-
Apakah itu kalendar perolehan?
Kalendar perolehan adalah alat yang berguna yang membantu para pedagang menjejak syarikat yang akan mengumumkan perolehan tahunan atau suku tahunan mereka. Di kalendar pasaran FBS, anda boleh temui tarikh, EPS dijangkakan dan EPS diumumkan bagi setiap syarikat yang berkenaan.
-
Apakah itu musim perolehan?
Musim perolehan adalah satu tempoh di mana syarikat-syarikat senarai awam mengumumkan laporan perolehan mereka, selanjutnya mencipta peluang-peluang unik bagi para pedagang untuk meraih manfaat dari kemeruapan jangka pendek.
Syarikat-syarikat awam biasanya melaporkan perolehan mereka sebanyak empat kali setahun, bagi setiap suku tahun. Tidak ada satu tarikh yang khusus untuk permulaan dan pengakhiran musim perolehan. Bagaimana pun, ia biasanya berlangsung pada bulan-bulan berikut dalam suku kalendar kewangan – Januari, April, Julai, dan Oktober. Anda boleh temui tarikh-tarikh bagi setiap syarikat berkenaan di kalendar perolehan FBS.
-
Bagaimana cara menggunakan kalendar perolehan dalam perdagangan saham?
Kalendar perolehan saham FBS akan membantu anda menjangkakan pergerakan harga di musim perolehan. Jadi, anda boleh mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari kemeruapan pasaran saham.
Adalah mustahil untuk mengikuti laporan perolehan setiap syarikat, jadi pilih hanya beberapa syarikat kegemaran anda di kalendar. Anda boleh saring berdasarkan tarikh, simbol, dan negara. Sesudah anda pilih sebuah syarikat, buka Kalendar Ekonomi dan bandingkan data sebenar dengan data unjuran:
- jika syarikat berkenaan berjaya mengatasi unjuran, sahamnya berupaya naik;
- jika syarikat berkenaan tersasar dari mengenai unjuran, harga sahamnya boleh jatuh.
Namun anda boleh meraih keuntungan dari kedua-dua senario dengan bertindak long (beli) dan short (jual).
-
Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?
Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.
Kalendar Ekonomi: Saham