Bagaimana cara membaca kunci kira-kira untuk dagangkan saham

Baca artikel ini di laman web FBS

Jika anda sudah pun melabur dalam saham atau baru berniat untuk melakukannya, adalah penting untuk anda memahami bagaimana cara membaca lembaran kunci kira-kira. Selepas anda memperolehi kemahiran ini, anda akan dapat melabur dalam saham bukan berdasarkan gerak hati tetapi dengan cara yang profesional. Anda akan mengetahui cara-cara mendapatkan nilai sebenar suatu syarikat dan meramalkan potensinya.

Kunci Kira-Kira dan Penyata Kewangan Lain

Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang kunci kira-kira tetapi sila maklum bahawa ia hanyalah satu dari tiga penyata kewangan yang teras selain dari penyata pendapatan dan penyata aliran tunai. Kesemua yang tersebut adalah rekod bertulis yang mendedahkan prestasi kewangan sesebuah syarikat.

Bagaimana Kunci Kira-Kira Berfungsi

Kunci kira-kira mengetahui segalanya. Ia boleh memberitahu anda jika suatu syarikat itu mempunyai wang yang cukup untuk melabur dalam pembangunannya dan terus berkembang atau jika ia sudah terlalu banyak berhutang. Secara umumnya, kunci kira-kira adalah satu rekod kewangan yang mendedahkan aset-aset syarikat (apa yang sudah menjadi miliknya) dan liabiliti (hutang-hutangnya kepada pihak lain). Ia dipanggil kunci kira-kira kerana setiap sisi mesti setara dengan sisi yang lain. Aset bersamaan dengan liabiliti dan ekuiti pemegang syer. Dalam perkataan lain, apa jua aset yang tidak digunakan untuk membayar liabiliti menjadi milikan pemegang syer.

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemegang Syer

Bahagian-Bahagian Utama Kunci Kira-kira

Aset

Secara amnya, anda akan melihat aset pada bahagian permulaan kunci kira-kira. Ia biasanya terbahagi kepada aset semasa dan bukan semasa. Apa perbezaannya? Aset semasa adalah aset yang boleh ditukar menjadi tunai dalam masa setahun, manakala aset-aset tetap adalah aset yang dianggap sebagai aset jangka panjang yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menentukan nilai penuhnya. Sebagai contoh, aset semasa boleh terdiri daripada akaun belum terima (wang yang belum dibayar oleh pelanggan), inventori, sekuriti yang boleh ditunaikan, dan perbelanjaan prabayar. Aset bukan semasa biasanya mengandungi perkara seperti tanah, harta intelek dan paten.

Liabiliti

Liabiliti biasanya diletakkan selepas aset dalam kunci kira-kira. Seperti aset, ia boleh dibahagikan kepada liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa mengikut logik yang sama. Contoh liabiliti semasa termasuk sewa, cukai, dan upah, manakala liabiliti jangka panjang – pinjaman jangka panjang dan pajakan modal.

Ekuiti

Ekuiti secara asasnya ialah nilai yang tersisa selepas liabiliti ditolak daripada aset. Ekuiti cenderung untuk memasukkan syer pemilikan syarikat dan pendapatan tertahan (pendapatan yang berbaki selepas syarikat membayar dividen).

Di mana boleh anda temui kunci kira-kira?

1. Laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan EDGAR menawarkan semua jenis maklumat tentang kunci kira-kira. Cari syarikat yang anda minati.

 1.png

2. Buka laporan tahunan 10-K.

 2.png

3. Cari seksyen yang bernama 'Kunci Kira-Kira Disatukan' (Consolidated Balance Sheets).

 33.png

Anda akan dapat melihat sesuatu yang seakan-akan sama dengan gambar di bawah.

3.png

Sumber: www.sec.gov

Bagaimana Cara Membaca Kunci Kira-kira?

Kunci kira-kira menyenaraikan tempoh (biasanya setahun) secara vertikal, bersebelahan satu sama lain. Format ini membolehkan para pelabur membandingkan pelbagai tempoh dengan mudah dan menilai situasi kewangan syariakt serta prestasi operasi syarikat berkenaan.

Sebagai contoh, kunci kira-kira Netflix untuk 31 Disember 2020, menyenaraikan aset berjumlah $39.28 juta. Pada tahun 2019, angka yang dicatat adalah $33.98 juta – mereka telah telah memperoleh aset sebanyak $5 juta sepanjang tempoh tersebut.

4.png

Netflix telah meningkatkan liabiliti mereka menjadi $28.2 juta, dari $26.4 juta pada tahun 2019.

5.png

Selepas analisis ringkas ini, pelabur boleh meilhat bahawa Netflix mempunyai aset semasa total sebanyak $9.76 juta dan liabiliti semasa total sebanyak $7.8 juta. Jadi syarikat ini mempunyai lebih dari mencukupi untuk membayar hutang-hutang jangka pendek mereka.

Jika kita bahagikan aset semasa dengan liabiliti semasa, kita akan mendapat nisbah semasa. Angka ini menunjukkan risiko kewangan jangka pendek. Nisbah semasa Netflix adalah 1.25. Sesetengah syarikat mempunyai nisbah semasa (current ratio) yang lebih tinggi atau lebih rendah bergantung pada struktur kewangan mereka. Secara amnya, sesebuah syarikat dengan aset dan hutang harus mempunyai nisbah semasa lebih dari 1 untuk terus terapung..

Nisbah-Nisbah Lain Yang Berguna

Nisbah pantas: (aset semasa - inventori) ÷ liabiliti semasa

Nisbah hutang berbanding ekuiti: jumlah liabiliti / jumlah ekuiti pemegang saham

Nisbah modal kerja: aset semasa - liabiliti semasa

Nilai bersih: jumlah aset – jumlah liabiliti

Apa kaitan perolehan dengan kunci kira-kira?

Anda boleh lihat "Perolehan Tertahan" ("Retained Earnings") di seksyen ekuiti di bahagian bawah kunci kira-kira. Ia maklumat yang penting untuk disemak oleh para pelabur. Bila suatu syarikat meraih modal, ia boleh pilih untuk membayar wang ini kepada pemegang syer sebagai dividen atau untuk menyimpan modal ini untuk dilaburkan dalam aktiviti perniagaannya. Jadi, perolehan tertahan adalah keuntungan silam, ditolak dengan dividen yang telah dibayar oleh sesebuah syarikat di masa lalu.

Kunci kira-kira yang lemah

Untuk mengetahui sekiranya sesebuah syarikat itu mempunyai kunci kira-kira yang lemah, anda perlu mengesan beberapa isu. Apabila firma sedang bergelut dengan masalah, kunci kira-kira mereka biasanya akan mendedahkan beberapa masalah. Sebahagian daripadanya dibentangkan di bawah.

  • Perolehan tertahan yang negatif atau defisit

Perolehan tertahan menunjukkan jumlah pendapatan syarikat ditolak dividen. Ia juga dipanggil lebihan perolehan kerana ia adalah modal rizab, yang boleh digunakan oleh syarikat untuk dilaburkan semula ke dalam perniagaan. Sebagai contoh, Netflix mempunyai perolehan tertahan yang positif.

6.png

  • Ekuiti yang negatif

Jika defisit perolehan tertahan melebihi jumlah modal yang dimiliki oleh syarikat, ia adalah petanda yang tidak baik.

  • Nisbah semasa yang rendah

Jika kita membahagikan aset semasa dengan liabiliti semasa, kita akan mendapat nisbah semasa. Jika kurang daripada 1, ia dianggap rendah.

Kunci kira-kira yang mantap

Nisbah semasa yang tinggi hanyalah satu petunjuk awal bagi kunci kira-kira yang mantap. Di bawah kami nyatakan beberapa nisbah lain yang menandakan kunci kira-kira adalah mantap.

  • Tunai dan pelaburan jangka pendek

Tiada apa-apa lagi yang boleh menunjukkan kemantapan sesebuah syarikat lebih daripada tunai dan pelaburan jangka pendek. Ini bukan sahaja akan menawarkan perlindungan untuk liabiliti semasa tetapi juga membolehkan syarikat mengembalikan nilai kepada pemegang sahamnya.

  • Hutang jangka panjang yang rendah

Gadai janji (mortgage) menjadi salah satu mimpi yang paling mengerikan bagi kebanyakan orang, dan mereka mahu membayarnya secepat mungkin. Syarikat juga tidak terkecuali. Hutang jangka panjang ialah wang yang dipinjam oleh firma dan perlu dibayar balik dalam tempoh lebih daripada satu tahun. Adakalanya, tempoh ini boleh mencecah sehingga 30 tahun!

Syarikat yang mempunyai hutang jangka panjang yang rendah atau sifar boleh dijadikan pilihan yang terbaik untuk melabur. Contohnya ialah PayPal dan Facebook.

  • Aset Tak Ketara

"Tidak ketara" merujuk kepada harta intelek bukan fizikal dan hak-hak yang dimiliki oleh syarikat. Aset-aset ini biasanya tidak memerlukan sebarang kos tambahan selain daripada pembangunan di peringkat awal. Walau bagaimanapun, potensi penduitan (monetization) aset tersebut adalah besar! Contoh hebat aset tidak ketara ialah nama jenama seperti Coca-Cola atau logo seperti Ralph Lauren. Nama jenama itu sendiri boleh membantu penjualan produk lantaran dari kemasyhuran jenama mereka.

Kunci Kira-kira 'Kerja-Kerja Sedang Dijalankan'

Syarikat yang mempunyai kunci kira-kira yang kukuh adalah sesuai untuk pelaburan, tetapi lazimnya syarikat-syarikat ini adalah gergasi pasaran yang tidak menunjukkan pertumbuhan sepesat beberapa syarikat 'muda' kerana ia hampir mustahil untuk dilakukan pada kelajuan tinggi secara berterusan selama-lamanya. Oleh itu, pelabur yang pintar mencari syarikat yang bekerja keras untuk meningkatkan status kewangan mereka. Bagaimana kita boleh mencari syarikat seperti ini? Mudah! Syarikat-syarikat ini mengurangkan hutang mereka tahun demi tahun dan mengumpul tunai dan yang setara dengannya dari semasa ke semasa. Mereka mempunyai apa yang dinamakan kunci kira-kira "kerja-kerja sedang dijalankan" ("work-in-progress" balance sheets).

Kesimpulan

Selepas membaca artikel ini, anda boleh membaca kunci kira-kira dengan mudah dan membezakan sama ada syarikat itu berpotensi untuk berkembang lebih jauh atau tidak. Ia boleh membantu anda membina portfolio pelaburan yang sangat baik!

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.