Titik Pivot

Baca artikel ini di laman web FBS

Anda membuka dagangan tapi tidak pasti di aras mana untuk menutupnya. Adakah ini biasa didengar?

Biasanya, pemilihan aras sasaran melibatkan banyak kesubjektifan. Itulah sebabnya ramai pedagang menggunakan indikator untuk menentukan aras sasaran yang lebih universal. Salah satu cara paling mudah untuk melakukan perkara ini ialah menggunakan Pivot Points. Artikel ini memperkenalkan anda kepada Pivot Points dan menggunakannya dalam perdagangan. Pada akhir artikel ini, anda boleh memuat turun indikator Pivot Points yang benar-benar berfungsi untuk MT5 yang dibangunkan secara eksklusif untuk para pedagang FBS.

Apakah itu Pivot Points?

Pivot Points (Titik Pivot) ialah aras-aras sokongan dan rintangan penting yang dibuat dengan pengiraan-pengiraan khusus. Ianya telah dibangunkan oleh pedagang-pedagang profesional di Wall Street (ahli-ahli bursa yang melaksanakan transaksi dari tingkat bursa secara eksklusif untuk akaun mereka) untuk menetapkan aras-aras utama. Pedagang-pedagang ini sudah biasa mengadaptasi dengan cepat kepada perubahan-perubahan jangka pendek dalam pasaran.

Pada permulaan sesi perdagangan, mereka melihat harga tinggi, rendah dan harga penutupan hari sebelumnya untuk mengira Titik Pivot untuk hari perdagangan semasa. Kemudian, mereka mengira dua aras sokongan dan dua aras rintangan. Aras-aras tersebut digunakan untuk perdagangan intrahari. Ini dikenali sebagai sistem 5 titik tradisional.

Bagaimanakah cara mengira Titik Pivot?

Kita akan melihat formula-formula klasik untuk mengira Titik Pivot. Titik Pivot (PP) yang utama adalah pivot tengah. Pivot tengah adalah aras sokongan/rintangan yang utama. Ini bermakna harga dijangka terapung di sekitar aras ini pada kebanyakan masa. Ini adalah asas untuk semua aras-aras pivot yang lain.  

Titik Pivot dikira seperti berikut:

Titik Pivot (PP) = (Tinggi + Rendah + Tutup)/3

Peraturan di sebalik pengiraan ini mudah: kita mengambil jumlah harga tinggi, rendah dan tutup semalam dan bahagi tiga.

Sokongan 1 (S1) = (PP x 2) – Harga Tinggi Sebelumnya;

Sokongan 2 (S2) = PP – (Harga Tinggi Sebelumnya – Harga Rendah Sebelumnya);

Rintangan 1 (R1) = (PP x 2) – Harga Rendah Sebelumnya;

Rintangan 1 (R1) = PP + (Harga Tinggi Sebelum – Harga Rendah Sebelum).

Sistem 5 titik klasik ialah salah satu daripada beberapa cara untuk mengira Titik Pivot. Terdapat juga Titik Pivot Woodie, Camarilla dan Fibonacci. Mereka menggunakan formula-formula yang berbeza untuk pengiraan aras.  

Pemilihan tempoh 

Aras Titik Pivot berubah bergantung pada tempoh yang anda pilih. Terdapat Titik Pivot harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

Biasanya, kami menggunakan pivot harian untuk berdagang pada M30 dan rangka masa intrahari yang lebih pendek. Ia menggunakan harga tinggi, rendah dan tutup hari sebelumnya. Angka-angka itu dikemaskini setiap hari.

Kami menggunakan Titik Pivot mingguan pada carta H1, H4 dan D1. Untuk mengira aras-aras ini, tinggi, rendah dan tutup minggu sebelumnya digunakan. Sila maklum bahawa ianya tidak berubah sehingga minggu berikutnya bermula.

Pada carta mingguan, kami syorkan agar anda menggunakan pivot bulanan. Ia mengumpulkan data dari bulan sebelumnya.

Jika anda menganalisis carta bulanan, anda mungkin boleh menggunakan pivot tahunan. Ia menggunakan tinggi, rendah dan tutup tahun sebelumnya.

Kegunaan Titik Pivot

Terdapat banyak strategi untuk menggunakan Titik Pivot oleh para pedagang. Mari kita lihat strategi yang paling kerap digunakan.

Sokongan dan rintangan

Titik Pivot boleh digunakan sebagai aras sokongan dan rintangan tradisional. Pedagang Forex yang gemar mensasarkan pergerakan harga di dalam julat (rangebound) membuat pesanan beli berhampiran aras sokongan yang sudah dikenal pasti dan pesanan jual berhampiran rintangan.

  • Jika harga bergerak ke arah aras rintangan, anda boleh meletakkan pesanan tertangguh sell limit dan renti rugi tidak jauh di atas rintangan.
  • Jika harga bergerak ke arah aras sokongan, anda boleh meletakkan buy limit dan renti rugi di bawah sokongan.

Ingat bahawa aras sokongan menjadi aras rintangan jika harga berada di bawahnya, dan aras rintangan menjadi aras sokongan jika harga berada di atasnya.

Aras-aras penting

Pedagang Forex yang menyasarkan penembusan (breakout) menggunakan Titik Pivot untuk mengenal pasti aras kritikal untuk kebarangkalian penembusan. Jika harga melepasi aras-aras ini, pedagang menantikan arah harga yang akan datang.

  • Jika anda melihat trend bullish yang kuat, anda boleh menunggu sehingga pasangan itu memecahkan rintangan pertama. Sebaik sahaja pasangan itu menembusinya, anda boleh membuka posisi beli dan meletak Ambilan Untung pada aras rintangan seterusnya. Jangan lupa tentang Renti Rugi. Renti Rugi harus diletakkan di bawah rintangan pertama. Walau bagaimanapun, jika harga terus naik, anda boleh pindahkan Renti Rugi anda secara manual.
  • Jika anda melihat harga itu menembusi sokongan, anda boleh mula menjual pasangan itu. Ambilan Untung akan terletak pada aras sokongan berikutnya, dan Renti Rugi harus diletakkan di atas sokongan yang ditembusi oleh pasangan itu. Anda juga boleh memindahkan Renti Rugi jika anda melihat lanjutan pergerakan menurun.

Berhati -hati dengan strategi ini, kerana sukar untuk menentukan sama ada ianya penembusan tulen atau palsu. Lonjakan (spikes) biasanya berlaku ketika peristiwa penting, jadi terus ikuti berita terkini dan ketahui apa yang sudah tersenarai di kalendar ekonomi untuk hari atau minggu itu.

Trend Pasaran

Pivot boleh membantu mengenal pasti trend pasaran keseluruhan.

Jika harga menembusi bahagian atas Titik Pivot, ia adalah petanda bahawa terdapat ramai pembeli di pasaran tersebut dan anda harus mula membeli pasangan itu. Harga di bawah Titik Pivot menandakan sentimen menurun dan penjual mempunyai kelebihan untuk sesi perdagangan tersebut.

Sesi-sesi pasaran

Satu lagi perkara penting untuk diketahui adalah berkaitan dengan waktu pembukaan pasaran.

Seperti yang kita ketahui, pasaran Forex beroperasi 24 jam sehari. Terdapat empat sesi pasaran: Australia, Jepun, UK, dan AS. Anda boleh mencari anggaran masa bagi setiap satunya di laman masa sesi perdagangan.

Apabila salah satu pasaran dibuka, terdapat kemungkinan yang besar untuk menembusi Titik Pivot kerana ramai pedagang memasuki pasaran secara serentak. Apabila pasaran AS ditutup dan pasaran Asia dibuka, harga mungkin akan terus stabil selama beberapa jam di antara Titik Pivot dan sama ada pada sokongan atau rintangan. Ini memberi peluang kepada pedagang-pedagang rangebound.

Muat Turun Titik Pivot untuk MT5

Set standard indikator Metatrader tidak mempunyai indikator Titik Pivot. Oleh itu, FBS membangunkan satu alat yang hebat untuk membantu pedagang FBS - Titik Pivot untuk MT5.

Anda boleh muat turun Titik Pivot untuk MT5 di sini. Kata laluan untuk memuat turun ialah yBQAEq9tem

Untuk memasang Titik Pivot ke platform perdagangan anda, buka MetaTrader dan klik File – Open a Data Folder.

Letakkan fail mq5 anda ke dalam folder ini dan lancarkan semula MetaTrader. Anda boleh memasukkan penunjuk baru ke carta dengan mengklik Insert – Indicators – Custom.

Itu sahaja! Sekarang, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya indikator itu dalam MetaTrader 5.

Dalam bar "Inputs", anda boleh menetapkan rangka masa untuk Titik Pivot. Anda boleh laraskan pembolehubah ini nanti dalam tetapan.

Kesimpulannya, Titik Pivot berguna untuk pedagang dengan pelbagai cara yang berbeza. Anda boleh menggunakannya secara sendirian atau gabungkan dengan indikator-indikator lain. Pilihan kedua membolehkan anda menghasilkan dan mengamalkan strategi perdagangan unik anda.   

Muat Turun Titik Pivot

Mula berdagang

2023-05-09 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.