Mengapakah Pedagang Memerlukan Analisis Teknikal?

TRFNEW-1230 Why Traders Need Technical Analysis_642x361-1.png

Sejak dari pembukaan akaun perdagangan, setiap pedagang mempunyai soalan yang sama dalam minda mereka: kemanakah harga saham akan pergi? Adakah ia akan menaik, menurun, atau kekal di tempat sama? Jawapan kepada soalan ini terdapat pada analisis pasaran. Terdapat dua jenis analisis: fundamental dan teknikal. Artikel ini akan membincangkan analisis teknikal dengan terperinci dan terokai cara-cara untuk mengaplikasikannya pada perdagangan saham.

Bagaimana Cara Berdagang Dengan ChatGPT. Petua Dan Panduan Perdagangan AI

cover.jpg

Kecerdasan buatan dan perdagangan – bagai pinang dibelah dua

Dunia perdagangan telah mengalami transformasi yang ketara beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan teknologi baharu, kini pedagang boleh menganalisis trend pasaran dan membuat keputusan bermaklumat dengan lebih mudah dan pantas. Satu daripada teknologi yang telah direvolusikan ialah Kecerdasan Buatan (AI). AI telah membolehkan pedagang memproses jumlah data yang sangat besar dengan pantas dan berkesan, ini dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk membuat keputusan dengan lebih baik dan meningkatkan keuntungan.

Apakah itu Indeks Big Mac?

1_642x361_cover.png

Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi kononnya ia makanan rapu, Big Mac tetap dikenali dan disukai oleh orang ramai di serata dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Big Mac juga merupakan satu indikator ekonomi?

Baca artikel ini untuk belajar berkenaan Indeks Big Mac, apakah maksudnya, bagaimana ia dicipta, dan bagaimana cara anda menggunakannya dalam perdagangan.

Perdagangan Algoritma: Cara Untuk Berdagang Seperti Pro Sejati

cover.png

Apabila anda telah memperoleh lebih banyak pengalaman dalam perdagangan dan mempelajari cara untuk berdagang dengan jayanya, anda mungkin merasakan sudah tiba masanya untuk anda membawa perdagangan anda ke peringkat seterusnya dan mendapatkan lebih banyak keuntungan. Berita baiknya, terdapat banyak cara untuk mencapai matlamat ini, dan salah satunya ialah perdagangan algoritma. Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apa itu perdagangan algoritma, cara ia berfungsi dan perkara yang perlu dilakukan untuk menetapkan strategi ini dan menggandakan keuntungan anda.

Scam Perdagangan Forex: Beringat Sebelum Kena

Cover.png

Pernah merasai keterujaan menggunakan kesempatan mengaut keuntungan dalam perdagangan Forex? Ia sememangnya dunia yang mengasyikkan, tetapi di sebalik janji keuntungan segera, dunia ini juga ada sisi-sisi gelap di mana ada mata-mata yang sentiasa mengintai anda. Bayangkan ini: anda menceburi pasaran Forex, tidak sabar-sabar untuk membuat wang anda bekerja untuk anda, dan anda mendapati diri anda terperangkap dalam sesawang tipu daya.

Scammer adalah pakar penyamaran, mengaburi akal mangsanya, menganyam skim-skim rumit yang tampak terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Mereka menarik minat mangsa dengan prospek keuntungan yang menggunung atau strategi yang eksklusif, menjerat pedagang dan pelabur yang tidak menaruh curiga dan waspada. Dan sebelum anda menyedarinya, wang yang anda perolehi dengan susah payah lenyap tanpa kesan.

Artikel ini menerangkan tentang dunia scam Forex yang berbahaya, mendedahkan taktik fraud yang paling biasa dan melengkapkan anda dengan pengetahuan tentang cara untuk menghindarinya.

Bagaimana Cara Berdagang dengan Pola Megaphone?

CREATIVE-434 How to Trade Megaphone Patterns__1200x675_1_cover.png

Apakah itu pola megafon?

Pola megafon (megaphone pattern) ialah pola carta yang terbentuk apabila pergerakan harga jadi meruap. Ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua puncak yang lebih tinggi (higher highs) dan dua lurah yang lebih rendah (lower lows) yang terbentuk daripada lima swing yang berbeza. Setiap swing adalah lebih besar daripada yang sebelumnya, dan puncak yang lebih tinggi and lurah yang lebih rendah boleh disambungkan oleh dua garisan trend mencapah yang menyerupai bentuk megafon yang menjadi nama pola itu.

Pastikan diri anda dimaklumkan dengan baik dengan FBS

Pic_1_642х361_cover.png

Baru-baru ini, kami telah menerima banyak emel pertanyaan daripada para pelanggan kami. Permintaan yang paling kerap adalah untuk menghantar semula emel yang mengandungi maklumat penting dan kemas kini terbaru.

Seperti yang anda ketahui, komunikasi pemasaran sering kali berakhir di folder spam. Artikel hari ini ditulis untuk membantu anda menangani isu ini. Selepas membaca maklumat di bawah, anda akan tahu bagaimana caranya untuk mengikuti perkembangan terbaru dengan berita dagangan terkini.

Kesan Halo dalam Perdagangan

cover.png

Mungkin anda pernah mendapati diri anda berpendapat bahawa melabur dalam sebuah syarikat tertentu adalah satu keputusan yang bagus lantaran reputasinya yang cemerlang dan mantap, bukan kerana anda sudah membuat kajian mengenai produk syarikat tersebut dan keseluruhan pasaran dari perspektif syarikat tersebut. Jika ya, ketahuilah bahawa anda pernah mengalami sendiri kesan halo.

Kesan halo ialah kecenderungan kongnitif (congnitive bias) yang menyebabkan rasa berat sebelah terhadap seseorang, sesuatu proses atau perkara lain berdasarkan karakteristik khusus yang mengkagumkan kita. Kesan halo ialah satu mindset yang stereotaip apabila kita menganggap suatu aspek sebagai fundamental, yang seterusnya menjadi faktor penentu yang membentuk persepsi keseluruhan.

Dalam artikel ini kami akan merungkai teras kesan halo dan bagaimana ia mempengaruhi perniagaan dan perdagangan. Khas untuk para pembaca, kami telah menyediakan contoh-contoh informatif tentang kesan halo, mengapa ia mungkin berbahaya dan cara untuk mengatasinya.

Tempat Terbaik Untuk Melaburkan Wang pada 2024

Tempat Terbaik Untuk Melaburkan Wang pada 2024_ FBS Blog.png

Cara Bijak Untuk Melaburkan Wang Anda pada 2024

Di dunia di mana ombak ekonomi sentiasa berubah dan inovasi menggemparkan membentuk masa depan kami, landskap pelaburan memerlukan golongan pelabur baru yang celik teknologi. Zaman strategi tetap dan metodologi yang lapuk sudah berlalu. Kini masanya untuk mengambil pendekatan yang lebih dinamik, fleksibel dan termaklum untuk mengusahakan wang anda.

Inovasi teknologi dengan kemajuan berterusan dalam kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan keselamatan siber, memacu pertumbuhan. Tenaga boleh diperbaharui dan hartanah menawarkan peluang pelaburan yang mengujakan. Pasaran potensi tinggi seperti matawang kripto dan ETF semakin popular. Jadi, apakah tempat terbaik untuk melabur wang pada tahun 2024? Teruskan membaca untuk ketahui di mana untuk melaburkan wang tahun ini.

10 Pedagang Terhebat Sepanjang Zaman

cover.png

Mari berehat sebentar daripada menelaah carta dan jom baca tentang pedagang-pedagang terhebat dunia yang telah mempengaruhi pasaran dan meninggalkan kesan yang besar dalam sejarah perdagangan.

Kejayaan para pedagang tidak semuanya mudah, dan begitu jugalah tentang ratusan kerugian yang telah dialami pada masa lalu. Kehidupan mereka diwarnai oleh kejayaan dan drama serta dikelilingi oleh wang, spekulasi, dan kekayaan.

Kami telah menyediakan senarai nama penggerak pasaran yang paling terkenal, termasuk pedagang-pedagang legenda dalam sejarah dan pedagang-pedagang moden pada masa kini. Belajar dari kesilapan, berfikir ke hadapan dan bersikap fleksibel telah membantu mereka menjadi pedagang yang berjaya. Oleh itu, baca artikel ini untuk menginspirasikan diri anda agar bersemangat mencapai sesuatu yang besar.

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.