Top 5 Indikator dan Strategi Sokongan & Rintangan

Top 5 Indikator dan Strategi Sokongan & Rintangan

2023-04-03 • Dikemaskini

Apakah itu sokongan dan rintangan?

Sokongan, atau aras sokongan, adalah aras harga pada mana harga tidak jatuh untuk suatu tempoh yang lebih lama. Aras sokongan terbentuk apabila harga mula menurun. Pada satu ketika, harga menarik minat para pembeli yang mula memasuki pasaran dan melonjakkan harga.

Rintangan, sebaliknya, ialah aras harga di mana harga melantun ke bawah selepas ia naik. Sebaik sahaja harga mencapai aras tertentu, penjual mula menjual aset, mewujudkan rintangan dan tidak mahu membiarkan harga naik lebih tinggi.

1.png

Hari ini anda akan pelajari apakah perbezaan di antara aras-aras rintangan dan sokongan, bagaimana untuk mengenal pasti dan melukisnya pada carta, dan apa indikator dan strategi sokongan dan rintangan yang anda boleh gunakan dalam perdagangan.

Perbezaan antara aras rintangan dan aras sokongan

Seperti yang anda lihat, sokongan dan rintangan adalah reaksi pedagang terhadap pergerakan harga. Perbezaan di antara kedua-duanya adalah bahawa sokongan wujud kerana pembeli sebagai tindak balas kepada penurunan harga manakala rintangan adalah bagaimana penjual bertindak balas terhadap pergerakan menaik. Sokongan dan rintangan juga mewakili bekalan dan permintaan di pasaran: apabila terdapat lebih ramai pembeli daripada penjual dan permintaan tinggi, mereka memberikan sokongan dan harga meningkat, dan sebaliknya.

Bagaimana cara untuk mengenal pasti aras sokongan dan rintangan

Mengenal pasti aras sokongan dan rintangan sangat membantu apabila anda merancang strategi perdagangan anda. Terdapat pelbagai aspek yang anda boleh analisis untuk mencuba mencari aras-aras sokongan dan rintangan, termasuk:

  • data harga historikal – walaupun keadaan ekonomi dan harga telah berubah dengan ketara dari masa ke masa, melihat kembali harga historikal dapat membantu anda mempelajari tanda-tanda dan pola yang mendahului aras sokongan dan rintangan, menjadikannya lebih mudah untuk mengenalinya apabila ia berlaku lagi;
  • aras-aras sokongan dan rintangan sebelumnya – aras sokongan dan rintangan sebelumnya boleh menunjukkan aras-aras yang berpotensi menjadi titik masuk dan keluar dan memberikan anda beberapa bayangan mengenai pergerakan harga pada masa depan. Hanya perlu diingat bahawa sokongan dan rintangan jarang berlaku pada harga yang sama seperti sebelum ini. Harga boleh melanggar aras sebelum ini dan kemudian mengundur kembali, jadi aras sokongan dan rintangan terdahulu menunjukkan kepada anda secara umum di kawasan mana perkara ini boleh berlaku buat kali yang seterusnya;
  • indikator teknikal – indikator teknikal boleh membantu anda mengenal pasti sokongan dan rintangan dinamik apabila harga bergerak. Setiap pasaran mempunyai pelbagai faktor yang mempengaruhi aras sokongan dan rintangan, jadi alat-alat lain boleh mengambil kira faktor ini dan membantu anda mengenal pasti aras ini dengan lebih tepat.

Bagaimana cara untuk melukis garisan sokongan dan rintangan

Terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh gunakan untuk mengenal pasti dan melukis garisan sokongan dan rintangan. Berikut adalah sebahagian daripadanya.

Cari puncak dan lembah. Untuk melakukan ini, anda perlu mencari titik yang tertinggi dan terendah pada carta dalam rangka masa tertentu dan menandakan setiap puncak dan lembah yang anda lihat. Bergantung pada arah trend, puncak dan lembah akan bertindihan atau bersentuhan dengan garisan sokongan dan rintangan. Sebagai contoh, pada carta ini anda dapat melihat bahawa dalam trend menaik, garisan sokongan terletak pada titik-titik terendah yang lebih tinggi (higher lows) manakala garis rintangan berada pada titik-titik tertinggi yang lebih tinggi (higher highs). Sebaliknya, dalam trend menurun, garisan sokongan dilukis pada titik-titik rendah yang lebih rendah dan garisan rintangan berada pada titik-titik tinggi yang lebih rendah.

2.png

Lihat rangka masa (timeframe) yang terdahulu. Dengan kaedah ini, anda perlu meneliti beberapa rangka masa, satu yang singkat (10-15 minit) dan beberapa yang lebih panjang (1 jam atau lebih). Jika garisan sokongan dan rintangan dalam rangka masa yang lebih panjang adalah serupa dengan rangka masa yang lebih singkat, ia dianggap kuat dan boleh dipercayai dan boleh digunakan dalam perdagangan anda.

Gunakan purata bergerak. Anda juga boleh melukis garisan sokongan dan rintangan dengan bantuan indikator purata bergerak. Untuk melakukan ini, anda perlu mengenal pasti arah pergerakan trend. Semasa pergerakan ke atas, purata bergerak bertindak sebagai sokongan, manakala dalam pergerakan menurun ia berfungsi sebagai garisan rintangan. Tetapi perlu diingat bahawa purata bergerak menunjukkan sokongan dan rintangan dinamik, yang berubah mengikut harga dan ia seandal seperti garisan sokongan dan rintangan statik. Jadi purata bergerak tidak boleh digunakan tanpa kaedah sandaran lain.

3.png

Strategi perdagangan dengan sokongan dan rintangan

Ramai pedagang merancang strategi perdagangan mereka di sekitar aras sokongan dan rintangan. Ia sangat mudah: beli apabila harga berhampiran dengan garisan sokongan dan jual apabila harga berhampiran garisan rintangan. Namun, untuk memaksimumkan keuntungan anda, adalah juga penting untuk menunggu pengesahan bahawa aras sokongan atau rintangan akan bertahan sebelum membuat keputusan.

Selain itu, adalah juga lebih baik untuk memilih terlebih dahulu bila waktunya untuk anda keluar daripada posisi anda. Jika anda melihat aras sokongan dan rintangan yang kuat, anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan kelebihan: beli tepat sebelum harga mencapai aras sokongan yang kuat dan jual sebelum ia melantun daripada rintangan yang kuat. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih berisiko kerana anda tidak tahu terlebih dahulu sama ada harga akan melantun keluar daripada aras tersebut atau tidak.

Jika anda ingat tentang pesanan Renti Rugi, ia amat membantu. Biasanya, pedagang meletakkan pesanan ini di bawah aras sokongan terdekat. Walau bagaimanapun, penembusan palsu sering dilihat di aras-aras sedemikian. Oleh itu, kami cadangkan agar anda gerakkan renti rugi anda jauh sedikit dari garisan sokongan. Dengan cara ini, perdagangan anda akan kurang menguntungkan sedikit tetapi ini lebih selamat bila berhadapan dengan pergerakan harga yang huru-hara.

Pesanan Ambilan Untung biasanya diletakkan pada garisan rintangan terdekat. Tidak seperti Renti Rugi, yang menutup pesanan anda sepenuhnya, Ambilan Untung boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk menutup kedudukan anda secara sebahagian-sebahagian pada garisan rintangan yang berbeza. Dengan cara ini, anda akan dapat menjadikan perdagangan anda bebas risiko dan mendapat lebih banyak wang sekiranya harga bergerak dalam arah yang dicitakan.

Top 5 Indikator dan Strategi Sokongan & Rintangan

Swing tinggi dan rendah

Mari kita mulakan dengan definisi “swing highs and lows” (perdagangan swing). Swing tinggi adalah suatu harga yang tinggi dalam satu pergerakan harga. Semasa bergerak ke atas atau ke bawah, harga bergerak dalam gelombang, jadi ayunan tinggi merujuk kepada harga tinggi dalam gelombang-gelombang tersebut, sebelum ia turun semula. Sebaliknya, swing rendah merujuk kepada harga rendah dalam gelombang, sebelum ia naik semula.

Ia antara teknik yang paling mudah. Anda akan menemui segala-galanya pada carta harga dan anda bahkan tidak akan memerlukan sebarang alat atau indikator. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk menandakan aras-aras tertinggi dan terendah yang terdekat sebelumnya. Sememangnya, anda perlu mencari harga-harga tinggi dan rendah yang hampir dengan harga semasa. Pilih aras yang jelas, yang harga gagal untuk tembusi dan akibatnya menyongsang. Aras tersebut tidak perlu terlalu tepat kerana harga jarang berhenti pada aras yang sama, jadi ia boleh beberapa pip lebih tinggi atau lebih rendah. Untuk menandakan aras yang anda temui, lukis garisan horizontal.

Perhatikan bahawa semakin banyak harga menyongsang dari aras ini, ia semakin lemah. Ia berlaku kerana psikologi perdagangan. Hampir setiap pedagang meletakkan Renti Rugi berhampiran dengan garisan sokongan atau rintangan. Oleh itu, manipulator pasaran tergamak merenggut wang ini daripada para pedagang runcit. Lebih kerap garis sokongan disentuh, itu bermakna ada lebih banyak wang di bawahnya, jadi berhati-hatilah.

Lihat carta. Aras $1680 nampaknya aras sokongan yang kuat untuk XAUUSD. Aset itu melantun daripadanya dua kali: pada awal dan akhir Mac.

4.png

Aras-aras psikologi

Aras psikologi muncul apabila sebut harga berakhir dengan 0 (lebih banyak sifar yang dimiliki oleh aras ini, ia semakin penting). Contohnya 1.50, 90.00, dan lain-lain. Aras psikologi muncul kerana lumrah fitrah manusia. Sebagai contoh, jika anda bertanya kepada seseorang tentang jangkaan beliau berkenaan harga pasangan GBPUSD pada masa hadapan, tidak mungkin orang itu akan berkata 1.3028-1.4123. Kemungkinan besar, mereka akan meramalkan 1.30-1.40. Menurut logik ini, apabila pedagang membuat pesanan, mereka akan memilih nombor “bulat”, dan hasilnya, pasangan ini didagangkan di dalam nombor-nombor ini.

Mari kita lihat pada carta. XBRUSD tidak dapat membolosi aras $130.00. Dan walaupun setelah ia berjaya menembusi aras tersebut, ia tidak dapat mempertahankan kedudukannya tersebut.

5.png

Garisan trend

Anda perlu sentiasa ingat bahawa trend adalah rakan anda dan ia membantu anda dalam pelbagai situasi perdagangan. Tidak sukar untuk menentukan trend. Lihat carta. Jika anda melihat bahawa harga meneruskan pergerakannya ke atas atau ke bawah untuk masa yang lama, ia suatu trend. Titik tinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan titik rendah yang lebih tinggi (higher lows) memberitahu bahawa ia suatu uptrend (trend menaik). Sebaliknya, aras tinggi yang lebih rendah (lower highs) dan aras rendah yang lebih rendah (lower lows) menandakan bahawa ia suatu downtrend.

Apabila mencari trend, anda perlu ingat bahawa garisan tersebut tidak boleh mendatar dan ia harus menghubungkan sekurang-kurangnya 2 titik (2 titik tinggi atau 2 titik rendah). Selain itu, titik kedua yang dilalui oleh garisan trend yang anda lukis hendaklah sejauh 20-30 candlestick dari yang pertama.

Semakin kerap kali harga menyentuh garisan trend, semakin kuat trend tersebut.

Mari kita lihat carta EURUSD. Di situ kita boleh lihat adanya downtrend. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk melukiskan garisan trend yang melintasi setiap puncak. Oleh itu, garisan tersebut akan menjadi rintangan bagi pasangan ini. Anda juga boleh melukiskan garisan melintasi titik-titik terendah (lembah) dan anda akan mendapat aras sokongan.

Teknik yang sama akan berfungsi dengan serupa untuk uptrend.

6.png

Indikator titik pivot

Apabila anda menggunakan indikator ini, anda akan melihat 3 aras rintangan, 3 aras sokongan dan titik pivot yang berperanan sebagai sempadan untuk menentukan pergerakan harga yang selanjutnya. Jika ia didagangkan di atas titik pivot, pergerakan sepatutnya bullish, jika tidak, pergerakan bearish dijangkakan.

Aras rintangan dan sokongan menunjukkan sasaran aset yang tepat bergantung pada rangka masa yang anda pilih. Salah satu kelebihan indikator titik pivot adalah betapa aras-aras berubah setiap kali rangka masa yang anda pilih berakhir.

Perhatian: anda boleh memilih sebarang rangka masa, walau bagaimanapun, kami mengesyorkan agar anda menggunakan rangka masa mingguan. Indikator ini akan menunjukkan sasaran mingguan untuk pasangan ini, jadi anda akan dapat membuat rancangan perdagangan jangka panjang.

Lihat carta. Anda boleh lihat pada akhir minggu ini, pasangan ini telah memecah sokongan 0.9920. Walau bagaimanapun, kemudian ia berpatah balik menuju rintangan terdekat 1.0050. Juga, perhatikan bahawa kedua-dua garisan sokongan dan rintangan berfungsi dengan menakjubkan, terutamanya untuk indikator teknikal yang dikira dengan sendirinya.

7.png

Pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracements)

Alat Fibonacci ini digunakan untuk menetapkan aras rintangan dan sokongan atau untuk meramalkan skop pergerakan harga. Matlamat utamanya adalah untuk mencari kebarangkalian pembetulan melawan trend utama. Aras utama pengunduran Fibonacci adalah 38.2%, 50%, dan 61.8%, ia menunjukkan sokongan atau rintangan yang terkuat, bergantung pada arah harga.

Mari kita lihat carta EUR/USD. Anda boleh melihat bahawa pasangan ini melantun dari aras Fibo 50.0 dan bergerak ke 23.6, yang menjadi rintangan untuk EUR/USD.

8.png

Fakta menarik lain mengenai sokongan dan rintangan:

  • Jika harga menguji aras sokongan atau rintangan beberapa kali tanpa membolosinya, aras ini menjadi lebih lemah dengan setiap percubaan.
  • Walaupun kita biasanya memanggil mereka sebagai garisan sokongan dan rintangan, ia sebenarnya lebih tepat untuk memanggil mereka zon sokongan dan rintangan kerana harga boleh menembusi garisan, tetapi memantul kembali beberapa pip kemudian.
  • Kadang-kadang, apabila harga menembusi aras ini, sokongan lama boleh menjadi rintangan baharu dan begitu juga sebaliknya. Tetapi anda tidak boleh bergantung pada peraturan ini pada setiap masa, jadi adalah penting untuk menggunakan kaedah lain untuk meramalkan ke mana harga akan pergi seterusnya.

Kesimpulan

Aras sokongan dan rintangan adalah zon yang sangat penting pada carta harga. Sokongan dan rintangan boleh memberitahu anda bila masa yang terbaik untuk masuki atau keluar daripada posisi dan di mana untuk meletakkan pesanan stop dan limit untuk meminimumkan risiko. Aras-aras ini digunakan dalam banyak indikator dan strategi perdagangan, dan mengetahui cara menggunakannya adalah satu kemestian bagi mana-mana pedagang.

 

SOALAN LAZIM

Adakah matawang kripto seperti bitcoin mempunyai aras rintangan?

Ya, mereka juga ada. Aras-aras rintangan mengenal pasti zon bekalan untuk matawang kripto tertentu. Apabila bekalan lebih tinggi daripada permintaan, penjual mendominasi pasaran dan harga matawang kripto turun.

Perlukah saya menunggu untuk menjual saham sehingga ia mencapai aras rintangan?

Aras sokongan dan rintangan membantu pedagang mengenal pasti titik keluar yang baik daripada perdagangan. Menjual saham setelah harga mereka mencapai salah satu aras rintangan adalah langkah yang selamat dan logik kerana harga mungkin akan melantun keluar dari aras ini dan mula merosot.

Jadi bagaimana kita boleh tahu jika suatu aras sokongan dan tentangan telah benar-benar bolos?

Untuk melihat sama ada sokongan dan rintangan telah bolos, anda perlu menunggu pengesahan aksi harga. Jika harga tidakmelantun dari aras sokongan atau rintangan, ia akan terus bergerak dalam arah yang sama (naik melepasi aras rintangan atau turun melepasi aras sokongan), yang bermaksud bahawa aras ini telah ditembusi.

Bagaimana pelabur menggunakan aras rintangan dan sokongan untuk membuat keputusan perdagangan?

Aras sokongan dan rintangan membantu pedagang menentukan bila masa yang terbaik untuk membeli atau menjual aset. Secara umumnya, pedagang cuba membeli berhampiran aras sokongan ketika di dalam uptrend dan menjual berhampiran dengan aras rintangan bila di dalam downtrend.

Apakah rangka masa yang perlu digunakan untuk melukis garisan rintangan?

Bergantung pada gaya perdagangan apa yang anda suka, anda boleh menggunakan sebarang rangka masa untuk melukis garisan rintangan. Pedagang intrahari lazimnya menggunakan M30, pedagang swing menggunakan rangka masa H4 dan Harian dan pedagang jangka panjang menggunakan rangka masa Mingguan dan Bulanan. Walau bagaimanapun, rangka masa yang lebih panjang cenderung untuk menunjukkan aras rintangan yang lebih kuat.

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera