CCI

Indikator teknikal Commodity Channel Index (CCI) dibangunkan oleh Donald Lambert pada tahun 1980. Ia menunjukkan sama ada pasaran sudah terlebih dibeli/jual dan membantu menduga arah dan kekuatan trend serta mengecam trend baru.

Cara-cara menggunakan CCI

CCI sudah sedia tersedia di dalam kit default MetaTrader, jadi anda tidak perlu memuat turunnya. Di menu utama di sebelah atas, pergi ke “Insert” – cari “Indicators” – pergi ke “Oscillators” – dan pilih Commodity Channel Index. Indikator ini akan muncul di dalam tetingkap yang berasingan di bawah carta harga.

CCI di dalam MetaTrader

Dinamik indikator ini bergantung pada bilangan tempoh yang digunakan untuk membentuknya. Lebih sedikit bilangan tempoh, indikator ini akan lebih meruap dan ia akan menghabiskan lebih banyak masa di luar julat ±100. Secara default, MetaTrader mencadangkan “14” sebagai tempoh CCI. Satu lagi tetapan yang popular adalah 20 tempoh.

Cara-cara menggunankan Commodity Channel Index

CCI mengukur perbezaan di antara harga semasa dan purata harga silam. Indikator ini berayun (oscillates) merentasi satu garisan tengah. Bila ia berada di atas sifar, ini bererti harga berada di atas purata silam. Begitulah jua, bila ia berada di bawah sifar, harga di bawah purata harga silam.

Keadaan pasaran terlebih jual/beli

Seperti yang anda boleh lihat, aras +100 dan -100 ditandakan di carta CCI. Jika indikator ini naik melepasi +100, itu bererti pasangan ini sudah terlebih dibeli dan kemungkinan berlakunya pembetulan ke bawah kini sudah meningkat. Bila CCI berpatah balik ke bawah dari bacaan positif atau bacaan yang hampir sifar, dan bergerak menuju -100, ia menandakan pembentukan downtrend.

Penurunan melepasi -100 bermakna downtrend kuat dan pasaran sudah menjadi terlebih dijual. Bila CCI berpusing ke atas dari bacaan negatif atau hampir sifar, dan mula bergerak menuju +100, itu petanda pembentukan uptrend.

Sila maklum bahawa indikator ini tidak mempunyai had atas dan bawah, namun ia sentiasa cenderung untuk kembali ke nilai median iaitu 0. Justeru, kita perlu melihat pada bacaan indikator ini pada masa yang lepas untuk mendapatkan gambaran di mana harga telah menyongsang. Keperluan untuk mentafsir hal-hal sebegini membuatkan indikator ini agak subjektif. 

Keadaan terlebih jual/beli indikator CCI

Divergence/Convergence (Capahan/Tumpuan)

Capahan (divergence) berlaku bila harga membentuk puncak yang lebih tinggi tetapi CCI membentuk puncak yang lebih rendah. Ia boleh disahkan dengan penembusan CCI naik merentasi aras sifar atau penembusan aras sokongan di carta harga. Begitu juga sebaliknya, tumpuan (convergence) berlaku bila harga membentuk lembah yang lebih rendah (lower low) tetapi CCI membentuk lembah yang lebih tinggi (higher low). Ia boleh disahkan dengan penembusan CCI turun melepasi aras sifar atau penembusan aras rintangan di carta harga.

Capahan dan Tumpuan CCI

Kesimpulan

Seperti mana-mana indikator teknikal, CCI ada kekurangannya. Selain dari kesubjektifannya yang telah kami sebutkan tadi, perlu dinyatakan bahawa indikator ini melambani harga (lagging behind the price). Kesannya, signal mungkin muncul di waktu yang sudah terlewat justeru menjadi signal yang palsu. Untuk menyelesaikan masalah ini, gunakan CCI bersama dengan analisis aksi harga, serta indikator-indikator teknikal lain yang akan mengesahkan atau membatalkan signalnya.

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

Berita terkini

EMAS Di Jangka Akan Membuat Kenaikkan!

Sesi Asia menyaksikan USD didagangkan sedikit susut ketika pasaran mengambil langkah berhati-hati menjelang keluaran data inflasi Amerika Syarikat…

Emas Nak Naik Semula Atau Sambung Jatuh Ni ?

USD didagangkan sedikit meningkat pada sesi Asia selepas mendapat sokongan daripada hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi…

Berita Penting Untuk Minggu Hadapan

Indeks Harga Pengguna, Jualan Rumah Sedia Ada, Keputusan Kadar Fed AS - semua perkara ini akan kami bincangkan dalam ulasan terbaru kami. Jangan terlepas semua siaran ini!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera