Double Top

Double Top

Apa itu Double Top?

Double Top adalah pola carta teknikal bearish yang muncul sebelum penyongsangan pergerakan harga. Double Top seakan-akan mirip dengan bentuk huruf M dan terdiri daripada dua titik tinggi pada carta pergerakan harga dengan penurunan harga yang sederhana di antaranya.

Pola ini terbentuk apabila bekalan mula melebihi permintaan di pasaran. Harga kemudiannya mula meningkat semula, tetapi pada akhirnya, apabila ia menjadi jelas bahawa ia tidak akan dapat mengatasi ketinggian puncak sebelumnya, penjual mula menguasai pasaran.

1.png

Apa itu Double Bottom?

Sebaliknya, pola Double Bottom biasanya terbentuk selepas trend menurun pada pergerakan harga dan menandakan permulaan trend menaik. Pola ini kelihatan seperti huruf W dengan dua titik rendah yang dipisahkan oleh satu kenaikan kecil di antaranya. Double Bottom sering digunakan oleh pedagang untuk mengenal pasti masa yang terbaik untuk memulakan perdagangan jangka panjang yang bullish.

Kedua-dua double top dan double bottom terbentuk dari masa ke masa. Ini bermakna bahawa untuk benar-benar pasti bahawa pola-pola ini mendahului penyongsangan pergerakan harga, anda perlu meninjau carta harga harian atau mingguan. Pola yang terbentuk dalam jangka masa satu hari tidak begitu tepat. Perlu dinyatakan juga bahawa pola penyongsangan ini hanya boleh dipercayai jika ia berlaku selepas trend menaik atau trend menurun yang berlanjutan lama.

2.png

Bagaimana cara untuk mengenal pasti pola Double Top pada carta forex?

Biasanya, Double Top berlaku selepas trend menaik pada harga. Ia bermula apabila kenaikan harga yang stabil terganggu dengan penurunan yang sederhana yang disebabkan oleh beberapa tentangan daripada bears di pasaran. Namun ia tidak berlangsung untuk waktu yang lama, dan tidak lama kemudian harga naik kembali. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja ia mencapai ketinggian puncak yang terdahulu, pasaran akhirnya mengalah kepada tekanan daripada bears dan harga turun lagi. Sebaik sahaja ia jatuh melepasi garis leher, Double Top dianggap sahih.

Perbezaan antara Double Top dan Double Top Yang Gagal

Walaupun pola ini indikator yang kuat untuk penyongsangan bearish pada pergerakan harga, terdapat kemungkinan Double Top akan gagal. Double Top yang gagal disusuli oleh penyongsangan kepada trend menurun, jadi kebergantungan padanya boleh membuatkan anda terkeluar awal dari posisi.

Perbezaan antara Double Top dan Double Top yang gagal adalah bahawa dengan yang gagal harga tidak berjaya menembusi garis leher dan ia naik kembali. Jadi untuk mengenal pasti Double Top dengan betul, adalah sangat penting untuk menunggu pelanggaran garis leher.

3.png

Undur

2022-11-22 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera