membuat garisan melintang di paras harga tertinggi dan terendah sebelum ini di carta harga.

Screenshot_18.png 

Teknik-teknik lain yang digunakan para pedagang untuk mengenal pasti aras sokongan dan rintangan adalah purata bergerak (moving averages), aras-aras Fibonacci, titik Pivot, dsb.

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Inflasi Sudah Berjaya Ditumpaskan?

Kini para pedagang mengikuti peristiwa ekonomi dengan visi yang baharu kerana inflasi di A.S. tampak seperti sudah mereda. Mari kita lihat pengumuman apakah yang akan mempengaruhi pasaran lantaran dari faktor ini.

Siapa Yang Akan Memerintah AS?

Minggu ini akan menyaksikan peristiwa yang terbesar dalam proses politik AS sepanjang tempoh dua tahun terakhir ini. Bagaimana kesan pilihan raya ini terhadap pasaran Forex? Laporan kami mengupas tentang berita-berita terpenting minggu ini.

Aset Yang Akan Gagal Bertahan Minggu Ini

Memandangkan Eropah sedang bergerak ke dalam kemelesetan, minggu depan mungkin akan menyajikan beberapa peluang perdagangan yang menakjubkan untuk kita. Berikut senarainya!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera