Kesilapan merbahaya bila meletakkan renti rugi

Kesilapan merbahaya bila meletakkan renti rugi

2023-01-26 • Dikemaskini

Bukan lagi satu rahsia bahawa adalah penting untuk meletakkan renti rugi (stop loss, SL) bila anda berdagang. Inginkami nyatakan di sini bahawa ia adalah salah satu dari alat utama pengurusan risiko. Namun, penting juga untuk difahami cara-cara memasang renti rugi dengan betul. Jika anda tidak mengikuti peraturan-peraturan mudah pengurusan risiko, anda akan kerugian wang dengan pantas. Mari kita bincangkan apakah kesilapan-kesilapan terbesar yang anda boleh lakukan bila memasang renti rugi dan pelajari cara-cara untuk mengelaknya.

Apa? Anda tidak mengetahui tentang renti rugi, azimat pelindung setiap pedagang? Nah, kalau begitu anda harus baca Buku Panduan Forex kami!

Kesilapan #1: Meletakkan renti rugi yang terlalu sempit

1-01.jpg

Seperti yang anda sudah ketahui, harga sukar diramal, ia boleh berayun sebelum bergerak dalam arah yang dikehendaki. Jika anda meletakkan renti rugi yang terlalu sempih (sangat rapat dengan titik kemasukan), anda mungkin akan terkesan dengan kemeruwapan di pasaran, yang boleh membatalkan renti rugi anda. Kesannya anda akan terlepas peluang untuk masuk ke pasaran.Bayangkan anda berdagang emas. Anda mendapati RSI meninggalkan zon terlebih beli (overbought zone) dan MACD membentuk capahan bearish dengan harga. Anda memutuskan untuk membuka posisi short di $1,341 dan meletakkan renti rugi yang sangat sempit iaitu pada $1,345 (berdasarkan pada pengukuhan harga sebelum ini di paras ini). Harga ternyata betul-betul turun dan anda gembira. Tiba-tiba bulls masuk ke gelanggang dan cuba menolak harga lebih tinggi. Mereka tidak berjaya, tetapi serangan yang tidak dijangka itu telah membatalkan renti rugi anda. Kesannya anda kini terlepas peluang untuk memasuki pasaran.

2-2.jpg

Itulah sebabnya mengapa ianya penting untuk mengambil kira tentang kemeruwapan.

Kesilapan #2: Memasang renti rugi yang terlalu lebar

1-02.jpg

Satu lagi kesilapan pedagang yang lazim adalah berkaitan dengan renti rugi yang terlalu lebar. Jika anda memasang renti rugi terlalu jauh, posisi anda perlu bergerak lebih banyak poin dalam arah yang memihak kepada anda untuk menjadikan dagangan tersebut berbaloi dengan risiko.

Untuk mengelakkan dari melakukan risiko ini, sentiasa pertimbangkan nisbah risiko-ganjaran anda. Nisbah risiko-ganjaran menentukan ganjaran prospektif anda bagi setiap dolar yang anda risikokan. Sebagai contoh, jika nisbah risiko ganajran anda adalah 1:3, ini bererti anda merisikokan $1 untuk potensi mengaut $3. Dengan nisbah risiko-ganjaran yang baik, renti rugi dan ambilan untung anda akan sentiasa berkadaran dengan saiz posisi anda dan anda berpeluang untuk berakhir dengan lebih banyak keuntungan.

Di carta di bawah, RSI meningkat ke had atas zon terlebih jual (oversold zone). Anda memutuskan bahawa penyongsangan bakal berlaku dan membuka posisi long pada 0.7020. Anda sangat tamak dan yakin dengan pasaran dan anda memasang ambilan untung di paras 0.7124 dan renti rugi pada 0.6973. Akhirnya, candlestick yang berikutnya turun dan anda mengalami kerugian.

1-1.jpg

Kesilapan #3: Meletakkan renti rugi betul-betul di aras rintangan atau sokongan

1-03.jpg

Memasang pesanan renti betul-betul di aras-aras rintangan/sokongan berpotensi merbahaya, kerana harga boleh berpatah balik ke aras ini selepas penembusan dan memicu rentian anda sebelum bergerak ke arah yang anda harapkan. Di carta EUR/USD, penembusan aras sokongan pada 1.2214 tidak dapat dielakkan. Akhirnya, berita negatif untuk EUR pada 23 April mengakibatkan penembusan berlaku. Anda meletakkan renti rugi di aras sokongan sebaik selepas penembusan. Bila harga memutuskan untuk bergerak balik ke aras 1.2214, renti rugi anda ranap. Jika anda tidak cukup pantas, anda akan terlepas peluang untuk titik kemasukan. Harus dinyatakan juga di dalam contoh di bawah, anda telah meletakkan pesanan beli anda betul-betul di aras sokongan. Seterusnya, harga melantun dari aras itu. Anda harus berjaga-jaga dan tidak membuka pesanan anda betul-betul di aras sokongan dan rintangan.

1-06.jpg

Kesilapan #4: Tidak menentukan tempat renti rugi anda terlebih dahulu

1-04.jpg

Ini sebenarnya jelas lagi nyata, tetapi adakalanya pedagang terlupa mengenainya. Anda harus tahu titik kemasukan, sasaran keuntungan dan renti rugi anda secara spesifik sebelum anda buka dagangan. Disiplin yan strategik begini menghindarkan emosi dari mempengaruhi keputusan kerana anda belum lagi merisikokan modal anda. Anda hanya lihat pada carta dan analisa arah seterusnya pergerakan harga.

Kesilapan #5: Menggerakkan renti rugi anda ke titik pulang modal atau profit kecil secepat mungkin

1-05.jpg

Kadang-kala, jika anda nampak pasaran bergerak di dalam arah yang anda harapkan, anda jadi terlalu teruja dan menggerakkan renti rugi anda tanpa analisis situasi yang wajar. Ia boleh mengakibatkan kerugian yang tidak dijangka.Jika anda membuat kemasukan, sepatutnya anda boleh menyatakan aras renti rugi: "Jika harga pergi ke atas/bawah dari aras ini, maka alasan saya untuk buka posisi telah dibuktikan tidak sah oleh pasaran, justeru analisis semasa saya menjadi salah." Anda perlu kekal dengan pelan asal anda. Ia membantu anda mengatasi masalah berdagang kerana emosi. Gerakkan renti rugi anda hanya jika pasaran membuktikan anda perlu melakukannya. Contohnya, jika satu-satu aras sokongan itu pecah dan indikator memberi signal kemerosotan berlanjutan, maka ia mungkin keputusan yang baik unutk menggerakkan renti rugi anda sedikit lebih rendah. Begitu juga sebaliknya, jika bulls berjaya menembusi aras rintangan utama dan faktor-faktor lain menunjukkan uptrend, anda boleh menggerakkan renti rugi anda lebih tinggi.

Kesimpulan

Meletakkan renti rugi adalah penting untuk setiap pedagang. Ia adalah bahagian yang penting untuk setiap strategi perdagangan. Namun, renti rugi mungkin menipu anda jika ia tidak dipasang pada tempat yang betul. Mengelak dari kesilapan-kesilapan yang disebut di dalam artikel ini akan membantu anda mengaplikasikan renti rugi dengan betul dan menggunakannya untuk menghapuskan risiko dengan mudah.

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera