-
Apakah itu pasangan kripto?
Secara umumnya, perdagangan pasangan kripto merujuk kepada kegiatan mengurup satu koin kepada satu lagi koin yang lain. Sama seperti Forex, terdapat "matawang asas" (base currency) dan "matawang sebut harga" (quote currency). Walau bagaimanapun, di FBS, terdapat pelbagai jenis pasangan kripto. Sebagai contoh, anda boleh dagangkan koin kripto melawan matawang fiat, seperti USD, EUR, AUD, atau bahkan logam, seperti emas dan perak.
Dengan FBS, kripto menjadi aset perdagangan yang hebat kerana anda boleh berdagang 24/7 dan mempunyai beraneka pilihan koin dan pasangan.
-
Apakah kelebihan berdagang matawang kripto bersama broker FBS?
Broker FBS menawarkan banyak peluang untuk perdagangan kripto. Pertama, broker menawarkan lebih daripada 100 aset kripto untuk setiap citarasa. Kedua, dengan FBS, anda boleh berdagang mata wang kripto dengan leverage 1:5. Ini bermakna anda boleh membuka urusniaga perdagangan yang lebih besar dengan amaun deposit yang sama. Ketiga, FBS menawarkan pilihan beberapa platform perdagangan untuk dagangkan kripto. Sebagai contoh, anda boleh berdagang menggunakan platform MetaTrader 5, atau memilih aplikasi FBS Trader, platform yang dibangunkan oleh FBS.
Di FBS, matawang kripto adalah aset yang memberikan banyak kelebihan kerana FBS menawarkan syarat-syarat yang amat bermanfaat untuk para pedagang.
-
Bagaimana cara untuk dagangkan matawang kripto?
Di FBS, anda boleh dagangkan 100+ aset kripto 24/7. Bila berdagang matawang kripto anda sebenarnya tidak memiliki koin, jadi anda bebas membuat spekulasi mengenai pergerakan harga. Anda boleh bertindak long (beli) jika anda fikir harga matawang kripto akan naik, atau short (jual) jika anda fikir ia akan jatuh. Baca analisis harian pasaran matawang kripto dari kami untuk membuat urusniaga yang menguntungkan.
-
Adakah terdapat demo perdagangan kripto?
Jika anda mahu mencuba perdagangan kripto, pilihan terbaik adalah menggunakan demo. Broker FBS mempunyai akaun Demo Crypto dengan dana sebanyak 10K USDT untuk berlatih dan mencuba strategi perdagangan. Akaun tersebut menawarkan lebih daripada 100 aset kripto, dan ia bebas risiko. Demo perdagangan adalah peluang terbaik untuk para pemula dan juga profesional untuk meningkatkan kemahiran dan juga memutuskan jika perdagangan kripto sesuai untuk anda.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Dogecoin
Dogecoin
Ada kebarangkalian bahawa Dogecoin akan tersenarai di Forex, aktiviti dagangan akan meningkat dan kemudian harganya akan menjulang tinggi.
DEFINISI Dogecoin
Dogecoin adalah satu lagi contoh matawang kriptografi antara sesama (peer-to-peer) di dalam senarai panjang Altcoins. Ia dicipta oleh pengaturcara perisian IBM yang berpangkalan di AS, Bill Markus dan Jackson Palmer, pada bulan Disember 2013. Altcoin ini pada mulanya dianggap sebagai matawang jenaka, menampilkan anjing Shiba Inu dari meme "Doge" sebagai logo. Tetapi sebulan kemudian, bila matawang ini telah dilancarkan secara global, ia menjadi Altcoin ketiga paling bernilai dengan permodalan pasaran bersamaan dengan 53 juta USD.
MENCERAKINKAN Dogecoin
Majoriti orang yang menggunakan matawang ini adalah para pelajar kolej dan gamers. Orang-orang ini menggunakan matawang ini untuk menghantar wang kepada rakan-rakan atau untuk bermain game. Apa yang membuatkan penerimaan Dogecoin menyeronokkan bagi ramai orang adalah ia sangat memuaskan. Di sebalik penampilan kelakar, ia adalah koin yang dibina dengan baik dan mempunyai potensi yang tinggi. Itulah sebabnya ia menjadi terkenal dengan pantas dan sekarang salah satu alternatif terbesar kepada Bitcoin. Malahan, komunitinya mempunyai slogan "Sehingga ke bulan!" yang menunjukkan optimisme dan semangat mereka terhadap matawang maya ini.
Dogecoin diasaskan kepada protokol Bitcoin, tetapi dengan modifikasi. Ia menggunakan algoritma scrypt dan mempunyai 100 bilion unit matawang dan tidak mempunyai bilangan koin maksimum yang boleh wujud. Waktu blok adalah 60 saat dan kadar kesukaran dilaras setiap empat jam.
Ikuti berita pasaran oleh FBS
Dogecoin mempunyai bilangan koin yang lebih besar yang mana nilai setiap satu adalah lebih rendah, menjadikan matawang ini lebih mampu dimiliki dan sesuai unuk transaksi kecil-kecilan. Dengan sifat-sifat ini, Dogecoin menjadi semakin popular untuk pemberian 'tip' kepada pengguna internet yang lain kerana telah berkongsi atau mencipta kandungan yang bagus.
Dogecoin sudah pun diterima dengan meluas sebagai kaedah pembayaran dan berbaloi untuk dikenali lebih mendalam.
2022-04-19 • Dikemaskini