Angel Investor

Pelabur Pemangkin

Apakah itu pelabur pemangkin

Pelabur pemangkin adalah individu berpendapatan tinggi yang melaburkan wang mereka pada syarikat-syarikat startup, kebiasaanya sebagai pertukaran untuk kepentingan pemilikan. Pelaburan pemangkin kebiasaanya bernilai di antara $25 000 hingga $100 000, tetapi angka boleh berbeza-beza bergantung pada saiz perniagaan. Bukan setakat wang, pelabur pemangkin memberikan pengetahuan dan kemahiran yang berharga dan bertindak sebagai mentor kepada syarikat-syarikat yang sedang berkembang.

Pelabur pemangkin vs pemodal teroka

Pelabur pemangkin menyediakan modal kepada syarikat dan pemilikan sebagai balasannya. Begitu juga pemodal teroka. Mari kita lihat perbezaan di antara mereka.

Pelabur Mangkin

Pemodal teroka

Status

Individu

Syarikat

Sumber dana

Wang sendiri

Wang pelabur dana

Purata amaun pendanaan

Kurang dari $1 juta

Lebih $1 juta

Jenis perniagaan

Perniagaan baru mula (startup) dan kecil

Syarikat sederhana dan besar

Peringkat pelaburan

Peringkat awal

Kebanyakannya di peringkat lanjutan

Kawalan di dalam syarikat

Tidak (hanya sebagai penasihat)

Ya (ahli lembaga pengarah)

Kelebihan dan kekurangan pelaburan pemangkin

Pengumpulan modal daripada pelabur pemangkin mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah pembiayaan lain.

  • Pelaburan pemangkin kurang berisiko berbanding pinjaman bank oleh kerana modal yang dilaburkan itu tidak perlu dibayar semula.
  • Pelabur pemangkin berkongsi kepakaran industri mereka dan kontrak perniagaan kerana mereka berminat dengan perniagaan anda.
  • Mereka akan menyertai perniagaan anda sejak daripada peringkat awal lagi.

Sebaliknya, terdapat beberapa kekurangan pelaburan pemangkin.

  • Pelabur mengambil 10% hingga 50% pegangan pemilikan sebagai pertukaran untuk pembiayaan, yang bermakna anda melepaskan sedikit kawalan.
  • Mencari pelabur pemangkin yang tepat akan mengambil masa.
  • Memandangkan pelabur tersebut menyediakan modal mereka sendiri, dana yang dilaburkan mungkin lebih rendah berbanding pemodal teroka.

Bagaimana untuk mencari pelabur pemangkin

Cara paling mudah untuk mencari pelabur pemangkin ialah mencari melalui perkhidmatan seperti Angel Capital Association atau Angel Investment Network. Muat naik rancangan perniagaan anda ke laman web (ia adalah sulit) dan tunggu padanan yang sempurna dengan para pelabur.

Jangan lupa tentang rangkaian. Persidangan tempatan, forum perniagaan dan acara industri boleh menjadi peluang yang baik untuk mencari pelabur pemangkin anda. Akhirnya, banyak syarikat startup yang berjaya menarik minat ahli keluarga atau rakan sebagai pelabur pemangkin. Jadi lihat ke sekeliling anda dengan teliti.

Cara-cara untuk menjadi pelabur pemangkin

Pada hari ini, sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan kewangan boleh menjadi pelabur pemangkin. Tetapi sebelum tahun 2016, anda perlulah menjadi seorang “pelabur yang telah diakreditasi” dan mempunyai pendapatan tahunan peribadi sebanyak $200 000 atau nilai bersih sekurang-kurangnya $1 juta.

Mengapa menjadi seorang pelabur pemangkin? Sesetengah orang memilih pulangan yang tinggi (tetapi risikonya juga tinggi). Jika semuanya berjaya, pelabur boleh memperoleh 100 kali ganda pelaburan awal mereka atau lebih. Sesetengah yang lain pula berminat dengan perniagaan dan ingin menyokong usahawan tempatan dan berkongsi kepakaran mereka. Tidak kira apa pun matlamat, pelabur pemangkin sangat penting untuk pembangunan perniagaan kecil.

Undur

2022-07-27 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera