Acara terpenting untuk diperdagangkan
Setiap pedagang tahu bahawa data ekonomi memberi impak yang besar ke atas pasaran Forex. Untuk menjadi pedagang yang berjaya, anda perlu mengikuti indikator ekonomi dan berita Forex. Dengan cara ini, anda boleh mengikuti perkembangan terkini dan mendapat petunjuk mengenai pergerakan matawang.
Semua siaran data ekonomi dikumpulkan di kalendar ekonomi . Terdapat pelbagai indikator ekonomi di sana, jadi jika anda seorang pedagang pemula, anda tidak tahu yang mana harus anda tinjau terlebih dahulu. Namun, jangan bimbang! Kami telah memilih acara-acara yang paling penting yang mesti anda ikuti untuk meramalkan tingkah laku pasangan matawang yang anda dagangkan.
Biar kami mulakan dengan mesyuarat bank pusat
Mesyuarat penting bukan sahaja kerana bank pusat mengumumkan kadar faedah, tetapi juga kerana mereka memberikan petunjuk mengenai dasar kewangan yang akan datang.
- Kenaikan kadar faedah semestinya menaikkan matawang.
- Sebaliknya, penurunan kadar dilihat sebagai bearish, iaitu satu petanda yang negatif.
- Sekiranya bank pusat tidak mengubah kadarnya, ia mungkin bearish atau bullish, bergantung pada sentimen pasaran.
Dalam mesyuarat itu, bank pusat sering menyampaikan wawasan dan tinjauannya mengenai keadaan ekonomi semasa dan masa depan. Sekiranya bank melihat keadaannya memberangsangkan, pedagang akan menjangkakan kenaikan kadar masa di masa depan dan kesannya matawang yang lebih kuat. Sebaliknya, wawasan prospek ekonomi yang lemah akan mendorong pedagang menjual matawang. Selain dari itu, kedua-dua kadar faedah dan prospek ekonomi harus diambil kira dalam pertimbangan.
Contoh
Mari kita lihat satu contoh korelasi di antara ucapan bank pusat dan pergerakan matawang. Pada 14 September 2021, Gabenor Bank Rizab Australia mengatakan bahawa kadar faedah tidak mungkin meningkat sebelum 2024. Akibatnya, dolar Australia jatuh 400 poin berbanding USD.
Mari kita beralih ke indikator ekonomi.
KDNK (GDP)
KDNK atau Keluaran Dalam Negara Kasar boleh dikatakan sebagai indikator yang terpenting bagi kemantapan ekonomi sesebuah negara dan ukuran aktiviti ekonomi yang paling meluas.
Perlu diingat bahawa di banyak ekonomi maju terdapat tiga versi KDNK yang diumumkan – Pendahuluan (Advance), Awalan (Preliminary), dan Muktamad (Final). KDNK Pendahuluan adalah yang paling kuat menggerakkan pasaran.
Sebarang kenaikan pertumbuhan KDNK menyebabkan kenaikan pada kadar tukaran matawang. Sebaliknya, jika data KDNK lebih lemah daripada yang dijangkakan, matawang akan jatuh.
Contoh
Jepun mendedahkan pertumbuhan KDNK yang lebih baik daripada yang dijangkakan pada 16 Ogos.
Akibatnya, USD/JPY jatuh 245 poin dalam masa 3 jam selepas pengumuman itu, kemudian pasangan itu terus jatuh lebih jauh. Penurunan keseluruhan adalah sejauh 490 poin. Wah!
Kadar Inflasi AS (CPI)
Terdapat dua nama yang berbeza untuk satu istilah. Anda boleh menemui kedua-dua nama ini dalam kalendar dan artikel. CPI atau Indeks Harga Pengguna mewakili harga purata yang dibayar oleh pengguna untuk suatu senarai barangan di pasaran. Akibatnya, perubahan pada dapatan indeks ini mampu menunjukkan sekiranya dalam suatu tempoh itu telah berlaku inflasi dan deflasi. Tambahan lagi, data ini menunjukkan kadar keberkesanan dasar ekonomi kerajaan. Terdapat dua jenis CPI: CPI dan Core CPI (yang tidak mengambil kira harga tenaga dan makanan yang sifatnya meruap) yang diterbitkan serentak. Pedagang menumpukan lebih banyak perhatian terhadap data CPI.
Seperti yang anda ketahui, kadar faedah bank pusat bergantung pada pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Itulah sebabnya mengapa bank-bank pusat memerhatikan dengan rapi siaran data CPI. Sekiranya pertumbuhan CPI mendekati sasaran inflasi negara atau lebih tinggi, bank pusat berkemungkinan akan menaikkan kadarnya dan matawang juga akan turut naik. Dalam kes sebaliknya, matawang akan menyusut.
Contoh
AS mendedahkan angka inflasi yang lebih buruk daripada yang dijangkakan pada 14 September.
Dolar AS telah melemah dan EUR/USD melonjak 320 poin dalam masa 30 minit selepas pengumuman.
PMI
Alang-alang kita sudah membicarakan tentang KDNK, ada baiknya kita sentuh juga tentang PMI. PMI atau Purchasing Managers’ Index adalah indikator yang mengukur kemantapan ekonomi sektor pembuatan. Matlamat Indeks ini adalah untuk memberikan maklumat tentang keadaan semasa sektor perniagaan kepada penganalisis, pengurus pembelian, pembuat keputusan. Tambahan lagi, ia digunakan sebagai indikator utama pertumbuhan atau pengecutan KDNK. Selain dari itu, bank-bank pusat turut menggunakan data ini ketika mereka merumuskan dasar monetari.
Sekiranya PMI turun di negara tertentu, pelabur boleh menjangkakan mood yang dovish dari bank pusatnya. Selain itu, mereka boleh mengurangkan dedahan mereka di pasaran ekuiti negara berkenaan dan meningkatkannya di pasaran ekuiti negara lain yang menunjukkan peningkatan bacaan PMI.
Contoh
Pada 23 Jun, Zon Euro telah menerbitkan angka PMI yang kuat. Laporan sebenar lebih baik daripada unjuran.
Hasilnya, EUR/USD melonjak sebanyak 415 poin!
NFP
NFP atau Nonfarm Payrolls (Daftar Gaji Bukan Perladangan) adalah indikator ekonomi yang menunjukkan perubahan bilangan pekerja di Amerika Syarikat pada bulan sebelumnya, tetapi tidak termasuk industri pertanian. Indikator ini sangat penting kerana ia memberi petunjuk tentang perbelanjaan pengguna yang menyumbang sebahagian besar dari aktiviti keseluruhan ekonomi.
- NFP yang lebih tinggi menandakan pertumbuhan ekonomi yang lebih sihat dan kuat.
- NFP yang rendah menunjukkan ekonomi yang lebih lemah. Kesannya, dolar AS jatuh.
Ia dikeluarkan pada hari Jumaat pertama setiap sebulan dan menyebabkan pergerakan yang besar di pasaran Forex kerana USD adalah sebahagian daripada kebanyakan pasangan matawang yang popular.
Sekiranya angka sebenar penggajian pekerja seperti yang diramalkan, pergerakan USD akan bergantung pada data tambahan seperti kadar pengangguran dan purata pendapatan per jam. Purata pendapatan per jam adalah salah satu ukuran inflasi dan mempunyai kesan yang besar terhadap dasar bank pusat AS, jadi peranannya menjadi semakin penting.
Contoh
AS telah menerbitkan Daftar Gaji Bukan Ladang yang lemah pada 3 September. Hanya 235,000 orang Amerika yang diambil bekerja pada bulan Ogos, manakala pasaran pula menjangkakan 750,000.
Akibatnya, USD melemah, dan EUR/USD melonjak 380 poin dalam masa 30 minit!
Kami membentangkan acara-acara ekonomi yang terpenting yang akan memberi anda peluang untuk meningkatkan keuntungan anda. Ikuti acara kalendar ekonomi dan pergerakan pasaran, bina strategi perdagangan anda berdasarkan acara ini dan raih lebih banyak lagi keuntungan!