Program IB Forex IB: Cara Buat Duit Tanpa Berdagang

cover.png

Umum telah mengetahui jika anda menjadi pedagang Forex, anda perlu membuat untung dengan melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan Forex. Itu sangat jelas. Bagaimanapun, hanya beberapa orang pedagang yang sedar bahawa mereka boleh buat duit walaupun mereka tidak berdagang. Kedengaran pelik bukan? Tetapi ia adalah benar, dan dalam artikel ini, anda akan mengetahui apa itu program IB Forex dan cara anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menyertainya.

3 Amalan Meditasi Terbaik untuk Pedagang Forex

cover.png

Berdagang adalah pekerjaan yang seringkali menstreskan di mana para pedagang harus fokus secara terus-menerus. Ia bukan lagi rahsia bahawa mengikuti teori hanyalah sebahagian daripada perkara yang perlu dilakukan oleh para pedagang untuk berjaya. Kebolehan untuk mengosongkan fikiran mereka daripada fikiran-fikiran yang tidak perlu dan memberi tumpuan sepenuhnya pada tugas mereka juga suatu yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh pedagang profesional. Dan untuk berbuat demikian, ramai pedagang memilih untuk mengamalkan meditasi dan kesedaran minda.

Dalam artikel ini anda akan belajar tentang kepentingan meditasi dalam perdagangan, amalan meditasi yang paling berkesan untuk para pedagang, dan bagaimana sebenarnya meditasi boleh membantu anda memperbaiki diri sebagai seorang pedagang.

Cara Untuk Mengelakkan Overtrading

cover.png

Dalam Forex, apabila pedagang mula membeli dan menjual matawang dengan berlebihan serta tidak menghiraukan strategi mereka, ini bermakna mereka sudah overtrading atau berdagang secara berlebihan. Overtrading sangat bahaya kerana ia kerap terjadi apabila pedagang terperangkap dalam emosi mereka dan tidak boleh membuat keputusan dengan rasional. Ia sangat berbahaya kepada pedagang amatur yang masih belum mengetahui had atau batasan mereka.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang sebab utama di sebalik keadaan ini, tanda-tandanya dan bahaya overtrading dalam Forex serta cara untuk menghalangnya daripada terjadi.

15 Pola Carta Saham Paling Penting

cover.png

Apabila anda berdagang saham, penggunaan analisis teknikal boleh membantu anda melihat sebarang peralihan dalam pasaran. Pola carta adalah suatu yang anda boleh gunakan sebagai sebahagian daripada analisis teknikal anda. Ia muncul pada carta harga dan menunjukkan ke arah mana pasaran mungkin bergerak dan di mana anda boleh masuk atau keluar dari pasaran.

Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda apakah itu pola carta sebenarnya, bagaimana anda boleh menggunakannya dalam perdagangan anda, dan ketahui tentang 15 pola carta saham yang paling penting yang akan membantu anda dalam perdagangan anda.

Kuasa Paper Trading: Pendekatan Simulasi Untuk Menguasai Pasaran

cover.png

Perdagangan di pasaran kewangan adalah sesuatu yang mencabar dan merumitkan. Anda perlu menguasai pelbagai alatan dan teknik. Pedagang yang kurang berpengalaman berkemungkinan menghadapi kesukaran semasa mula-mula bergiat dalam live trading, termasuk pelaksanaan urusniaga, pengurusan risiko, pembangunan strategi dan pengawalan emosi. Menangani isu-isu ini di bawah tekanan akibat pasaran yang sentiasa berubah semasa perdagangan nyata adalah sesuatu yang mahal dan meresahkan. Pedagang yang berpengalaman tidak terkecuali: mereka juga mengalami risiko kerugian yang tinggi semasa menguji idea baharu dengan akaun perdagangan sebenar.

Mujurnya terdapat satu penyelesaian yang menyediakan persekitaran bebas risiko kepada pedagang untuk menguji strategi dan meningkatkan kemahiran perdagangan mereka: "paper trading".

Artikel ini menerokai konsep perdagangan maya dan peranannya dalam dunia kewangan. Pedagang baharu mahupun profesional patut memahami tentang paper trading dan menggunakan mekanisme unik ini untuk meraih kejayaan.

Psikologi Pedagang: Bagaimana Cara Untuk Menangani FOMO?

cover.png

Pernahkah anda terperangkap dalam situasi di mana anda berasa cemas kerana takut terlepas peluang perdagangan tertentu? Jika ya, anda harus mempelajari cara bagaimana untuk mengatasinya. Jika tidak, lebih baik anda terokai isu ini sekarang kerana sesal kemudian tidak berguna. Artikel ini menggariskan teras sindrom FOMO dalam perdagangan, bagaimana ia mengganggu kerjaya perdagangan anda, dan nasihat-nasihat untuk mengatasinya.

Bunga kompaun dalam trading: cara menggunakannya untuk mengembangkan deposit anda

Compound Interest.png

Pendahuluan

Orang sering menganggap trading seperti acara pecut. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan perkara dalam kehidupan, trading sebenarnya lebih seperti maraton di mana kemenangan bergantung pada kesabaran, strategi, dan keupayaan untuk bertahan lama.

Sesetengah orang berurusniaga dengan huru-hara dan cuba untuk “mengalahkan pasaran.” Mereka adakalanya boleh mendapat puluhan ribu dalam satu hari. Pada masa yang sama, orang lain bekerja keras untuk menilai setiap urusniaga dan membina modal mereka secara beransur-ansur. Perbezaan antara dua pendekatan ini membezakan trader yang berjaya daripada “penjudi.”

Walaupun seseorang trader itu bekerja berdasarkan strateginya, seorang penjudi cuba untuk membawa pulang “semua wang yang ada di dunia” tetapi pada kebanyakan masa beliau rugi dan tidak mempunyai apa-apa lagi.

Artikel ini akan membincangkan strategi trading yang akan membantu anda memenangi maraton ini dan mengubah pemahaman keseluruhan anda tentang trading di pasaran kewangan.

Dua Cara Untuk Menang Dalam Perdagangan

Cover.png

Dua pendekatan untuk berdagang

Perdagangan Forex adalah kompleks dan mencabar. Ramai peserta pasaran sentiasa tertanya-tanya bagaimana untuk mengecapi kejayaan dalam perdagangan, membangunkan pelbagai strategi dan teknik forex dalam percubaan untuk mencapai kejayaan dalam perdagangan. Walaupun pelabur terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, matlamat utama sentiasa sama untuk setiap orang – menghasilkan keuntungan daripada pergerakan pasaran. Oleh kerana itu setiap pendekatan perdagangan boleh dikategorikan secara kasar kepada dua kaedah: perdagangan melawan trend dan perdagangan trend.

Tonggak Kejayaan Dalam Perdagangan Forex

cover.png

Membina asas yang kukuh adalah penting untuk melonjakkan pedagang ke kemuncak kemungkinan kewangan dalam dunia matawang global yang serba boleh dan menjadi sumber inspirasi. Bagi mencapai kejayaan, adalah penting untuk mengetahui bahawa perdagangan Forex didukung oleh empat tonggak utama:

  • strategi yang mantap
  • pengurusan risiko yang dibangunkan dengan baik
  • disiplin perdagangan yang kuat
  • dan pembelajaran berterusan

Perdagangan Forex mampu membawa faedah tinggi jika anda mendekatinya dengan pengetahuan dan mindset yang betul. Untuk berjaya dengan konsisten dan berupaya menelusuri pasaran matawang yang dinamik dengan baik, pedagang Forex harus berikan fokus pada penguasaan empat tonggak utama. Dalam artikel ini kita akan menerokai setiap tonggak perdagangan Forex, menyediakan cerapan yang berharga untuk membantu pedagang melangkah maju dalam kembara perdagangan Forex mereka.

Peneguhan Rawak: Mengapa Pedagang Mengalami Kerugian

cover.png

Adakah anda menghadapi masalah dengan perdagangan? Adakah anda mula mengalami kerugian selepas menikmati suatu tempoh yang panjang penuh dengan urusniaga yang berjaya? Ramai pedagang mengalami masalah yang serupa dan tidak mengerti di manakah kesilapan mereka. Tetapi sebelum anda mengambil keputusan untuk menukar strategi anda secara drastik atau berhenti berdagang sama sekali, anda mungkin ingin mempelajari tentang sesuatu yang dipanggil peneguhan rawak (random reinforcement) dan bagaimana ia mungkin bertanggungjawab atas kegagalan perdagangan anda.

Apakah Itu Perdagangan Renti Rugi: Panduan Lengkap Untuk Pedagang Baharu

cover.png

Memahami dan menguruskan risiko secara efektif adalah bahagian yang penting untuk berjaya dalam perdagangan Forex. Antara beraneka alat pengurusan risiko yang tersedia kepada pedagang, pesanan renti rugi menyerlah sebagai cara yang paling berkesan untuk melindungi dana anda dalam pasaran matawang yang dinamik dan sukar diramal. Jika anda peserta baharu dalam dunia perdagangan Forex dan ingin mempelajari beberapa perkara asas, gunakan artikel ini sebagai pengenalan yang komprehensif.

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.