Derivative

Derivatif

Derivatif adalah salah satu instrumen yang digunakan oleh para pedagang untuk melabur menerusi kontrak. Derivatif dianggap kontroversial pada beberapa ketika, kerana risiko yang terkandung padanya dan penggunaannya dalam lindung nilai (hedging), dll.

Apa itu derivatif

Derivatif adalah perjanjian atau kontrak yang membolehkan pihak-pihak mendapatkan hak atau berjanji untuk melakukan tindakan tertentu berkenaan dengan aset pendasar (underlying asset). Biasanya derivatif memberi peluang untuk membeli, menjual, memberi atau menerima aset tertentu.

Secara umumnya, tujuan utama derivatif bukan untuk benar-benar memperoleh aset pendasar, tetapi untuk melindungi (to hedge) harga atau risiko matawang dari masa ke semasa, atau untuk memperoleh keuntungan secara spekulatif dari perubahan harga aset pendasar. Hasil bagi setiap pihak boleh menjadi positif atau negatif.

Satu ciri khas derivatif adalah bagaimana bilangan total kewajiban ke atasnya tidak berkaitan dengan jumlah total aset pendasar yang diperdagangkan di pasaran. Sebagai contoh, bilangan total kontrak CFD untuk saham suatu syarikat boleh beberapa kali lebih besar daripada bilangan saham yang diterbitkan.

Ciri-ciri derivatif

Derivatif mempunyai 3 ciri-ciri utama.

  1. Harga derivatif berubah setelah harga aset pendasar berubah;
  2. Derivatif memerlukan pelaburan awal yang agak kecil berbanding instrumen lain yang serupa dengannya;
  3. Pengiraan derivatif dilakukan pada masa akan datang.

Jenis-jenis derivatif

Aset pendasar boleh jadi hampir apa sahaja: sekuriti, matawang, kadar faedah, tahap inflasi, statistik rasmi, dll.

Kontrak niaga hadapan mengandaikan bahawa pembeli dan penjual bersetuju untuk membeli atau menjual sejumlah matawang atau aset lain pada harga yang ditentukan. Ideanya di sini, perjanjian ini harus dipenuhi pada tarikh tertentu di satu masa yang akan datang. Pihak-pihak dalam perjanjian bertanggungjawab terhadap pertukaran sehingga pelaksanaan niaga hadapan.

Kontrak pertukaran (swap contracts) digunakan di antara dua pihak sebagai gabungan dua transaksi penukaran bertentangan untuk amaun yang sama dengan tarikh nilai yang berbeza.

Kontrak opsyen adalah kontrak di mana pembeli opsyen (calon pembeli atau calon penjual aset pendasar) berhak, tetapi bukan berkewajiban, untuk membeli atau menjual aset pada harga yang telah ditentukan harga pada suatu masa di masa depan atau dalam jangka masa yang ditentukan. Dalam kes ini, penjual opsyen diwajibkan menjual aset tersebut atau membelinya daripada pembeli opsyen dengan syarat-syarat yang mereka tentukan.

Oleh itu, CFD, niaga hadapan, opsyen, opsyen binari, swap, kontrak hadapan, waran, swap lalai kredit dan lain-lain — semuanya dianggap sebagai kontrak derivatif.

Penggunaan derivatif

Derivatif digunakan secara meluas dalam lindung nilai. Para pedagang juga menggunakannya untuk mengurangkan risiko pada aset pendasar. Untuk melakukan hal yang tersebut, pedagang memasuki kontrak derivatif suatu nilai yang bertentangan dengan posisi aset pendasar. Oleh itu, sebahagian daripada posisi aset pendasar terbatal.

Derivatif digunakan untuk memberikan leveraj untuk memastikan bahawa pergerakan kecil pada aset pendasar menyebabkan perubahan signifikan pada nilai derivatif.

Sebab mengapa beberapa derivatif dianggap kontroversial adalah bagaimana mereka juga digunakan dalam spekulasi untuk mendapatkan keuntungan ketika nilai aset pendasar bergerak dalam arah yang dijangkakan. Hati-hati semasa menggunakan opsyen dan jenis-jenis lain derivatif untuk memastikan anda tidak mendapat kerugian yang tidak dijangka.

Undur

2022-05-30 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera