Analisis Teknikal

Baca artikel ini di laman web FBS

Analisis teknikal untuk pemula baru

Di dalam seksyen bahan pendidikan ini, anda akan menemui maklumat yang paling komprehensif dan bermanfaat berkenaan perkakas-perkakas TA (Technical Analysis). Anda akan belajar tentang analisis teknikal dan mengetahui lebih mendalam tentang trend dan indikator. Memahami logik dan perkakas Analisis Teknikal adalah kunci kejayaan dalam perdagangan.

Analisis Teknikal (TA) adalah kaedah meramalkan prestasi harga aset di masa hadapan (dalam konteks kita, harga pasangan matawang) berdasarkan prestasi harga di masa lampau.

Dengan perkataan lain, penganalisis teknikal mengkaji carta kewangan untuk menentukan apa yang akan berlaku pada harga kelak.

Tidak seperti analisis fundamental yang berkisar tentang “nilai” suatu aset, analisis teknikal hanya berminat dengan harga, volum dan lain-lain maklumat pasaran. Sebilangan pedagang menggunakan sama ada hanya analisis teknikal atau hanya analisis fundamental sahaja, sementara yang lain pula menggabungkan kedua-duanya untuk membuat keputusan perdagangan.

TA berkembang berasaskan Teori Dow, suatu pendekatan penganalisisan carta yang dicadangkan oleh Charles Dow (1851–1902), pengasas bersama Dow Jones and Company dan editor pertama The Wall Street Journal. Satu lagi sumbangan besar terhadap analisis teknikal datang dari Jepun, di mana suatu jenis carta tertentu telah digunakan untuk menjejak harga beras sejak 1600an lagi.

Baca analisis teknikal pasaran dari para penganalisis FBS setiap minggu

Ada tiga andaian (assumptions) utama yang menunjangi analisis teknikal:

  1. Pasaran mengambil kira semua perkara (the market discounts everything). Para penganalisis teknikal percaya bahawa harga suatu aset sudah pun mencerminkan semua maklumat yang relevan mengenainya, termasuk pelbagai faktor ekonomi dan psikologi pasaran. Hasilnya, untuk membuat ramalan tentang harga pasaran di masa hadapan, kita hanya perlu menganalisis carta sahaja.
  2. Harga bergerak di dalam trend. Menurut analisis teknikal, dinamik pasaran ada ritmanya yang tertentu, ada aturannya sendiri. Pergerakan harga mempunyai kecenderungan (naik, turun, atau adakalanya mendatar) yang dipanggil trend. Adalah perlu untuk menganalisis pasaran dengan tujuan yang spesifik iaitu untuk mencari trend. Jika trend ada, harga lebih berkemungkinan untuk terus bergerak sejajar dengan trend tersebut, daripada berubah arah. Asumsi ini dijadikan asas untuk banyak strategi perdagangan.
  3. Sejarah cenderung berulang. Adalah dipercayai bahawa gerakan harga di masa silam akan menjelma semula di masa semasa dan di masa hadapan. Ia terjadi kerana pedagang cenderung untuk bertindak balas terhadap perkara-perkara tertentu yang mereka lihat di carta, sama seperti tindak balas psikologikal dan emosional. Pola-pola gerakan tertentu boleh dicerap terbentuk di carta dan kita boleh menjangkakan bahawa pola ini akan terbentuk lagi pada masa akan datang dan mencetus aksi harga yang sama seperti yang telah terjadi di masa lalu. Kesimpulannya di sini, carta bagi harga di masa silam harus dikaji agar kita boleh membaca petanda-petanda untuk gerakan harga di masa yang akan datang.

Analisis teknikal melibatkan kajian aksi harga serta penggunaan perkakas dan indikator teknikal. Istilah “aksi harga” merujuk pada gerakan yang dilakukan oleh harga. Perdagangan aksi harga bermaksud anda mencari petunjuk sama ada untuk membeli atau menjual berdasarkan hanya harga yang anda lihat di carta. Biasanya dengan kaedah ini, pedagang tidak menggunakan indikator teknikal atau memberikan sebarang penekanan pada indikator dalam proses membuat keputusan anda. Jika anda berasa lebih yakin berdagang menggunakan indikator – teruskan sahaja! Ada banyak perkakas yang boleh membantu anda bila berdagang.

  • Pertama sekali, pertimbangkan untuk melukiskan garisan trend dan aras-aras rintangan/sokongan di carta anda. Garisan trend akan membantu anda melihat arah utama pergerakan harga aset dengan lebih baik. Aras-aras rintangan dan sokongan akan mengenal pasti “magnet” yang menolak dan menarik harga, dan di aras ini harga lebih cenderung untuk berpatah balik atau mengukuh (menstabil).
  • Yang kedua, kita ada indikator. Di MetaTrader, indikator dibahagikan kepada empat kumpulan utama: trend, osilator, volum, dan osilator Bill Williams.

Analisis teknikal untuk pasaran kewangan

Ilmu pengetahuan tentang analisis teknikal adalah amat penting jika anda mahu menjadi pedagang profesional di dalam pasaran forex. Analisis teknikal Forex memerlukan pemahaman trend, aras-aras penting, carta, pola candlestick, dan osilator. Peminat analisis teknikal percaya, walaupun anda bermasalah dengan analisis fundamental dan keliru dengan semua berita yang keluar sepanjang hari, analisis teknikal forex akan sentiasa dapat membantu, kerana harga pasaran sudah mengambil kira semua faktor.

Analisis teknikal untuk pasaran saham

Sekiranya anda berdagang saham, teknik analisis teknikal yang canggih akan turut membantu anda di segmen juga. Oleh kerana masa perdagangan terhad, harga saham sering membentuk senggang (gap) pada carta. Analisis teknikal saham mengajarkan cara-cara untuk menanganinya dan memperoleh hasil yang sukses. Satu lagi perkara yang penting adalah analisis teknikal trend saham. Ini mengenal pasti trend utama saham dan membantu memastikan anda tetap berada di atas landasan walaupun pembetulan berlaku secara tiba-tiba.

Mula berdagang

2023-02-06 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.