Strategi-strategi berdagang emas

Baca artikel ini di laman web FBS

Perdagangan emas bukan satu topik yang mudah kerana logam kuning ini tidak bergerak dengan cara yang sama seperti komoditi lain atau pasangan-pasangan matawang di pasaran Forex. Namun, ada beberapa strategi yang diketahui boleh digunakan untuk berjaya dalam perdagangan emas.

Strategi perdagangan emas

Ada pola dan tips untuk membantu Anda berdagang emas di video ini

Perdagangan berita

Di samping statistik biasa, emas terkesan dengan faktor-faktor politik dan ekonomi, bencana alam, serangan pengganas dan krisis. Ini kerana emas mempunyai terkait rapat dengan pelbagai pasaran yang berbeza: ekuiti atau bahan mentah.

Dinamik harga emas tidak mengikut logik biasa. Perdagangan sempena berita mampu berjaya hanya selepas pengumuman atau peristiwa besar. Namun dalah sangat-sangat disyorkan untuk tidak membuka posisi terlalu pantas selepas peristiwa berlaku kerana anda masih belum boleh melihat ke mana harga akan pergi. Sebagai contoh, junaman tajam pada pasaran ekuiti mengakibatkan kenaikan harga emas. Justeru, anda boleh buka posisi long.

Strategi perdagangan fundamental: korelasi

Emas mempunyai korelasi negatif yang kuat dengan dolar AS, dan ini bukanlah satu rahsia. Ini bererti emas dan dolar AS bergerak dalam arah bertentangan. Signal beli unutk emas bererti signal jual untuk USD dan begitu juga sebaliknya. Satu perkara yang harus diketahui, salah satu dari mereka terbentuk lebih awal dari yang lain dan anda boleh gunakan peluang ini untuk membuat keuntungan.

Berikut adalah strategi untuk berdagang Emas menggunakan korelasinya dengan USD.

  • Pertama sekali, buka carta harga emas dan juga carta pasangan matawang USD (contohnya, USD/JPY) di platform anda. Kedua-dua carta perlu menggunakan rangka masa (timeframe) yang sama, misalnya H1.
  • Kedua, tentukan aras sokongan dan rintangan utama pada kedua-dua carta dan tunggu penembusan berlaku. Sebagai tambahan, lihat pada pembentukan candlestick untuk mengetahui arah gerakan harga seterusnya yang boleh berlaku.

Sila maklum, adakalanya anda boleh menemui garisan rintangan pada carta USD/JPY, tetapi tidak dapat cam sebarang garisan sokongan yang jelas pada carat Emas. Namun, penembusan garisan rintangan pada carta USD/JPY akan diikuti dengan signal jual pada carta Emas. Justeru, jika USD kuat di USD/JPY, ia akan memberikan signal jual pada Emas.

1-1.jpg

1-2.jpg

Pada carta H! USD/JPY, candlestick bearish terbentuk. Ia memberikan signal yang kuat untuk beli Emas. Jika pedagang ambil peluang ini, dia boleh membuat keuntungan yang baik dengan kenaikan harga Emas.

Dari satu sudut yang lain, emas mempunyai korelasi positif dengan AUD/USD. Australia terkenal sebagai salah satu pengeluar emas terbesar di dunia. Itulah sebabnya Bank Rizab Australia perlu menjaga keseimbangan rizab emas. Emas bertindak balas terhadap data fundamental Australia atau perubahan dasar monetari yang dibuat oleh Bank Rizab Australia. Dalam gambar di bawah, potongan kadar faedah pada tahun 2016 menyebabkan penjualan emas.

2.jpg

Strategi perdagangan bermusim

Pergerakan harga emas terkorelasi dengan pola musim. Emas boleh menjadi lebih kuat sewaktu musim tertentu dalam tahun kalendar, dan ia lebih lemah dalam musim yang lain. Tambahan lagi, tempoh ini berulang-ulang setiap tahun dengan pola yang sama. Emas cenderung meningkat pada suku tahun pertama suatu tahun dan juga pada beberapa bulan di penghujung tahun.

 3.jpg

  • Langkah pertama adalah untuk membeli emas pada bulan-bulan ketika mana harga Emas cenderung meningkat. Ia selalunya berlaku di permulaan tahun (Januari dan Febuari).
  • Tunggu untuk pengesahan, berdasarkan angka-angka teknikal, osilator (MACD, RSI) dan bentuk candlestick untuk kebarangkalian terjadi penyongsangan
  • Jika emas mengikut pola musim pada Januari, buka posisi long
  • Ambil untung sebelum penghujung Febuari. Ingat, jika Emas telah mengikut pola bermusim pada bulan pertama, kitaran musim cenderung untuk berterusan. Berdasarkan pola bermusim, Mac adalah bulan paling buruk untuk berdagang emas, jadi lebih baik untuk tutup posisi anda awal-awal.

Tip: Jika harga spot untuk emas dipaparkan di carta sekitar jam 10:30 dan 15:00 GMT selepas pelbagai lelongan dibuat oleh pelbagai pemain besar industri emas. Kebanyakan pedagang buka atau tutup posisi mereka dalam tempoh ini. Inilah sebabnya adalah dicadangkan untuk berdagang emas dalam julat masa ini.

Kesimpulan

Sifat unik emas menuntut pendekatan yang khusus digunakan. Anda boleh menggunakan sama ada strategi korelasi atau strategi perubahan musim. Namun ingat, ambil kira sekali semua faktor yang boleh memberi kesan kepada harga emas. Ini akan menjauhkan anda dari risiko dan menjadikan perdagangan anda lebih menguntungkan.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.