Acquiree

Penerima Pengambilalihan (Acquiree)

Apakah itu penerima pengambilalihan?

Penerima pengambilalihan (acquiree), juga dikenali sebagai firma sasaran, ialah syarikat yang dibeli di bawah pengambilalihan korporat.

Syarikat membeli syarikat lain atas beberapa sebab. Mereka mungkin menyasarkan untuk mencapai skala ekonomi yang lebih besar, mempelbagaikan, mengembangkan sayap operasi ke peringkat antarabangsa, meningkatkan penguasaan pasaran, meningkatkan sinergi atau mengurangkan kos. Motivasi lain termasuk pemerolehan teknologi baharu dan pengurangan lebihan kapasiti dan persaingan pasaran.

Harga penerima pengambilalihan

Pembelian suatu syarikat hampir setiap kalinya menuntut harga tawaran yang lebih tinggi dari nilai pasaran yang saksama bagi aset berkenaan. Penerima pengambilalihan jarang menyerahkan apa yang telah mereka bina dengan mudah. Sudah tentu, pengambilalih mengambil kira potensi masa depan apabila membuat tawaran, membayar lebih sedikit untuk memastikan perjanjian itu mendapat sokongan pemegang saham.

Biasanya, syarikat yang diambil alih akan melihat perubahan jangka pendek pada harga sahamnya untuk mencerminkan harga sesaham yang ditawarkan oleh pengambil alih.

Harga sesaham yang dipersetujui mesti segera tercermin pada harga saham syarikat yang diambil alih. Memandangkan kebanyakan sasaran dibeli pada harga premium, ini bermakna harga saham biasanya naik sebaik sahaja berita tersebar bahawa tawaran telah diserahkan.

Ciri-ciri penerima pengambilalihan yang ideal

Ada beberapa faktor yang menjadikan sesebuah syarikat itu penerima yang ideal.

     1. Kedekatan geografi

Pengambilalihan lancar, apabila pengambilalih mempunyai jalan untuk menjimatkan wang dan meminimumkan perbelanjaan. Lokasi yang bagus atau gudang yang mencukupi boleh mengurangkan kos overhed.

     2. Sejarah operasi yang bersih

Sejarah operasi yang bersih bermakna syarikat sasaran mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan operasi yang stabil. Jelas sekali, pengambilalih mahu pengambilalihan berjalan lancar, dan mereka mengelakkan dari membeli syarikat yang telah memfailkan muflis atau kehilangan pelanggan utama pada masa lalu.

     3. Aliran menaik nilai pemegang saham

Pengambilalih mencari lebih dari sekadar perniagaan yang akan berkembang maju sebagai sebahagian daripada syarikat yang lebih besar. Mereka juga berminat dengan keupayaan syarikat yang diambil alih untuk beroperasi sebagai organisasi yang mandiri. Syarikat yang boleh meningkatkan nilai pemegang saham mereka adalah yang paling menarik.

     4. Pengurusan yang berpengalaman

Dalam sesetengah keadaan, apabila satu syarikat memperoleh syarikat yang lain, pasukan pengurusan digantikan dengan yang baharu. Walau bagaimanapun, dalam banyak situasi, pengurusan dikekalkan kerana pengalaman mereka dalam menjalankan aktiviti syarikat. Oleh itu, ramai pengambilalih berminat untuk mengetahui sama ada penerima pengambilalihan diuruskan dengan baik. Pengendalian yang baik menjadi bukti bahawa aset syarikat sasaran berkemungkinan berada dalam keadaan baik dan para pelanggannya berpuas hati.

Dalam sesetengah kes, apabila satu syarikat memperoleh syarikat yang lain, pasukan pengurusan digantikan dengan yang baharu. Walau bagaimanapun, dalam banyak kes, pengurusan dikekalkan kerana pengalaman mereka dalam menguruskan operasi syarikat. Tadbir urus yang baik menunjukkan bahawa aset syarikat sasaran berkemungkinan berada dalam keadaan baik dan asas pelanggannya berpuas hati.

     5. Ancaman undang-undang yang minimum

Kebanyakan pengambilalih menjauhkan diri daripada syarikat yang telah atau menghadapi tindakan undang-undang yang berlebihan, walaupun pada satu ketika hampir setiap syarikat menghadapi situasi yang memerlukan litigasi. Oleh itu, pengambilalih meminimumkan risiko pelaburan dalam syarikat sasaran seperti itu.

     6. Margin yang boleh dikembangkan

Dengan meningkatkan sumber pendapatannya, syarikat memperoleh skala ekonomi. Ini bermakna walaupun hasil dan keuntungannya meningkat, overhednya seperti sewa, bil utiliti dan bayaran kepada pembekal dan pekerja diminimumkan atau kekal malar. Penerima yang menunjukkan potensi untuk meningkatkan skala ekonomi kelihatan lebih menarik di mata pengambilalih. Adalah lebih baik untuk memperoleh syarikat yang memiliki struktur kos yang kukuh dan perancangan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan hasil.

     7. Rangkaian pengedaran yang kukuh

Mempunyai rangkaian pengedaran yang andal adalah penting terutamanya untuk syarikat sasaran yang beroperasi dalam industri pembuatan. Pengambilalih ingin mengetahui jumlah jualan yang dibuat oleh syarikat dan cara ia menjual produknya. Penerima pengambilalihan yang mampu mencipta produknya dengan cara yang kos efektif dan kemudian menghantarnya kepada pelanggannya tepat pada masanya ialah calon pengambilalihan terbaik.

Contoh penerima pengambilalihan yang berjaya

Contoh terbaru pengambilalihan yang banyak diperkatakan ialah pembelian Activision Blizzard oleh Microsoft.

Pada Januari 2022, Microsoft mengumumkan hasratnya untuk mengambilalih Activision Blizzard. Menurut  maklumat awal, urusniaga itu akan berjumlah kira-kira $70 bilion, dan ia dijangka akan meletakkan Activision Blizzard di bawah sayap Microsoft Gaming. Untuk melengkapkan transaksi, izin daripada pengawal selia antipakat (antitrust) diperlukan. Sehingga penggabungan selesai, Activision Blizzard akan kekal bebas dan mandiri, dan jika penjualan gagal, ia akan menerima pampasan berjumlah $3 bilion.

Undur

2022-07-26 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera