CME

CME

Pada masa ini ada 13 bursa saham berdaftar yang beroperasi di Amerika Syarikat. Bursa-bursa ini menawarkan peluang kepada peniaga dan pelabur untuk membeli dan menjual jumlah saham yang tidak terhad. Tetapi bagaimana jika seseorang itu ingin membeli komoditi atau membida untuk perubahan harga pada masa hadapan? Di sinilah peranan bursa niaga hadapan menyerlah. Dan hari ini, kita akan bercakap tentang bursa niaga hadapan yang terbesar di Amerika Syarikat dan yang kedua terbesar di dunia. Berikan tepukan untuk Chicago Mercantile Exchange.

Sejarah di sebalik CME?

Pada tahun 1898, Chicago Mercantile Exchange memulakan riwayatnya sebagai "Chicago Butter and Egg Board" sebelum menukar namanya pada tahun 1919. Nama tersebut mungkin kedengaran lucu, tetapi kontrak hadapan pertama di CME ialah perut babi beku. Pada tahun 1969, ia menambah kontrak niaga hadapan kewangan dan matawang. Kadar faedah pertama, bon, dan kontrak niaga hadapan telah ditambah pada tahun 1972.

Pada tahun 2007 "Butter and Egg" bergabung dengan Lembaga Perdagangan Chicago (Chicago Board of Trade), dan kumpulan CME pun dicipta. Mulai saat ini, syarikat itu menjadi salah satu bursa kewangan yang terbesar di dunia.

Tetapi bukan itu sahaja. Pada tahun 2012 CME membeli Lembaga Perdagangan Kansas City (Kansas City Board of Trade), tempat untuk berdagang gandum musim sejuk merah keras terbesar (itu hanya namanya, gandum itu bukan merah, ia agak kecoklatan). Selepas lima tahun, Chicago Mercantile Exchange mula memperdagangkan niaga hadapan Bitcoin. Ini adalah kali pertama bagi mana-mana bursa bukan crypto menawarkan peluang perdagangan yang sedemikian. Buat masa ini, anda boleh dagangkan kontrak Bitcoin dan berpuluh-puluh kripto lain dengan FBS.

Mengapa CME penting?

Apa yang boleh kita temui di CME? Beraneka komoditi dan produk lain! Tenaga, produk pertanian, matawang, logam. Selain itu, CME juga mempunyai beberapa instrumen untuk perdagangan yang luar biasa. Sudah tentu, kita sedang bercakap tentang niaga hadapan kadar faedah dan cuaca.

Untuk apa kita memerlukan niaga hadapan cuaca? Bayangkan anda seorang petani, dan anda menjangkakan tanaman akan tumbuh dengan baik. Oleh itu, anda memikirkan tentang keuntungan yang baik pada akhir tahun. Tetapi risiko cuaca sentiasa ada, seperti guruh atau taufan. Untuk melindung nilai daripada risiko ini, petani boleh membeli niaga hadapan cuaca yang akan memberinya sedikit wang sekiranya berlaku cuaca buruk. Dengan cara ini, kerugian daripada tanaman yang kurang menjadi akan dipampas.

Jangan lupa bahawa CME juga membolehkan perdagangan niaga hadapan untuk indeks dan matawang kripto, termasuk Bitcoin dan Ethereum. Pelabur di seluruh dunia mengikuti pergerakan Bitcoin dengan teliti, kerana CME satu bahagian yang penting dalam pasaran niaga hadapan matawang kripto. Senggang harga sering terlihat di CME kerana bursa ini menghentikan perdagangan pada hujung minggu, dan mata wang kripto didagangkan 24/7.

Sama seperti bursa lain, CME dikawal selia dengan baik. Tetapi untuk berdagang di sana, anda perlu mempunyai kad pengenalan Amerika. Berita baiknya, anda boleh dagangkan ratusan instrumen di FBS pada bila-bila masa, di mana jua anda berada!

Undur

2023-11-27 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera