Bagaimanakah caranya memasang pesanan Renti Rugi (Stop Loss)?

Stop Loss (Renti Rugi) adalah sebuah pesanan keluar posisi, yang digunakan untuk menghadkan amaun kerugian yang seseorang pedagang akan tanggung jika dagangan menongkah beliau. Sebagai tambahan, ia menghapuskan kerisauan yang tidak dapat dielakkan setiap pedagang bila dagangan kerugian tanpa sebarang perancangan. Tiada sistem perdagangan yang akan membawa keuntungan bagi setiap dagangan, dan kerugian adalah suatu yang alami. Pengurusan risiko yang berjaya bererti kerugian harus diminimumkan. Pesanan renti rugi adalah salah satu penyelesaian yang efisien untuk matlamat tersebut.  

Jika anda telah memutuskan untuk menggunakan pesanan renti rugi (stop loss order), adalah sangat penting untuk mencari lokasi yang bagus untuknya. Jika pesanan renti rugi terlalu dekat dengan harga semasa, wujud risiko harga yang meruwap akan mengaktifkan pesanan ini sewaktu 'pergerakan palsu' dan kemudian ia bergerak ke arah yang anda unjurkan, jadi anda akan kerugian dan tidak mendapat apa-apa keuntungan. Jika pesanan renti rugi terlalu jauh dari harga semasa, pedagang terdedah kepada risiko kerugian besar seandainya pasaran benar-benar menyongsang dari unjurannya.

stop green.png

Terdapat banyak jenis pesanan Renti Rugi (Stop Loss orders). Berikut adalah algoritma untuk memilih yang sesuai dengan anda.

Langkah 1. Renti Rugi Budi Bicara atau Sistem?

Kedudukan Renti Rugi boleh bergantung sama ada anda jenis pedagang budi bicara atau sistem. Di dalam perdagangan budi bicara, ia tertakluk kepada pedagang itu sendiri untuk menentukan dagangan mana yang perlu dilakukan setiap kalinya. Seseorang pedagang itu akan meletakkan Renti Rugi pada satu harga yang beliau jangkakan pasaran tidak akan dagangkan. Dengan berbuat demikian, beliau mungkin akan mengambil kira beberapa faktor, yang mungkin berbeza dari satu dagangan kepada satu dagangan lain.

Di dalam Perdagangan Sistem, keputusan perdagangan ditentukan oleh suatu sistem perdagangan. Seseorang pedagang boleh membuka posisi secara manual selari dengan signal sistem dagangan atau ia diautomasikan sahaja. Di sini, pesanan Renti Rugi diletakkan sejajar dengan nisbah risiko/ganjaran dan menang/rugi sistem dagangan tersebut.

stop-loss-order.jpg

Langkah 2. Tentukan saiz pesanan Renti Rugi

  • Rentian Ekuiti

Saiz rentian sebegini ditentukan dari saiz akaun pedagang. Paling lazim sekali adalah 1% dari saiz akaun bagi setiap satu dagangan. Contohnya, jika ekuiti anda adalah $1000, anda mampu untuk kehilangan $10 akibat dari, misalnya, membeli EUR/USD. Itu bersamaan dengan 100 pip untuk dagangan 0.01 lot (1 lot mikro). Had maksimum untuk Rentian sebegini dianggarkan pada 5%. Seperti yang anda boleh lihat, pendekatan sebegini bukan tindakbalas yang logik untuk apa yang sebenarnya sedang berlaku di carta harga.

  • Rentian Carta

Saiz rentian ini bergantung kepada analisis teknikal aksi harga yang dilakukan oleh sang pedagang. Di sini, pedagang biasanya mengenal pasti aras sokongan (support level) dan meletakkan Renti Rugi untuk posisi long di bawahnya. Pedagang dengan kecenderungan teknikal suka menggabungkan titik-titik keluar ini dengan petua Rentian Ekuiti untuk membentuk formula Rentian Carta. Rentian sebegini sering dipasang pada titik tertinggi/terendah swing.

  • Rentian Kemeruwapan

Saiz rentian ini bergantung kepada saiz kemeruwapan pasaran. Jika kemeruwapan adalah tinggi dan harga membentuk swing yang besar, pedagang tersebut perlukan Rentian yang lebih besar demi untuk mengelak dari terkena Stop Out. Bagi kes di mana kemeruwapan adalah rendah, pedagang akan memasang Rentian yang lebih kecil. Kemeruwapan boleh diukur dengan bantuan indikator-indikator seperti Bollinger Bands.

  • Rentian Masa

Rentian Masa berasaskan kepada waktu yang sudah ditentukan untuk suatu dagangan. Bayangkan anda seorang pedagang harian, anda berdagang hanya untuk satu sesi yang spesifik, dan menutup posisi anda sebelum ia berakhir. Anda boleh menentukan satu had masa, bila mana posisi anda akan ditutup. Anda boleh melakukan ini dengan bantuan Expert Advisor atau, dalam lain perkataan, robot perdagangan.

  • Rentian Margin

Ada satu pendekatan perdagangan Forex yang agresif, yang mana kami tidak begitu berkenan. Sesetengah pedagang mengandaikan bahawa broker Forex boleh mencairkan posisi pelanggan sebaik sahaja aras margin call dicapai. Seseorang pedagang itu boleh membahagian modalnya kepada beberapa bahagian yang sama besar dan meletakkan satu sahaja di akaun yang terbabit. Kemudian beliau memilih saiz posisi dan mengharapkan margin call bertindak sebagai Renti Rugi. Kami ingin memberikan amaran, bahawa ia hanya munasabah bila berdagang dengan wang yang sedikit. Juga ambil perhatian bahawa ia menghalang anda dari mempunyai lebih dari satu posisi dalam satu-satu masa.

Langkah 3. Rentian Statik atau Mengekor?

Rentian Statik (Static Stop) kekal di tempat ia dipasang. Rentian Megekor diselaras bila harga bergerak dalam arah yang menyokong pedagang demi untuk mengecilkan lagi risiko silap dalam berdagang.

Sebagai contohnya, seorang pedagang itu telah membuka posisi long di EUR/USD pada 1.3100, dengan Renti Rugi 50 pip di 1.3050 dan Ambilan Untung 150 pip pada 1.3200. Tiada perubahan dibuat pada pesanan anda sehinggalah keuntungan posisi aktif anda melebihi 50 pip. Jika euro meningkat 50 pip kepada 1.3150, pedagang boleh melaraskan renti rugi beliau sebanyak 50 pips juga, kepada 1.3100. Bila anda menggerakkan Renti Rugi anda kepada harga masuk pasaran (seperti dalam contoh ini), Ia akan menjadi Rentian Balik Modal: Jika harga mengundur dan terkena renti rugi ini, beliau tidak akan mendapat untung, tetapi beliau juga tidak rugi. Setiap kali harga bergerak 50 pip dari Renti Rugi semasa dalam arah yang menyokong pedagang, sebuah perintah akan dihantar ke pelayan dagangan untuk mengubah aras Renti Rugi semasa sejauh 50 pip dari harga semasa. Dalam perkataan lain, Rentian Mengekor secara automatik menggerakkan pesanan Renti Rugi anda mengekori harga. Jika harga kemudiannya menyongsang dagangan pedagang, Renti Rugi tersebut tidak digerakkan lagi.

Trailing stop.png

Rentian Mengekor biasanya digunakan oleh para pedagang yang berdagang menunggang trend, tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk memantau aksi harga setiap masa. Untuk set Rentian Mengekor (Trailing Stop) automatik di MT4, klik kanan pada suatu pesanan di tetingkap terminal, pilih "Trailing Stop" dan pilih saiz yang dimahukan untuk Rentian Mengekor tersebut. Sila maklum bahawa jarak minima untuk Rentian Mengekor automatik adalah 15 pip. Adalah penting untuk diketahui bahawa Rentian Mengekor ditetapkan di platform dagangan pelanggan, bukan di pelayan dagangan. Jika pedagang menutup terminal, atau terputus sambungan internet, pesanan Rentian Mengekor beliau akan tidak aktif, tetapi pesanan Renti Rugi yang dipasang oleh mekanisma Rentian Mengekor akan kekal aktif.

Untuk mematikan suatu Rentian Mengekor, pilih "None" di dalam sub-menu Trailing Stop. Jika anda mahu mematikan Rentian Mengekor bagi semua posisi aktif dan pesanan tertunda, pilih arahan "Delete All" di menu yang sama.

Langkah 4. Tunggu keputusan dagangan

Bila Renti Rugi sudah ditetapkan, jangan lebarkannya lagi. Gerakkan Renti anda hanya dalam arah dagangan (Rentian Mengekor). Anda sudah pun membuat keputusan. Jika pasaran melawan anda, dan Renti Rugi anda dilanggar, analisa dagangan anda dan teliti apakah kesilapan yang telah anda lakukan. Anda tidak perlu terlalu bersedih tentang kegagalan ini. Apa yang anda perlukan adalah kejayaan pada dagangan berikutnya, jadi majulah terus ke hadapan untuk peluang seterusnya.

 

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera