
Facebook telah menukar namanya kepada Meta untuk memadam khabar angin lama dan membina jenama baru, membebaskan dirinya dari dipertikaikan dan stigma kebocoran data peribadi.
2023-04-21 • Dikemaskini
Suku pertama 2023 telah berakhir untuk pasaran saham AS. Hasilnya agak memberangsangkan: Purata Perindustrian Dow Jones naik hanya 0.4% dalam 3 bulan, NASDAQ100 bertambah 19.4%, dan S&P 500 meningkat 6.6%.
Indeks pasaran turun naik dengan agak ketara pada Februari, dan jika bukan kerana masalah dalam sektor perbankan pada bulan Mac, terdapat kemungkinan besar untuk kita melihat perubahan pada trend menjelang akhir suku tahun.
Situasi semasa dengan SVB mempengaruhi trajektori pergerakan kadar utama, yang seterusnya membawa kepada penyongsangan pasaran, dan indeks utama meningkat dengan ketara pada bulan Mac.
Dalam sektor FAANG itu sendiri, peneraju pada suku pertama adalah saham Meta (Facebook). Permodalannya meningkat sebanyak 72.5%. Pertumbuhan paling ketara selepas kejatuhan sekuriti itu adalah dari 2021 hingga 2022 (penyusutan sebanyak 75.5%).
Tempat kedua secara praktikalnya dikongsi antara Apple dan Amazon, yang mengalami peningkatan lebih daripada 20%.
Netflix dan Google meningkat hampir 16%.
Laporan syarikat untuk 2022 adalah negatif. Pendapatan syarikat menurun sebanyak 1.1% kepada $116.6B.
OPEX syarikat itu meningkat sebanyak 16.7%, sebahagian besarnya disebabkan oleh R&D. Namun, syarikat itu tidak menyembunyikan fakta bahawa OPEX akan terus berkembang:
‘Operasi perniagaan kami memakan kos yang tinggi, dan kami menjangkakan perbelanjaan kami akan terus meningkat pada masa hadapan apabila kami memperluaskan cakupan pengguna kami, apabila pengguna meningkatkan jumlah dan jenis kandungan yang mereka gunakan dan data yang mereka kongsi dengan kami, contohnya, dalam konteks video, tatkala kami membangunkan dan melaksanakan produk baharu, tatkala kami memasarkan produk baharu dan sedia ada serta mempromosikan jenama kami, tatkala kami terus mengembangkan infrastruktur teknikal kami, tatkala kami terus melabur dalam teknologi baharu dan belum terbukti, temasuk kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, dan semasa kami meneruskan usaha kami untuk memfokus pada privasi, keselamatan, keselamatan dan semakan kandungan.’
Kesannya, margin Operasi syarikat menyusut kepada 28.7% daripada 39.6%, dan pendapatan bersih turun sebanyak 41% kepada $23.2B.
ROE syarikat turun hampir separuh kepada 18.52%.
Kemudian timbul satu soalan yang wajar: mengapa kami berkembang?
Jawapannya adalah pembuangan pekerja. Syarikat tersebut merancang untuk memberhentikan 10,000 orang pekerja lagi, dan meningkatkan kecekapan operasi.
Laporan prestasi tahun 2022 syarikat agak baik. Pertumbuhan hasil berjumlah 7.7%; keuntungan bersih meningkat sebanyak 5.4%.
Margin EBITDA syarikat meningkat kepada 33.76%.
Oleh itu, lantunan semula dalam saham Apple adalah agak wajar, memandangkan ia pernah mengalami kejatuhan paling ketara dalam permodalan sepanjang tahun lalu.
Saham Apple masih dalam trend bullish yang paling kukuh sejak 2009. Jika dilihat daripada ciri-cirinya, tahun 2022 tidak menyongsangkan arah aliran global tetapi memperlahankannya dengan ketara, "meredam" pecutan dari 2020 hingga 2021.
Amazon melaporkan pertumbuhan hasil yang kukuh untuk 2022 (+9.3%). Pada masa yang sama, keuntungan bersih syarikat adalah negatif, berjumlah $2.7B.
Seperti dalam kes Meta, keputusan kewangan negatif ialah peningkatan kos R&D, yang memberi kesan ketara kepada OPEX syarikat (+12.76%).
Akibatnya, pendapatan operasi syarikat telah menurun sebanyak dua kali ganda.
Syarikat ini juga terpaksa melalui fasa pengurangan tenaga kerja. Pada Mac, masyarakat umum telah mengetahui bahawa Amazon telah memberhentikan 9,000 pekerja dan menangguhkan pembinaan ibupejabat keduanya di Virginia.
Kadar pertumbuhan hasil Netflix untuk tahun 2021 - 2022 telah memperlahan — 6.5% pada 2022 berbanding 18.8% pada 2021 dan 24% pada 2020.
Pendapatan bersih syarikat turun sedikit untuk 2022, pada $4.5B, berbanding $5.1B setahun sebelumnya.
Pada suku pertama tahun ini, Netflix telah mengumumkan pengembangan ke Vietnam (syarikat itu merancang untuk membina ibupejabatnya di sana) dan mengurangkan harga langganan di beberapa negara.
Kadar pertumbuhan pendapatan bersih Google pada tahun 2022 adalah negatif. Keuntungan bersih jatuh sebanyak 21.1%.
Tahun ini menandakan permulaan "perang" yang sengit dalam penyelidikan AI. Google sekarang ini cuba untuk mengejar pendahulu yang lain.
Terdapat peristiwa memalukan pada Februari tahun ini - enjin sembang Bard yang dilancarkan oleh syarikat itu telah memberikan jawapan yang salah tentang teleskop Webb. Akibatnya, permodalan Google susut 8%.
Mari kita buat sedikit analisis perbandingan antara syarikat-syarikat FAANG.
Mari kita mulakan dengan Nisbah Hutang (Debt Ratio), yang dikira sebagai nisbah jumlah hutang syarikat kepada saiz asetnya.
Seperti yang anda boleh lihat, Meta Incorporated dan Alphabet (Google) mempunyai beban hutang yang paling rendah - jumlah hutang yang paling banyak daripada nilai buku aset syarikat adalah 40%.
Apple mempunyai beban hutang tertinggi - 85.6%, tetapi jumlah ini diimbangi oleh nisbah Hutang/EBITDA yang agak rendah.
Semua gandaan P/E, P/B dan P/S syarikat melebihi nilai median dalam industri (nilai median diberikan dalam kurungan).
Pada masa yang sama, Alphabet (Google) nampaknya adalah syarikat yang paling terkurang nilai dalam senarai FAANG. Dengan median P/E sebanyak 20.38, syarikat tidak terlalu terlebih nilai.
Sekarang mari kita lihat Margin kasar dan EV/EBITDA.
Meta, Google dan Netflix kelihatan agak menarik di sini. Walaupun Margin Kasar Google dan Netflix lebih rendah daripada industri, nilainya masih hampir dengan nilai median. Margin Kasar Meta mendahului industri.
Berkenaan EV/EBITDA (lebih rendah, lebih baik), prestasi Netflix adalah lebih menarik, mengatasi prestasi industri dan syarikat FAANG yang lain.
Mengenai Kadar Pulangan, hampir semua syarikat FAANG mendahului nilai median dalam industri. Kecuali Amazon, yang boleh kita abaikan, lantaran kerana pendapatan bersih syarikat itu adalah negatif.
Apple mempunyai kadar yang tertinggi, tetapi ROE Netflix dan Google juga telah memecahkan rekod dan menunjukkan keberkesanan pengurusan syarikat.
Daripada semua syarikat dalam sektor FAANG, hanya Apple yang membayar dividen. Hasil dividen kurang daripada 1%.
Walaupun terdapat kelembapan dalam pendapatan dan pertumbuhan pendapatan bersih, Google dan Netflix adalah saham yang menarik dari perspektif pelaburan. Meta juga patut diberi perhatian. Permodalan Apple nampaknya terlebih nilai. At the same time, Amazon masih kelihatan lebih lemah berbanding syarikat FAANG yang lain.
Platform FBS mempunyai CFD pada saham bagi seluruh sektor FAANG.
Apabila anda berdagang dengan FBS, anda tidak mendapat hak untuk memiliki saham, tetapi anda boleh memperoleh hasil daripada perubahan harga saham ini.
Salah satu kelebihan perdagangan jenis ini ialah anda tidak perlu menyimpan dokumen di depositori, yang selalunya akan mengenakan yuran berasingan untuk merekod dan memegang saham anda.
Berdagang dengan FBS dan jadilah seorang profesional.
Facebook telah menukar namanya kepada Meta untuk memadam khabar angin lama dan membina jenama baru, membebaskan dirinya dari dipertikaikan dan stigma kebocoran data peribadi.
Facebook, salah satu syarikat teknologi terbesar di AS, telah menyiarkan keputusan kewangannya untuk suku ketiga selepas pasaran ditutup.
Ramai pedagang sudah menambahkan saham EV ke dalam portfolio pelaburan mereka seperti Tesla dan Apple disebabkan trend tenaga bersih kini.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!