CCI (Commodity Channel Index)

Baca artikel ini di laman web FBS

Donald Lambert telah membangunkan Commodity Channel Index (CCI). Perkataan komoditi pada nama indikator nampak seperti ia hanya boleh digunakan untuk analisis komoditi, seperti minyak atau emas. Tetapi indikator ini juga boleh digunakan untuk menganalisis dan membuat keputusan untuk aset yang lain. Mari kita fahami cara ia berfungsi.

Bagaimana Cara Untuk Mengira Indikator CCI?

CCI ialah indikator bagi kelajuan perubahan harga. Pengiraannya sama seperti pengiraan sisihan purata (average deviation) dalam analisis statistik.

Indikator CCI dikira menggunakan formula berikut:

Bagaimana Cara Memasang Indikator CCI?

Untuk memasang indikator Commodity Channel Index pada carta MetaTrader, pilih

Insert -> Indicators -> Oscillators -> Commodity Channel Index

Seperti yang kita sedia maklum, osilator ini terdiri daripada garisan indikator, yang bergerak di antara dua zon - terlebih beli (paras melebihi 100) dan terlebih jual (paras di bawah -100).

Tetapan lalai untuk bagi indikator ini ialah 14 tempoh.

Pencipta indikator ini, Donald Lambert, mengesyorkan untuk menggunakan tetapan 20 tempoh.

Bagaimana Commodity Channel Index Berfungsi?

Garisan CCI melintasi aras-aras sempadannya

Jenis signal yang pertama dan paling penting daripada indikator tersebut ialah, sudah tentu, kemasukan garisan CCI ke zon terlebih beli (di atas +100%) atau terlebih jual (di bawah -100%).

CCI tergolong dalam kategori indikator yang langka (ganjil, jarang-jarang ditemui), tafsirannya juga agak berbeza. Sesetengah penganalisis mempercayai bahawa indikator CCI memberi signal apabila ia meninggalkan zon terlebih beli/terlebih jual.

Sebagai contoh, jika CCI keluar dari zon terlebih jual (-100%), ia adalah signal untuk membuka dagangan menaik (beli).

Dan jika CCI keluar dari zon terlebih beli (+100%), ia adalah signal untuk membuka dagangan menurun (jual).

Beberapa penganalisis teknikal serta Lambert sendiri mencadangkan agar indikator ini ditafsir secara berbeza.

Apabila indikator melintasi garisan +100% ke atas - sudah tiba masanya untuk membuka posisi long.

Apabila indikator melintasi garisan sempadan ke bawah - sudah tiba masanya untuk membuka posisi short.

Seperti yang anda lihat, beberapa signal palsu tersebut telah terputus. Oleh itu, pendekatan kedua adalah lebih tepat.

Dalam Ensiklopedia Indikator Pasaran Teknikal (Encyclopedia of Technical Market Indicators), Robert Colby mengesyorkan untuk menggunakan Zero CCI. Ini adalah persilangan indikator CCI dengan garisan sifarnya. Poinnya ialah garisan CCI telah berada dalam zon di antara -100% dan 100% untuk masa yang agak lama, yang menjadikannya mustahil untuk menggunakan indikator untuk pembukaan urusniaga.

Zero CCI menganggap bahawa pedagang boleh melukis garisan sifar secara bebas pada carta dan menggunakan pendekatan yang berikut:

Posisi long dibuka apabila garis indikator CCI menyilangi aras sifar ke atas.

Posisi short dibuka apabila garis indikator CCI menyilangi aras sifar ke bawah.

Capahan (Divergence)

Jenis signal yang kedua, tidak begitu menonjol tetapi boleh juga digunakan dalam perdagangan - adalah capahan (divergence) antara pergerakan indikator dan carta harga.

Sebagai contoh, jika indikator menaik semasa harga jatuh - ia menunjukkan penyongsangan harga mungkin akan berlaku.

Ini bukan signal yang jelas. Walau bagaimanapun, ia hanya membayangkan perubahan dalam trend.

Penembusan garisan trend CCI

Seperti harga, garisan CCI juga boleh dianalisis. Sebagai contoh, anda boleh melukiskan garisan trend untuk garisan CCI itu sendiri.

Jika garisan CCI menembusi garisan trend ke atas, ia memberi signal untuk membuka posisi long.

Jika CCI menurun dan menembusi garisan trend ke bawah - ini adalah signal untuk membuka posisi short.

Kesimpulan

Commodity Channel Index ialah indikator yang berkesan dan boleh digunakan pada rangka masa panjang dan pendek.

Mula berdagang

2023-07-13 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.