Strategi Intrahari Yang Mudah (Pola Candlestick + RSI)

Baca artikel ini di laman web FBS

Terdapat banyak strategi berharga yang memerlukan pengetahuan tentang pola candlestick dan osilator. Walau bagaimanapun, bukan semua strategi tersebut menguntungkan. Apabila anda mula berdagang dengannya, anda boleh berhadapan dengan situasi di mana strategi tidak berfungsi mengikut jangkaan anda. Itulah yang berlaku apabila anda tidak meneliti strategi perdagangan anda dengan menyeluruh. Mujurlah, kami menguji semula beberapa strategi yang berasaskan gabungan osilator dan pola candlestick dan memilih yang terbaik untuk anda! Terimalah – Strategi RSI dan Pola Bullish/Bearish Engulfing!

Setup Untuk Strategi

Instrumen: EURUSD

Indikator: RSI dengan tetapan 11 tempoh

Rangka masa: H4

Peraturan pengurusan risiko: Saiz urusniaga yang malar 0.1 lot

Peraturan untuk entri long

1. Tunggu pembentukan pola Bullish Engulfing. Ini ialah pola penyongsangan yang terbentuk pada penghujung downtrend. Ia terdiri daripada beberapa candlestick merah kecil dan candlestick hijau besar yang menyelubungi candlestick merah. Bayang/sumbu candlestick kecil itu pendek.

1.png

2. Pola candlestick mesti disahkan oleh indikator RSI yang bergerak di bawah paras 40.

3. Buka posisi anda pada candlestick seterusnya selepas pola disahkan.

4. Anda mesti menutup posisi long apabila indikator RSI melepasi aras 70 dari bawah ke atas.

2.png

Di gambar di atas anda boleh melihat contoh untuk strategi ini pada rangka masa H1 carta EURUSD.

Selepas harga membentuk pola yang dikenali sebagai Bullish Engulfing, kami semak situasi RSI dan ia bergerak di bawah aras 40. Kami membuka posisi long pada harga pembukaan candlestick bullish seterusnya selepas pola tersebut iaitu di 1.12939. Kami menutup urusniaga/posisi tersebut apabila RSI melepasi aras 70 iaitu di 1.1340. Kami telah untung 461 poin.

Peraturan untuk entri short

1. Tunggu pembentukan pola Bearish Engulfing. Ia terdiri daripada sebatang candlestick hijau yang kecil diikuti dengan candlestick merah yang besar.

3.png

2. Pola candlestick ini mesti disahkan dengan indikator RSI yang harus lebih tinggi dari garisan 60.

3. Selepas pola disahkan, anda perlu membuka pesanan jual pada candlestick seterusnya. Ia harus bearish.

4. Anda perlu menutup posisi long apabila indikator RSI menyilang aras 30 ke sebelah bawah.

4.png

Pada carta di atas, kami telah membuka pesanan jual selepas pola Bearish Engulfing disahkan oleh RSI yang bergerak di atas aras 60 iaitu di 1.1345. Selepas RSI memasuki zon terlebih jual, kami menutup posisi kami di 1.1298. Kami untung sebanyak 470 poin.

Melakukan backtesting untuk strategi

5.png

Strategi ini diuji secara bulanan dan tahunan dan membawakan hasil yang baik.

6.png

Mari kita lihat faktor keuntungan (profit factor). Metrik ini menunjukkan seberapa banyak wang yang anda raih berbanding dengan seberapa banyak wang yang anda rugikan. Ujian untuk tempoh satu tahun dengan deposit sebanyak $3000 dan leveraj 1:100 menunjukkan faktor keuntungan 1.40. Angka ini lebih besar daripada 1, jadi strategi boleh dikatakan layak diandalkan. Sekarang mari kita lihat faktor pemulihan (recovery factor). Ini ialah nilai mutlak keuntungan bersih dibahagikan dengan drawdown maksimum. Faktor pemulihan ialah 1.07, yang juga lebih besar daripada 1. Itu memberitahu bahawa akaun pulih daripada drawdown dengan cepat. Dengan saiz akaun kami sebesar $3000, drawdown maksimum sebanyak 11% dianggap normal.

7.png

Ujian pada tempoh bulanan dengan parameter yang sama menunjukkan faktor keuntungan 2.06, tetapi faktor pemulihan adalah 0.32. Dengan saiz akaun kami sebesar $3000, drawdown maksimum 2% dianggap normal.

Kesimpulan

Kini anda sudah mengetahui strategi untuk berkerja dengan hanya satu osilator dan pola candlestick. Anda harus mencubanya!

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.