Saiz posisi tahap risiko

Baca artikel ini di laman web FBS

Memilih volum suatu dagangan adalah cabaran besar buat pedagang yang baru bermula. Mari kita selesaikan!

Untuk membuka posisi di MetaTrader, anda klik pada butang pesanan baharu. Dalam tetingkap yang muncul, anda memilih simbol (pasangan matawang, logam, indeks atau saham yang anda ingin dagangkan). Anda juga perlu memutuskan volum atau, dengan kata lain, amaun wang yang akan anda gunakan untuk perdagangan ini.

Volum perdagangan adalah penting kerana ia akan menentukan berapa banyak wang yang anda akan raih atau rugikan dalam urusniaga ini.

Ada beberapa cara untuk memilih saiz posisi.

Saiz lot Forex yang malar

Di sini ideanya adalah seseorang pedagang itu menggunakan volum lot dagangan yang sama bagi setiap dagangan. Cara ini mudah difahami untuk mereka yang baru sahaja mula berdagang. Adalah disyorkan untuk memilih saiz dagangan yang kecil. Anda boleh mengubah saiz posisi jika saiz akaun anda berubah dengan signifikan. Nilai poin akan kekal sama untuk anda sepanjang masa.

Contoh

Anda ada $500 di akaun anda. Dengan leveraj 1:100, amaun ini akan mencukupi untuk membuka 50 urusniaga, sebesar 0.01 lot setiap satu. Setiap urusniaga akan memerlukan margin $10.

Jika anda gunakan saiz lot yang sama setiap kali, akaun anda akan menunjukkan pertumbuhan yang stabil. Ini adalah opsyen yang bagus untuk mereka yang tidak mempu menyuaikan diri dengan pertumbuhan eksponensial pada saiz dagangan mereka lantaran dari tingkat stres yang lebih tinggi. Para pedagang yang lebih berpengalaman bagaimana pun mungkin mahukan pendekatan yang lebih fleksibiiti dan mempunyai potensi mengembangkan akaun yang lebih besar.

Volum urusniaga sebagai sekian peratus dari ekuiti

Dalam kes ini, anda memilih saiz posisi anda berdasarkan peratusan dari ekuiti anda. Bila ekuiti anda meningkat, begitu juga dengan saiz posisi anda. Ini akan menjurus kepada pertumbuhan akaun anda secara geometrik. Dalam masa yang sama, perlu diingat bahawa kemerosotan akaun anda selepas kerugian beberapa dagangan juga akan menjadi lebih besar.

Cadangan kami adalah untuk tidak menggunakan lebih dari 1-2% dari deposit anda untuk satu-satu dagangan. Dengan cara ini walaupun beberapa dagangan anda tidak berjaya, anda tidak akan kerugian semua wang anda dan mampu untuk terus berdagang.

Berikut adalah formula saiz posisi di dalam lot:

Lot untuk didagangkan = Ekuiti * Risiko(%) / Saiz Kontrak * Leveraj

Contoh

Anda mempunyai $500 dan memutuskan bahawa tahap risiko yang boleh diterima bagi akaun anda adalah 2%. Dengan leveraj 1:100, anda perlu memilih ($500 *0.02) / 100,000 * 100 = 0.01 Lot.

Dengan $1000 di akaun anda, anda akan boleh berdagang ($1000 * 0.02) 100,000 * 100 = 0.02 lot.

Pendekatan ini bukanlah pilihan yang terbaik buat akaun-akaun yang lebih kecil. Jika terjadi senario di mana anda menghadapi kerugian yang besar, peratusan yang dirisikokan terlalku kecil untuk bertindak sebagai margin walaupun bagi saiz lot yang paling kecil. Kesannya, anda akan terpaksa untuk mengingkari peraturan pengurusan risiko anda sendiri dan perlu memperuntukkan lebih banyak wang untuk terus berdagang. Tambahan lagi, oleh kerana pendekatan ini tidak mengambil kira apa yang berlaku di carta harga, saiz Renti Rugi yang ia benarkan mungkin terlalu besar.

Oleh kerana saiz posisi bergantugn kepada ekuiti, kerugian akan menjadikan saiz posisi lebih kecil, jadi ia akan membuat pedagang lebih sukar untuk memulihkan akaun selepas drawdown. Dalam masa yang sama, jika akaun menjadi terlalu besar, saiz setiap dagangan akan menjadi terlalu besar sehingga anda rasa tidak senang duduk.

Volum urusniaga sebagai sekain peratus dari ekuiti, dengan Renti Rugi

Di sini, anda sandarkan penentuan saiz posisi anda bukan sahaja pada peratusan risiko per dagangan tetapi juga pada jarak renti rugi anda. Mari kita cerakinkan proses ini menjadi 3 langkah.

Langkah 1. Syor kami tetap sama: jangan risikokan lebih dari 1-2% dari deposit/ekuiti untuk satu dagangan.

Jika ekuiti anda $500, 2% risiko bererti anda memperuntukkan $10.

Langkah 2. Tetapkan di mana Renti Rugi anda harus diletakkan untuk suatu urusniaga. Kemudian ukur jarak dalam poin antara Renti Rugi dan harga kemasukan anda. Ini ialah seberapa banyak poin yang anda risikokan. Berdasarkan maklumat ini, dan had risiko akaun dari langkah 1, hitung saiz posisi yang ideal.

Jika anda ingin membeli EURUSD pada harga 1.11000 dan meletakkan Renti Rugi di 1.10500, risiko urusniaga anda ialah 500 poin.

Langkah 3. Dan kini anda tentukan saiz posisi berdasarkan pada risiko akaun dan risiko dagangan. Dalam perkataan lain, anda perlu tentukan bilangan lot untuk didagangkan yang akan memberikan anda peratusan risiko yang anda mahu dengan jarak renti rugi yang ngam dengan sistem perdagangan anda.

Yang paling penting adalah untuk menyesuaikan saiz posisi anda untuk mendapatkan renti rugi yang diinginkan, bukan sebaliknya. Risiko anda kekal sama bagi setiap dagangan, tetapi saiz posisi mungkin berbeza kerana jarak renti rugi juga berbeza.

Ingat bahawa lot 1,000 unit (mikro) bernilai $0.01 bagi setiap pergerakan poin, lot 10,000 unit (mini) bernilai $0.1, dan lot 100,000 unit (standard) bernilai $1 setiap pergerakan poin. Ini terpakai untuk semua pasangan di mana USD disenaraikan kedua, sebagai contoh, EURUSD. Jika USD tidak disenaraikan di tempat kedua, maka nilai poin ini akan berbeza sedikit. Ambil perhatian bahawa perdagangan pada lot standard disyorkan hanya untuk pedagang profesional.

Gunakan formula berikut:

Lot untuk didagangkan = Ekuiti * % Risiko / (Renti Rugi dalam Poin * Nilai Poin) / 100

Contoh

Ternyata, anda boleh dagangkan $500 * 0.02 / (500 * $0.01) = $10/$5 = 2 lot mikro. Dalam erti kata lain, anda harus meletakkan 0.2 sebagai volum urusniaga anda. Hasilnya adalah dalam lot mikro kerana nilai poin yang digunakan dalam pengiraan adalah nilai poin untuk lot mikro.

Urusniaga anda yang seterusnya mungkin hanya mempunyai Renti Rugi 200 poin. Dalam kes ini, saiz posisi anda ialah $10/(200x$0.1) = $10/$20 = 0.5 lot mini atau 5 lot mikro.

Jika anda menggunakan kaedah ini, saiz posisi anda akan meningkat secara berkadaran dengan peningkatan ekuiti akaun adna (sebaliknya adalah benar jika ekuiti anda merosot) dan akan disesuaikan dengan situasi di carta. Seperti mana dengan teknik peratusan ekuiti yang ringkas, pilihan yang ini juga memberikan sedikit ruang penyesuaian jika akaun anda kecil. Tambahan lagi, kaedah ini tidak sesuai jika strategi perdagangan anda tidak memerlukan anda tahu aras keluar sejak dari awal lagi.

Kesimpulan

Jadi apakah syor muktamad kami untuk memilih saiz posisi? Sebenarnya anda yang perlu memilih opsyen yang anda rasa paling selesa untuk anda. Seperti yang anda boleh lihat, semua teknik ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, jadi kaedah yang berkesan untuk satu pedagang mungkin tidak sesuai untuk yang lain. Sebahagian besarnya akan bergantung kepada strategi perdagangan anda: adakah ia mempunyai potensi untuk keuntungan yang besar tetapi dalam masa yang sama turut mempunyai potensi kerugian atau drawdown yang besar, atau adakah ia menawarkan banyak peluang untuk keuntungan yang kecil-kecil? Inilah yang akan menentukan keputusan anda.

Walaupun semua pengiraan berkaitan dengan pensaizan posisi ini tampak kurang menyeronokkan, demi untuk kebaikan anda, anda perlu meneliti dan memahaminya sebaik mungkin. Mengetahui cara memilih saiz posisi yang betul akan menjadikan anda seorang pedagang yang lebih berdisiplin dan memberikan anda pengurusan risiko yang kukuh. Inilah caranya utnuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian anda!

Mula berdagang

2023-05-25 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.