-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Financial Asset
Aset Kewangan
Aset lazimnya diketahui sebagai apa sahaja yang mempunyai nilai yang menjadi dari sumber ekonomi, atau pemilikan yang boleh ditukarkan menjadi sesuatu yang membawa nilai seperti wang tunai.
Aset kewangan adalah aset cair tidak ketara seperti deposit bank, bon dan saham yang mana kosnya ditentukan dari satu tuntutan berkontrak (contractual claim) tentang apa yang ia wakili. Jika dibandingkan dengan hartanah atau komoditi, ia bukanlah aset fizikal yang ketara selain dari kertas dokumen.
MENCERAKINKAN 'Aset Kewangan'
Oleh kerana aset kewangan adalah tidak ketara, ia tidak mempunyai keberadaan yang fizikal melainkan dari kewujudan dokumen yang menakrifkan pemilikan kepentingan ke atas aset tersebut. Adalah penting untuk kertas dan sijil yang mewakili aset kewangan ini tidak mempunyai nilai intrinsik sehinggalah ia ditukarkan kepada tunai. Dokumen yang mengesahkan pemilikan tersebut mendapat nilainya dari nilai aset yang ia wakili. Walaupun aset kewangan tidak wujud dalam bentuk fizikal, tetapi ia masih ditulis di atas kunci kira-kira untuk mewakili nilai yang dibawanya.
Jenis-jenis Aset Kewangan
Aset-aset kewangan yang lazim termasuklah sijil, bon, saham dan deposit bank.
Sijil Deposit (CD, Certificate of Deposit) adalah perjanjian antara seorang pelabur dengan sebuah bank, di mana pelabur tersebut bersetuju untuk menetapkan bahawa sejumlah wang didepositkan ke bank tersebut dan sebagai pulangannya dijanjikan suatu kadar faedah yang dijamin. Bank tersebut boleh menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi kerana wang itu akan kekal tidak disentuh untuk satu tempoh masa yang sudah ditetapkan. Jika pelabur mengeluarkan CD tersebut sebelum berakhirnya tempoh kontrak, beliau akan kehilangan kelayakan menerima bayaran faedah tersebut dan menjadi tertakluk kepada penalti kewangan.
Satu lagi aset kewangan yang popular adalah bond, di mana ia biasanya dijual oleh syarikat-syarikat atau kerajaan untuk membantu mendapatkan dana bagi projek-projek jangka pendek. Bond adalah satu dokumen perundangan yang menyatakan berapa banyak wang telah dipinjamkan oleh pelabur tersebut kepada peminjam dan bila ia perlu dibayar balik (bersama faedahnya) serta tarikh matang bond itu.
Saham adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak mempunyai tarikh luput yang ditetapkan secara persetujuan bersama. Melabur dalam saham memberikan pembuat deposit pemilikan ke atas sebahagian dari suatu syarikat dan sebahagian dari keuntungan atau kerugian syarikat tersebut. Saham boleh dipegang untuk sebarang tempoh masa sehingga pemegang saham tersebut memutuskan untuk menjualnya kepada pelabur lain.
Pro dan Kontra Aset-aset Kewangan
Peranan utama aset-aset kewangan, yang telah dibincangkan di atas, adalah proses penghasilan pendapatan. Kebolehannya untuk menghasilkan pendapatan yang stabil dari aktiviti pelaburan atau pengoperasian adalah karakteristik utama aset-aset kewangan.
Adalah penting untuk memahami bahawa nilai dalam proses penggunaan aset, mempunyai hubungan langsung dengan faktor kecairan. Kita bercakap tentang prinsip bagaimana suatu aset itu harus cair. Ini bermakna anda boleh menukar mereka kepada tunai pada harga pasaran yang patut. Karakteristik ini sangat penting kerana ia memastikan penstrukturan semula perusahaan boleh berlaku dalam keadaan yang buruk.
Aset-aset kewangan sebegitu, seperti akaun semasa, akaun-akaun simpanan dan akaun pasaran wang adalah mudah ditukar kepada tunai untuk membayar bil dan memenuhi keperluan kewangan isi rumah seperti kerja-kerja perpaipan. Pelaburan yang dibuat dengan tidak bijak ke atas aset-aset yang tidak cair boleh mengakibatkan kekurangan tunai dan penggunaan kad kredit yang tinggi kadar faedahnya untuk melangsaikan bil, seterusnya menjerumus kepada peningkatan hutang lalu memberikan kesan negatif kepada status kewangan keseluruhan pelabur. Bagi kes berkaitan saham, untuk menerima tunai pelabur perlu menjual saham dan menunggu sehingga tarikh penyelesaian justeru berbaloi untuk memiliki aset kewangan jenis yang lain sentiasa tersedia untuk kegunaan waktu kecemasan.
Selain dari itu, menyimpan wang dalam akaun simpanan pula menyebabkan pengekalan modal yang lebih tinggi. Semua risiko kewangan berkaitan akaun bank di semua institusi kewangan biasanya dilindungi oleh insuran Perbadanan Insuran Deposit Persekutuan (FDIC) yang menginsurankan deposit dari kerugian. Lebih banyak pelaburan dalam bentuk aset cair memberikan pelabur peluang untuk membeli aset-aset yang lebih agreseif seperti hartanah atau berdagang di pasaran Forex dengan lebih yakin.
Walaupun akaun semasa dan akaun simpanan dirujuk sebagai aset cair, ia memberikan pulangan ke atas pelaburan yang lebih terhad. Dalam masa yang sama CD dan akaun pasaran wang menghalang pengeluaran untuk berbulan-bulan atau malah bertahun-tahun. Bia kadar faedah jatuh, CD yang boleh dibatalkan sering dibatalkan, dan pelabur terpaksa memindahkan wang ke pelaburan-pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih rendah.
Mengagihkan bahagian-bahagian dari wang anda kepada jenis-jenis pelaburan berbeza boleh memberikan faedah seandainya sebahagian darinya mengecewakan. Setiap jenis pelaburan mempunyai potensi ganjaran dan risiko. Dengan memiliki pelaburan dari jenis yang berbeza-beza, anda mempelbagaikan portfolio anda. Ia adalah suatu yang berbaloi untuk dilakukan untuk meminimumkan risiko yang anda tanggung bila semua wang anda berada dalam satu jenis pelaburan.
2022-11-28 • Dikemaskini