Currency Hedging

Lindung Nilai MataWang

Lindung nilai matawang membantu pelabur melindungi modal daripada perubahan kadar pertukaran matawang yang tidak dijangka. Lindung nilai boleh diibaratkan seperti polisi insurans yang mengehadkan impak risiko pertukaran matawang asing di pasaran kewangan.

Pelabur melindung nilai modal mereka dengan membeli kontrak yang mengunci kadar masa depan tanpa menjejaskan kecairan mereka.

Ada pelbagai jenis mekanisme lindung nilai, daripada yang asas hinggalah yang sangat rumit. Apabila mempertimbangkan strategi lindung nilai, langkah berjaga-jaga yang pertama adalah mentakrifkan risiko matawang yang mungkin wujud dan berdasarkan itu, menilai apakah sasaran yang perlu ditetapkan dan apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko-risiko ini.

Bagaimana Swap Matawang Berfungsi

Salah satu alat lindung nilai matawang yang paling popular ialah "swap matawang." Ia adalah instrumen kewangan yang melibatkan pertukaran faedah bagi satu matawang dengan faedah bagi matawang yang lain.

Swap matawang terdiri daripada dua pembayaran yang ditukar pada permulaan dan akhir perjanjian. Bayaran ini ditakrifkan sebagai amaun pokok ditambah dengan bayaran kadar faedah. Walau bagaimanapun, amaun pokok tidak pernah dibayar. Ia hanya sekadar secara teori sahaja. Amaun pokok hanya digunakan sebagai asas untuk mengira pembayaran kadar faedah dalam swap matawang.

Contoh dan pengiraan swap matawang

Jika kita mempertimbangkan dua syarikat dari negara yang berbeza, pembayaran dan swap mereka mungkin dalam bentuk yang berbeza.

  1. Sebuah syarikat AS ingin membuka kilang bernilai €5 juta di Sepanyol, di mana kos pinjamannya di Eropah lebih tinggi berbanding di AS. Jika kita andaikan kadar pertukaran adalah 1.2 EUR/USD, syarikat itu boleh meminjam €5 juta dengan kadar 4% in Eropah atau $6 juta dengan kadar 2% in AS. Syarikat itu meminjam $6 juta pada kadar 2%, kemudian memasuki swap untuk menukar pinjaman dolar kepada euro. Sebuah syarikat dari Sepanyol yang memerlukan $6 juta menjadi pihak lawan di dalam swap tersebut. Sama seperti kes tadi, syarikat Sepanyol itu akan dapat memperoleh kadar pinjaman yang lebih murah di dalam negara berbanding jika di luar negara. Katakanlah ia boleh meminjam pada kadar 1.5% dari bank di dalam sempadan negara berkenaan. Pada permulaan kontrak, syarikat Sepanyol itu memberikan syarikat AS €5 juta yang diperlukan untuk membiayai projek itu, dan sebagai balasan, syarikat AS akan memberikan mereka $6 juta. Selepas itu, kedua-dua syarikat ini akan menukar pembayaran setiap enam bulan untuk dua tahun akan datang (tempoh kontrak). Firma Sepanyol membayar syarikat AS jumlah yang terhasil daripada $6 juta (jumlah nosional yang dibayar oleh syarikat AS kepada firma Sepanyol pada permulaan kontrak), didarab dengan 2% (kadar tetap yang dipersetujui), dalam tempoh yang dinyatakan sebagai 0.5 (180 hari ÷ 360 hari). Bayaran ini akan berjumlah $60 000 ($6 juta x 2% x 0.5). Syarikat AS membayar hasil €5 juta (jumlah nosional yang dibayar oleh syarikat Sepanyol itu kepada syarikat AS pada permulaan kontrak), didarab dengan 1.5% (kadar tetap yang dipersetujui) dan 0.5 (180 hari ÷ 360 hari). Bayaran ini akan berjumlah €37 500 (€5 juta x 1.5% x 0.5). Kedua-dua pihak akan menukar dua jumlah tetap ini setiap enam bulan. Akhirnya, dua tahun selepas permulaan kontrak, kedua-dua pihak ini akan menukar amaun prinsipal nosional. Justeru, syarikat AS akan "membayar" syarikat Sepanyol €5 juta, dan syarikat Sepanyol akan "membayar" syarikat AS $6 juta.
  2. Syarikat AS membayar kadar yang tetap. Syarikat Sepanyol membayar kadar yang terapung pada matawang lain (berdasarkan kadar penanda aras yang telah ditetapkan, seperti LIBOR atau Kadar Dana Fed). Pengubahsuaian kepada perjanjian swap matawang ini biasanya berdasarkan permintaan pihak-pihak individu, jenis keperluan pembiayaan, dan kemungkinan pinjaman yang optimum tersedia untuk syarikat.
  3. Kedua-dua syarikat menggunakan kadar terapung berdasarkan kadar penanda aras.
Undur

2023-05-25 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera