Bagaimana cara mencari dan memperdagangkan saham pertumbuhan

Baca artikel ini di laman web FBS

Mengapa berdagang saham

Ada banyak sebab mengapa anda mungkin mahu memperdagangkan saham. Pertama, kebolehjangkaan jangka panjangnya : kebanyakan saham terus meningkat dalam jangka masa panjang. Anda mungkin berkata, ‘tetapi banyak juga yang gagal’ – ya begitulah. Itulah sebabnya mengapa FBS menawarkan saham-saham terpilih yang kebanyakannya sudah terbukti gergasi yang sudah terbukti selama beberapa dekad seperti Coca-Cola, atau gergasi era moden seperti Amazon, atau syarikat teknologi canggih yang berpotensi besar seperti Tesla. Dengan kata lain, semua saham yang anda boleh temui di FBS adalah saham yang berbaloi dipertimbangkan.

Di mana senarai ini boleh ditemui

Di laman web FBS, pergi ke Perdagangan, klik Saham, dan anda akan diperlihatkan senarai penuh bersama semua spesifikasinya.

Di MT5 (ingat, anda tidak boleh dagangkan saham di MT4 – hanya di MT5), anda boleh klik kanan di Market Watch, klik Symbols, dan pilih Stocks.

Di FBS Trader, yang mana ini mungkin cara yang paling mudah, anda hanya buka aplikasi dan pergi ke seksyen Saham.

77777.png

Cara-cara berdagang saham

Secara teknikalnya, anda boleh gunakan semua teknik yang anda gunakan untuk matawang dan komoditi di pasaran saham. Pada masa ini, saham paling sesuai untuk perdagangan jangka sederhana dan jangka panjang – justeru dari sebab-sebab yang dijelaskan di dalam “Mengapa berdagang saham” (ayuh tinjau jika anda tidak membacanya). Lantaran dari itu, jika anda bosan dengan perdagangan intra-hari dan mahu ceriakan hidup anda sambil terus beraksi di pasaran – saham mungkin pilihan yang terbaik untuk anda.

Cara-cara memilih saham pertumbuhan

Apa yang anda harus cari adalah syarikat-syarikat yang dijangkakan dapat menghasilkan keuntungan secara konsisten di masa hadapan dan berkembang lebih pantas daripada purata industrinya. Syarikat yang sedang mendahului di dalam industri pada waktu semasa, atau syarikat yang memang juara hakiki industri. Itulah dia yang dinamakan saham pertumbuhan. Nah, bagaimana cara mencari syarikat sebegitu?

Fundamental dan trend. Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Hati-hati dengan saham ‘peluncur roket'’ seperti Tesla (melainkan jika ia mempunyai fundamental yang sangat baik): seringkali, setelah berkembang dalam jangka masa yang sangat singkat seperti letusan lohong hitam di angkasa lepas, saham seperti itu berpotensi hilang momentum dan menyejuk dengan cepat. Seterusnya, cuba kaji rekod laporan perolehan, minit mesyuarat, berita syarikat, dan sebagainya. Baca beberapa unjuran dari para penganalisis. Adakah prospeknya tampak optimis dan kukuh? Adakah pemerhati percaya bahawa syarikat ini mempunyai prospek yang cerah untuk beberapa tahun akan datang? Bagaimana pula dengan tinjauan jangka sederhana: adakah syarikat ini cenderung mencatat penjualan yang baik dan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada yang dijangkakan? Adakah ia sudah pun berjaya melakukannya? Sekiranya jawapannya adalah "ya" untuk kebanyakan soalan ini, nampaknya anda telah menemui saham yang berharga.

Jadi, anda harus mencari saham-saham yang berada di dalam trend menaik yang agak stabil dan mempunyai fundamental yang baik – itulah pegangan anda untuk mencari saham pertumbuhan.

Sebagai contoh, anda ada saham Apple di bawah. Setelah menyusut pada awal tahun 2020, ia pulih, membuat trajektori ke atas dan sejak dari itu ia setia dengan trajektori tersebut. Perhatikan kecenderungannya: ia terus bergerak dengan agak stabil. Itu bagus: saham ini merunuti jalan pertumbuhan yang seimbang. Itulah yang anda mahukan. Bagaimana pula dengan fundamentalnya? Laporan pendapatan terakhir yang cukup kukuh, rancangan pengembangan syarikat yang bercita-cita tinggi untuk membuat kenderaan elektrik dan menceburi sektor pasaran yang masih baru ini, unjuran penjualan yang baik – semuanya tampak bagus.

Satu lagi contoh – Coca-Cola. Syarikat ini menanggung derita yang lebih berat akibat koronavirus berbanding Apple. Ia masih belum berjaya mencapai paras tertinggi pra-pandemik iaitu $60. Tetapi lihatlah trajektori pemulihannya: ia masuk ke dalam saluran sama sisi (equilateral channel) dengan cantik sekali. Itu bererti ia bertumbuh secara seimbang. Dari segi fundamental, ia syarikat yang sudah terbukti sangat tahan lasak. Pada suku keempat tahun 2020, ia menunjukkan prestasi yang cukup mengkagumkan dan mengatasi jangkaan. Beberapa prospek pemerolehan menarik pada masa depan jangka sederhana mencantikkan lagi prospek Coca-Cola. Apa ertinya semua ini? Ia berbaloi dipertimbangkan – terutamanya dari perspektif teknikal untuk mengaut keuntungan dengan membelinya pada harga tempatan (harga semasa, local price) yang rendah di carta.

123213123123123123123123123123.png

Tunggu satu bulan

Sekarang bila anda sudah ada saham pilihan anda, anda berfikir, "'Bagaimana sebenarnya cara untuk saya memperdagangkannya". Sekiranya seksyen "Cara-cara berdagang saham" di atas tidak cukup jelas, berikut ada panduan yang lebih mudah: beli sahaja saham dan simpan selama sebulan. Pasang Renti Rugi di -2% dan Ambilan Untung di 5%. Berdasarkan pengalaman, jika anda telah memilih saham dengan baik dan betul, ada kebarangkalian yang besar dalam masa empat minggu, Ambilan Untung anda akan terpicu dengan jayanya. Anda berasa sukar hendak percaya? Cubalah sendiri!

Tidak tahu bagaimana caranya untuk berdagang saham?

Ikuti langkah-langkah mudah berikut.

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun Metatrader 5 atau aplikasi FBS Trader. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
  2. Buka akaun MT5 di dalam laman peribadi anda (atau di laman Akaun di dalam app FBS Trader)
  3. Mula berdagang!

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.