Forex Factory: laman keramat bagi pedagang Forex

Forex Factory: laman keramat bagi pedagang Forex

2023-01-26 • Dikemaskini

Pedagang "old school" pasti mengenali sumber terulung analisis dan berita Forex – Forex Factory. Ini adalah salah satu laman web terbesar di dunia Forex dan perdagangan dengan komuniti pedagang terbesar dari seluruh dunia. Misi utamanya adalah untuk menyatukan pedagang dan membantu mereka mendapatkan idea perdagangan dan memperoleh lebih banyak pengetahuan. Satu lagi perkara yang baik mengenai Forex Factory ialah ia melawan maklumat yang mengelirukan dan diragui. Fakta dan kejujuran adalah nilai tunjang yang menjadi pegangan Fair Economy Inc., pencipta portal ini.

Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh Forex Factory?

Laman web Forex Factory terbahagi kepada tujuh bahagian: Forum Forex, Urusniaga Forex, Berita Forex, Kalendar Forex, Pasaran Forex, Broker Forex, dan Trade Explorer.

Di Forum Forex, anda boleh menyertai perbincangan mengenai pelbagai topik perdagangan. Di sini, anda dapat mencari pelbagai strategi perdagangan yang sesuai untuk semua jenis pedagang, membincangkan urusniaga perdagangan anda, dan berkongsi pengalaman. Walaupun terdapat banyak bebenang di sana, anda boleh menemui apa sahaja yang anda minati. Komuniti peniaga yang ramah berkonsultasi antara satu sama lain dan membimbing pemula dalam memulakan langkah pertama mereka dalam perdagangan.

1.png

Tetingkap Urusniaga Forex (Forex Trades) memaparkan aktiviti akaun perbrokeran ramai pedagang secara langsung. Di sini anda boleh mendapatkan idea perdagangan untuk aset tertentu. Juga, terdapat streaming feed urusniaga ahli laman web ini dan juga papan pendahulu (leaderboard) untuk mengesan pulangan terbaik bulan ini! Dengan menggunakan sumber yang luar biasa ini, anda bukan sahaja boleh berlatih berdagang tetapi juga memeriksa apakah ramalan anda betul.

2.png

Di bahagian Berita Forex, anda boleh mendapatkan laporan terkini yang amat diperlukan untuk membuat keputusan perdagangan. Sila maklum bahawa semua laporan sentiasa dipantau dan diperiksa oleh pasukan Forex Factory.

3.png

Pasaran Forex mengandungi maklumat mengenai pelbagai instrumen yang dijejak secara langsung dari pelbagai sumber data. Ini memberi akses untuk menganalisis matawang silang dengan logam, (cth. Emas/GBP), tenaga (cth. WTI/EUR), dan matawang kripto (cth. BTC/JPY).

4.png

Bahagian laman web tentang Broker Forex mempunyai senarai broker forex terbaik yang dikawal selia yang bukan penipu forex. Di sini, anda boleh membandingkan broker berdasarkan ibu pejabat mereka, badan pengawal selia, syarat perdagangan, spread masa nyata, dan deposit minimum.

5.png

Lihat siapa yang ada di sini!

Kalendar Forex adalah bahagian yang paling digemari pedagang di laman web ini. Dengan bantuan alat yang hebat ini, anda boleh menemui siaran ekonomi penting, melihat kesannya terhadap pasaran dan ramalan penganalisis. Ia juga menunjukkan data yang paling relevan yang dikemas kini dengan serta-merta.

6.png

Akhir sekali, ada Trade Explorer yang memberi akses kepada pedagang untuk menganalisis prestasi perdagangan mereka. Produk ini berguna untuk memeriksa prestasi silam dan menselaraskan data dengan akaun pembrokeran yang tersambung.

Apakah kelebihan dan kekurangan utama Forex Factory?

Seperti mana-mana platform yang dikhaskan untuk pedagang, Forex Factory mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Di antara kelebihannya yang utama, bagi kami adalah beraneka jenis alat yang disediakan untuk menganalisis pasaran, komuniti pedagang yang unik yang berkongsi strategi mereka dan memberikan idea perdagangan, dan salah satu kalendar Forex terbaik yang boleh anda temui di web.

Mengenai kelemahannya, ia boleh kami katakan reka bentuk yang kuno dan ketiadaan maklumat yang relevan tentang beberapa broker.

Secara keseluruhannya, Forex Factory adalah sumber maklumat yang baik untuk pedagang dan mesti dikunjungi oleh setiap penganalisis kewangan.

Serupa

Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan

Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).

Strategi Perdagangan Momentum
Strategi Perdagangan Momentum

Artikel ini akan menerokai strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan dalam pasaran Forex.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera