1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kesan Perjanjian Dagangan Terhadap Perdagangan Forex
2024-06-06 • Dikemaskini

Kesan Perjanjian Dagangan Terhadap Perdagangan Forex

vover.png

Pasaran Forex adalah salah satu pasaran kewangan yang paling cair dan aktif didagangkan. Terdapat banyak sebab di sebalik popularitinya, tetapi adalah mustahil untuk mempertikaikan bahawa kemeruapan kadar pertukaran matawang adalah salah satu daripadanya. Seperti yang diketahui umum, nilai matawang boleh dipengaruhi dengan mudah oleh beberapa faktor yang berbeza: peristiwa geopolitik, ketidakstabilan ekonomi, trend media sosial, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, perkara yang selalunya tidak disedari ialah bagaimana perdagangan dan perjanjian dagangan antarabangsa boleh mempengaruhi kadar pertukaran matawang dan perdagangan Forex. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui tentang sifat perjanjian dagangan global, fungsi-fungsinya dan bagaimana ia mempengaruhi nilai matawang nasional.

Perdagangan antarabangsa: bagaimana ia berfungsi?

Jika anda melihat kandungan peti sejuk anda, anda tidak akan menemui apa-apa yang mengejutkan atau yang patut diberi perhatian. Tetapi jika nenek moyang anda boleh mengintai bekalan makanan anda, mereka akan terkejut apabila mendapati bahawa terdapat benda-benda asing yang tidak pernah mereka lihat dalam hidup mereka. Tetapi kini, oleh kerana hubungan perdagangan yang sangat maju antara negara-negara di seluruh dunia, anda boleh membeli barang-barang yang tidak pernah diketahui oleh rakan senegara anda sejak seratus tahun yang lalu.

Perdagangan antarabangsa merujuk pada pembelian (import) dan penjualan (eksport) pelbagai barangan di mana pembeli dan penjual berasal dari negara-negara yang berbeza. Barangan ini termasuklah makanan, bahan dan peranti.

Import dan eksport barangan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Jika ia mempunyai sumber yang berlebihan, jualannya akan membawa pendapatan tambahan kepada belanjawan negera. Pada masa yang sama, pengimportan boleh menampung kekurangan produk dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam industri yang baru.

Faedah-faedah perdagangan antarabangsa

  • Perdagangan antarabangsa boleh membekalkan kepada rakyat sesebuah negara produk yang sebaliknya tidak akan tersedia kepada mereka.
  • Walaupun barangan import mungkin juga termasuk produk-produk yang sudah sedia ada di pasaran domestik, ia mampu menggesa pengeluar domestik untuk meningkatkan kualiti produk-produk mereka dan memastikan harga sentiasa berpatutan jika mereka ingin bersaing dengan pesaing luar negara mereka.
  • Perniagaan-perniagaan domestik berpeluang untuk mengembangkan pelanggan mereka dan meningkatkan pendapatan mereka, yang seterusnya memberi kesan positif kepada ekonomi.
  • Jika sesebuah syarikat mempunyai pangkalan di beberapa buah negara, ia tidak akan terjejas teruk sekiranya salah sebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi dan faktor-faktor risiko lain.
  • Perluasan perniagaan memerlukan lebih ramai pekerja dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru yang dapat membantu mengekang kadar pengangguran tempatan.

1995-01.png

Apakah itu perjanjian perdagangan antarabangsa?

Perjanjian perdagangan global ialah perjanjian yang menggariskan terma dan syarat untuk mengimport dan mengeksport barangan antara dua atau lebih negara.

Perjanjian ini diselia oleh organisasi perdagangan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia, Dewan Perniagaan Antarabangsa, Persidangan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan institusi-institusi lain. Organisasi ini memastikan bahawa perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa mematuhi Undang-undang Komersial Antarabangsa.

Perjanjian perdagangan global berbeza dengan kontrak untuk penjualan barangan yang dibuat antara perniagaan. Perjanjian perdagangan mewujudkan hubungan perdagangan antara negara, menetapkan peruntukan mengenai cukai, tarif, kuota, sekatan perdagangan, jaminan pelaburan, dan lain-lain. Ia menyediakan rangka kerja peraturan untuk pembelian dan penjualan barangan yang mesti dipatuhi oleh semua pihak dalam perjanjian tersebut.

Contoh perjanjian perdagangan antarabangsa ialah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (antara AS, Kanada dan Mexico), Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand), dan juga Kesatuan Eropah, walaupun ia jauh lebih kompleks.

Bagaimanakah perjanjian perdagangan global mempengaruhi pasaran Forex?

Setelah anda mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan antarabangsa, tiba masanya untuk mempelajari jawapan kepada persoalan utama: bagaimanakah perjanjian perdagangan global mempengaruhi kadar matawang?

Apabila dua atau lebih negara memasuki sesebuah perjanjian perdagangan, mereka bukan sahaja mewujudkan hubungan komersial, tetapi mereka juga mengubah sistem sosio-ekonomi mereka. Penetapan harga barangan, peluang pekerjaan baharu, tahap penawaran dan permintaan untuk matawang tertentu, keuntungan eksport dan kos import secara langsung mempengaruhi ekonomi sesebuah negara dan kehidupan para penduduknya, yang secara wajarnya memberi kesan kepada kekuatan matawang sesebuah negara.

Selain itu, negara mempunyai kepentingan yang berbeza bergantung pada peranan mereka dalam hubungan perdagangan global.

Negara yang berminat untuk mengeksport produk mereka akan cuba untuk mengekalkan kadar pertukaran matawang yang rendah agar syarikat-syarikat eksport dari negara ini mendapat lebih banyak keuntungan.

Sebaliknya, negara yang berorientasikan import berminat dengan peningkatan beransur-ansur matawang negara mereka, yang cuba mereka capai dengan membeli barangan dan perkhidmatan pada harga yang lebih rendah.

Isu utama dalam hubungan perdagangan ini ialah mencari keseimbangan yang sesuai untuk kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut. Tanpanya, terdapat risiko tinggi kadar pertukaran dengan kemeruapan yang berlebihan, yang tidak baik untuk transaksi komersial. (Selain itu, tidak semua pedagang dapat mencari peluang perdagangan dalam pasaran yang sangat meruap.)

Nasib baiklah perjanjian perdagangan antarabangsa membolehkan negara mencari keseimbangan optimum antara matlamat mereka dan mengurangkan risiko kemeruapan kadar pertukaran yang tidak terkawal.

1995-03.png

Jenis-jenis perjanjian perdagangan global dan fungsinya

Terdapat banyak klasifikasi perjanjian perdagangan antarabangsa, tetapi kami akan memberi tumpuan kepada jumlah pihak yang terlibat.

Perjanjian perdagangan sehala

Fungsi utama perjanjian perdagangan sehala ialah untuk memberikan keutamaan khusus untuk mengimport suatu produk perdagangan ke sesebuah negara tertentu. Contoh perjanjian ini ialah Sistem Keutamaan Umum (Generalized System of Preferences) 1976 antara AS dan 119 negara sedang membangun.

Sebagai peraturan, apabila perjanjian sehala ditandatangani, negara benefisiari meningkatkan eksportnya, yang membawa kepada pembangunan yang lebih pesat dan, akhirnya, pertumbuhan kadar matawang negara tersebut.

Perjanjian perdagangan dua hala

Perjanjian ini ditandatangani antara dua negara. Perjanjian perdagangan dua hala tertumpu terutamanya kepada konsesi khas yang diberikan oleh pihak pengimport kepada negara pengeksport. Ini termasuk pengurangan cukai, penghapusan tarif, penembusan dan peluang penyertaan dalam pasaran yang lebih baik, dan sebagainya.

Perjanjian perdagangan antara EU dan Jepun pada 2019 adalah contoh utama perjanjian ini. Menurut perjanjian tersebut, Jepun menghapuskan "tarif dan halangan-halangan perdagangan lain" dan "menghalang halangan untuk berdagang," serta "menolak perlindungan."

Perjanjian perdagangan dua hala mempunyai kesan positif ke atas matawang negara penerima.

Perjanjian perdagangan pelbagai hala

Perjanjian perdagangan seperti ini sama seperti perjanjian dua hala, tetapi ia melibatkan beberapa buah negara.

Salah satu contoh perjanjian pelbagai hala yang paling terkenal ialah USMCA, perjanjian antara AS, Mexico dan Kanada yang menggantikan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara. Walau bagaimanapun, tidak seperti contoh yang dinyatakan di atas, matlamat USMCA adalah untuk menghadkan penglibatan negara-negara tersebut dalam pasaran masing-masing.

USMCA adalah hasil daripada dasar perlindungan agresif Presiden Trump. Perundingan dan seterusnya pengesahan perjanjian tersebut mewujudkan hingar makroekonomi paling teruk yang menjejaskan matawang utama negara-negara yang turut serta - USD, CAD dan MXN.

Perselisihan pendapat mengenai penggantian NAFTA adalah dalam sistem politik AS dan pada litar luaran. Sebagai contoh, Mexico berusaha dalam segala cara untuk meratifikasi perjanjian itu, manakala Kanada tidak tergesa-gesa untuk mencapai persetujuan. Penyelarasan tersebut disertai dengan skandal yang berkaitan dengan kenaikan tarif ke atas import keluli dan aluminium dari Kanada. Akibatnya, AS yang bertindak agresif mengancam Kanada dengan menaikkan tarif import kereta jika perjanjian tersebut tidak diratifikasikan.

Dalam tempoh tersebut, pasaran matawang agak sakit.

Akibatnya, USDCAD gagal hampir 5% pada 2019 (rundingan mengenai perjanjian) dan kemerosotan 1.7% pada 2020.

Seperti yang anda lihat, perjanjian perdagangan antarabangsa boleh meninggalkan kesan negatif yang berkekalan terhadap matawang negara-negara yang terlibat.

Kesimpulan

Perjanjian perdagangan global membawa banyak perubahan kepada keadaan ekonomi negara-negara yang terlibat. Kesan yang ia tinggalkan pada perdagangan dan imbangan pembayaran setiap negara mempengaruhi kadar matawang negara dan kedudukannya dalam pasaran Forex. Mengikuti berita tentang perjanjian perdagangan antarabangsa yang terkini boleh membantu anda bersedia untuk perubahan yang berpotensi dalam kadar matawang dan mencari peluang perdagangan yang menguntungkan.

  • 1962

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera